Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Listen on:
Episodes

Jul 6, 2026
Jul 6, 2026
1 min
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, Sharon Teo tampil dengan enam tawaran utama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Sharon yang pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Amanah Johor dan Ketua Wanita Amanah Negara (Warda) Johor, memfokuskan penyelesaian isu infrastruktur, kesesakan lalu lintas, pembangunan belia serta pemerkasaan komuniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786650/berita/politik/prn-johor-sharon-teo-tampil-enam-tawaran-tekad-selesai-isu-rakyat-di-permas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #calonPH #DUNPermas

Jul 6, 2026
Jul 6, 2026
1 min
Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026 bertemakan Ke Arah Komuniti Luar Bandar yang Dinamik, Makmur dan Bahagia yang disambut pada Isnin, berfokuskan pada inovasi dan pendigitalan desa menonjolkan peranan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memperkukuh keusahawanan dan infrastruktur luar bandar.
Sambutan tersebut kali ini diadakan di Stadium Tun Abdul Razak, Bandar Jengka, Pahang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KEmajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariPembanfunanLuarBandarSedunia2026 #KKDW

Jul 6, 2026
Jul 6, 2026
1 min
Wanita yang didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu, didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin.
Majistret Norizan Riduan membuat keputusan itu selepas tertuduh, Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 42, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786612/berita/semasa/mahkamah-kenakan-denda-rm500-nurhaswani-mohon-keampunan-sultan-nazrin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah

Jul 6, 2026
Jul 6, 2026
1 min
Bukan sekadar mengedar dadah, seorang lelaki turut dikesan menyimpan objek menyerupai senjata api bersama ratusan peluru hidup dalam serbuan di Sitiawan, Manjung minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, suspek warga tempatan berusia 29 tahun itu ditahan dalam dua siri serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Perak pada 1 Julai lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786590/berita/semasa/pengedar-dadah-ditahan-bersama-senjata-api-tiruan-ratusan-peluru-hidup
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #PDRM #pengedardadahditahanbersamasenjatatiruan

Jul 6, 2026
Jul 6, 2026
2 min
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan awal semata-mata kerana ada pihak yang mahu kembali berkuasa demi membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, PH terpaksa berdepan pilihan raya itu bagi memastikan kestabilan negara dapat dikekalkan selain meneruskan kerjasama baik antara kerajaan negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786563/berita/politik/prn-johor-diadakan-awal-demi-bebaskan-najib---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #PH
------Kempen PRN Johor 2026 dah bermula 🗳️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
🔗 pru.sinarharian.com.my

Jul 6, 2026
Jul 6, 2026
2 min
Ahli dan penyokong Gerakan Reset di Johor perlu menolak calon daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Setiausaha Agung Reset Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Reset tidak menetapkan mana-mana parti tertentu untuk disokong, namun pendiriannya jelas bahawa calon daripada PH tidak seharusnya menjadi pilihan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786516/berita/politik/prn-johor-gerakan-reset-seru-ahli-penyokong-tolak-ph
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SaifuddinAbdullah #GerakanReset

Jul 6, 2026
Jul 6, 2026
4 min
Dua minggu lalu saya berkongsi pengalaman membuat liputan tragedi tebusan berdarah di Seksyen 13, Shah Alam pada September 2008. Namun, beberapa hari sebelum tragedi itu, saya sebenarnya sudah melalui satu lagi pengalaman tidak kurang mendebarkan.
Ketika itu baru dua bulan saya bergelar wartawan. Masih mentah, masih bertatih mengenali dunia kewartawanan jenayah. Namun satu perkara sentiasa berada di sisi ketika itu ialah kamera Nikon milik pejabat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786524/suara-sinar/komentar-editor/kisah-kamera-dan-4-geng-mamak
#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #KisahWartawan #Tragedi #GengMamak

Jul 6, 2026
Jul 6, 2026
46 sec
Barisan Nasional (BN) menghargai pendirian Pas yang mengarahkan ahlinya mengundi calon BN di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berharap sokongan itu benar-benar diterjemahkan menerusi undi pada hari pengundian nanti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786507/berita/politik/harap-sokongan-pas-diterjemahkan-dalam-peti-undi-11-julai-ini---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN #Pas
------Kempen PRN Johor 2026 dah bermula 🗳️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
🔗 pru.sinarharian.com.my

Jul 5, 2026
Jul 5, 2026
1 min
Kementerian Kewangan (MoF) bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi meneliti mekanisme yang bersesuaian dalam pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, khususnya bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan pedalaman, lapor wartawan Sinart Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan sentiasa terbuka menerima maklum balas daripada Sabah termasuk cadangan penambahbaikan terhadap mekanisme sedia ada, namun setiap cadangan perlu diteliti bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786440/berita/nasional/mof-sedia-teliti-mekanisme-subsidi-diesel-bersama-kerajaan-negeri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mof #subsididiesel #AmirHamzahAzizan

Jul 4, 2026
Jul 4, 2026
1 min
Awang terfikir panjang dan dalam, sekiranya Tun Dr Mahathir masih jadi PM, apakah dia setuju dengan surat terbukanya yang terbaru? Dia menggesa orang Melayu undi siapa sahaja asalkan calon Melayu. Tak kiralah parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Tulis beliau, "Kalau kita ingin negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu undilah calon Melayu tanpa kesetiaan pada mana-mana parti atau pucuk NGO.” Katanya lagi, kesetiaan orang Melayu adalah kepada bangsa Melayu. Maknanya jikalau kesetiaan diberikan pada calon bukan Melayu hilanglah Tanah Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786294/suara-sinar/awang-paku-serpih/siapakah-yang-hilangkan-melayu
#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #TunMahathir #Melayu


