Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Episodes

17 minutes ago

2 min

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui masih banyak masalah rakyat yang belum diselesaikan dan kerajaan tidak pernah mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sempurna.  
Justeru, beliau menasihatkan khususnya golongan muda supaya menilai keadaan negara secara rasional serta bercakap dengan ikhlas dan jujur, bukannya hanya terpengaruh dengan ceramah politik. 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Grand Finale: Jelajah Harapan, Melaka Rumah Kita di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya pada Khamis. 
 #SinarHarian #SinarTerkini #AnwarIbrahim #PRNMelaka #Malaysia

17 minutes ago

2 min

29 minutes ago

1 min

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menerima peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebaliknya ingin berunding terlebih dahulu. 
Malah, beliau secara berseloroh membenarkan jika Setiausaha Agung DAP itu untuk bercuti sementara waktu. 
#SinarHarian #SinarTerkini #AnwarIbrahim #AnthonyLoke #MenteriPengangkutan

29 minutes ago

1 min

23 hours ago

1 min

Bayaran pencen bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihentikan susulan beliau dituduh, disabit kesalahan dan menjalani hukuman.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun dari segi kemudahan lain, Najib masih lagi boleh menikmatinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804256/berita/nasional/pencen-najib-dihentikan-kemudahan-lain-masih-lagi-boleh--saifuddin-nasution
#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaSemasa #Pencen #NajibRazak #TahananRumah

23 hours ago

1 min

2 days ago

45 sec

Bekas Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon untuk menjadikan sebuah lagi kediaman sebagai lokasi kedua bagi tahanan rumahnya, namun ditolak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat.
Saifuddin berkata Najib mengemukakan permohonan bertulis supaya sebuah lagi kediaman diwartakan sebagai lokasi tahanan rumahnya.
Artikel:  https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah

2 days ago

45 sec

2 days ago

1 min

Awang tidak tahu sama ada Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang bersidang pada tahun 2015 ada membincangkan soal tabungan atau kutipan untuk bantu orang politik.
Jadi bila timbul soal kutipan untuk Tuk Seri Bossku Najib Razak yang meningkat daripada RM9.25 juta kepada RM50 juta dalam tempoh 40 hari, banyaklah yang bertanya dalam kategori dana atau pembiayaan politik yang macam mana kedudukannya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804050/suara-sinar/awang-paku-serpih/dari-mana-datangnya-rm50-juta
#sinarharian #beritaterkini #awangpakuserpih #NajibTunRazak #wang #RM50juta

2 days ago

1 min

2 days ago

4 min

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor menerima keputusan penamatan khidmatnya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) atau Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri dengan hati terbuka dan reda.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas berkata, keputusan itu berkuat kuasa pada 9 November lalu selepas menerima surat daripada Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan yang memaklumkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan membatalkan pelantikannya sebagai anggota AMMK.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804148/berita/politik/digugurkan-sebagai-exco-kamarudin-terima-dengan-hati-terbuka
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #Exco

2 days ago

4 min

2 days ago

1 min

Kebelakangan ini, isu serangan siber semakin hangat diperkatakan orang ramai apabila laman web institusi kewangan dan kerajaan menjadi sasaran penggodam.
Di sini ramai mula tertanya-tanya termasuk Merak Jalanan dan soalan yang paling kerap ditanya: selamatkah duit kita dalam bank? Bagaimana pula dengan data peribadi kita?
Audio/Visual: Dijana AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803894/suara-sinar/pojok/serangan-siber-perlukah-keluarkan-semua-wang-dalam-bank
#sinarharian #beritaterkini #audiosiar #serangansiber #bank

2 days ago

1 min

2 days ago

2 min

Kempen calon PH DUN Serkam, Muhammad Faiq Azman atau dikenali dengan nama Along Faiq sudah mencapai 70 peratus berbaki tiga hari sebelum PRN Melaka berlangsung Sabtu ini.
Beliau yang mahu membela nasib golongan nelayan itu berkata, jika beliau menang dalam PRN Melaka kali ini, beliau akan jadi wakil rakyat pertama Pakatan Harapan di DUN tersebut.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka

2 days ago

2 min

2 days ago

2 min

Calon PH DUN Serkam Muhammad Faiq Azman atau dikenali dengan nama Along Faiq mahu bot nelayan di Serkam yang disita kerana tidak berlesen untuk dikembalikan kepada pemiliknya.
Jelasnya, harus ada budi bicara dari pihak berkuasa kepada golongan tersebut yang mencari rezeki dari sumber laut.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka

2 days ago

2 min

2 days ago

1 min

Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan

2 days ago

1 min

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125