Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Episodes

4 days ago

2 min

Dalam politik, pelik juga perangai sesetengah orang. Bila bercakap tentang reformasi, bukan main bersemangat mahu mengubah negara.
Tetapi apabila anak muda muncul sebagai calon, mulalah dipersoalkan usia, pengalaman dan kelayakan. Reformasi apa kalau mentaliti masih zaman batu?
Audio dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802096/suara-sinar/pojok/perlekeh-calon-muda-sampai-bila-politik-dinosaur
#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #Politik #CalonMuda #MukhlisMubin

4 days ago

2 min

4 days ago

43 sec

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem tidak menganggap popularitinya di media sosial sebagai jaminan menang mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Melaka itu berkata, jumlah tanda suka atau like di media sosial tidak semestinya mencerminkan sokongan pengundi ketika hari mengundi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802051/berita/politik/prn-melaka-popular-di-media-sosial-tak-jamin-sokongan-di-lapangan---helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #DUNDuyong

4 days ago

43 sec

5 days ago

3 min

Sepuluh tahun lalu, saya pernah turun ke Kuala Lumpur dengan satu misi. Bukan untuk menikmati keindahan ibu kota, bukan juga sekadar merakam gambar bangunan pencakar langit. 
Sebaliknya, kami mahu melihat sendiri satu persoalan yang semakin bermain di fikiran, benarkah Kuala Lumpur masih mencerminkan wajah rakyat Malaysia? 
Audio: Dijana oleh AI 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801948/suara-sinar/komentar-editor/kisah-kl-bukan-kita-punya 
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #KualaLumpur #KisahHidup

5 days ago

3 min

5 days ago

2 min

Penetapan syarat simpanan minimum RM15,000 bagi menerima tawaran menunaikan haji adalah selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menaikkan bayaran pendaftaran asas dan meningkatkan deposit kelayakan automatik mengikut kos semasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, inisiatif menerusi Pelan Persediaan Haji Seruan Istito’ah itu bertujuan membina disiplin kewangan dan menggalakkan bakal jemaah membuat persediaan awal sebelum menunaikan ibadah berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802036/berita/nasional/syarat-simpanan-rm15000-haji-selaras-syor-rci---zulkifli
#SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji

5 days ago

2 min

5 days ago

1 min

Bantuan khas kewangan RM1,000 kepada pemandu teksi dan kereta sewa bukan hanya diberikan di Melaka, sebaliknya melibatkan golongan itu di seluruh negara.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tanggapan bahawa bantuan berkenaan hanya disalurkan di Melaka susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung adalah tidak tepat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801995/berita/nasional/bantuan-rm1000-untuk-pemandu-teksi-seluruh-negara-bukan-melaka-sahaja-ndash-anthony
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuanpemanduteksi

5 days ago

1 min

5 days ago

1 min

Keputusan DAP tidak meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuat berdasarkan pertimbangan strategik parti itu yang melihat kerusi berkenaan sukar dimenangi.
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rekod prestasi parti pada pilihan raya lalu yang menyaksikan DAP hanya menduduki tempat ketiga di kerusi berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802008/berita/politik/prn-melaka-bemban-sukar-dimenangi-punca-dap-tak-letak-calon
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #DAP

5 days ago

1 min

5 days ago

1 min

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempertimbangkan sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah dalam kes saman yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terhadapnya.
Beliau berkata, keputusan itu akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan barisan peguamnya bagi menentukan tindakan lanjut berhubung kes berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801990/berita/semasa/akmal-saleh-akan-kemuka-rayuan-kes-saman-teresa-kok
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #TeresaKok

5 days ago

1 min

5 days ago

1 min

Dunia hari ini memang penuh kejutan. Kalau dulu kita sibuk dengan kisah cinta manusia, sekarang nasi himpit dengan lemang pun boleh jadi bahan drama.
Dua hidangan yang selama ini duduk semeja ketika hari raya, tiba-tiba menjadi watak utama dalam drama cinta yang entah siapa pengarahnya.
Audio dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801952/suara-sinar/pojok/penangan-cinta-terlarang-nasi-himpit-dan-lemang
#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #DramaAI

5 days ago

1 min

5 days ago

1 min

Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak terjejas bagi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh walaupun berdepan kes mahkamah yang masih belum selesai selepas menunggu selama setahun.
Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tempoh setahun berdepan situasi itu menjadikan dirinya lebih bersedia daripada segi mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sama ada dapat meneruskan hasrat mempertahankan kerusi yang disandang pada PRN akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801980/berita/politik/kes-mahkamah-tidak-ganggu-persiapan-akmal-hadapi-prn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #PRNMelaka

5 days ago

1 min

5 days ago

3 min

Permohonan representasi yang dikemukakan pihak peguam Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh pada Disember 2025 bagi menggugurkan kes pertuduhan terhadapnya ditolak Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang.
Ketua barisan peguamnya, Aizat Azam berkata, pihaknya telah memohon kepada Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Isnin untuk mengemukakan representasi kedua kepada Peguam Negara bagi menyampaikan fakta, pandangan serta pendapat dari sudut undang-undang berhubung kes berkenaan..
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801973/berita/semasa/kes-bendera-terbalik-representasi-akmal-saleh-ditolak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #benderaterbalik

5 days ago

3 min

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125