Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Episodes

4 days ago

1 min

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membentuk sebuah gabungan baharu yang lebih hebat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuk parti dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) antaranya Putra dan Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788228/berita/politik/bersatu-bentuk-gabungan-baharu-lebih-hebat-selepas-prn-negeri-sembilan---muhyiddin
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #gabunganbaharu

5 days ago

43 sec

Sebanyak 464 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 telah dibeli setakat ini, dengan 70 bakal calon sudah melengkapkan bayaran deposit sehingga jam 9 malam Khamis.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, semua bakal calon masih mempunyai tempoh sehingga jam 10 pagi esok iaitu pada hari penamaan calon untuk menjelaskan bayaran deposit. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788170/berita/politik/464-borang-pencalonan-dibeli-bagi-prn-negeri-sembilan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNegeriSembilan #Politik #SPR

5 days ago

4 min

Pesalah kemalangan jalan raya bakal dipertanggungjawabkan membayar pampasan kepada mangsa atau waris sebagai tambahan kepada hukuman penjara, denda dan hilang kelayakan memandu menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang sedang digubal kerajaan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu menyusul selepas Jemaah Menteri pada Rabu lalu memberikan persetujuan secara dasar terhadap cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mewujudkan mekanisme pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya serta memperkukuh sistem pemberian mata demerit Keselamatan Jalan Raya (KEJARA).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788184/berita/nasional/pesalah-kemalangan-jalan-raya-bakal-tanggung-pampasan-kepada-mangsa-waris
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kemalangan #JalanRaya #Pampasan

5 days ago

1 min

“Kawasan itu sebenarnya saya sudah lalu berulang kali sepanjang lima hari mencari dia, tetapi tidak nampak jasad anak."
Demikian kata Kamaruzaman Bahari, 50, bapa kepada Muhammad Nasrulhaq, 15, yang ditemukan meninggal dunia pada pagi Jumaat selepas dilaporkan hilang sejak lima hari lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788183/berita/semasa/dah-ulang-laluan-itu-berkali-kali-tapi-tak-nampak-jasad-anak---bapa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #meninggaldunia

5 days ago

2 min

Pada Mei lalu pihak berkuasa Thailand menyerbu sebuah sekolah yang beroperasi secara haram di Koh Phangan dan menemui 89 kanak-kanak warga Israel di premis berkenaan.
Serbuan dilakukan di Arki Kid School di Kampung Moo 3 di pulau pelancongan itu pada jam 12.30 tengah hari, waktu tempatan Jumaat lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788126/suara-sinar/lidah-pengarang/syabas-rakyat-malaysia-prihatin-tentang-network-school
Audio: Dijana oleh AI
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #ArtikelSInarHarian #NetworkSchool

6 days ago

1 min

Seorang anggota polis trafik berpangkat koperal dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan pilihan menerima wang rasuah berjumlah RM1,000.
Hukuman itu dijatuhkan Hakim Sazlina Safie terhadap Ahmad Amin Khairul Komar, 42, selepas mendapati kesemua elemen kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berjaya dibuktikan manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788050/berita/semasa/terima-rasuah-masuk-akaun-bank-isteri-anggota-polis-trafik-dipenjara-4-bulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #Mahkamah

6 days ago

3 min

Penyebaran ajaran sesat di alam maya serta kegiatan yang dijalankan secara tertutup atau berselindung di sebalik program lain terus menjadi antara cabaran utama dalam usaha kerajaan mengekang fahaman yang menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa bertindak secara proaktif, konsisten dan tegas dalam memantau serta mengambil tindakan terhadap mana-mana doktrin atau dakyah yang didapati menyeleweng.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #AjaranSesat #Agama #JAKIM

7 days ago

1 min

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan pemilihan calon  telah pun dimuktamadkan yang turut terdiri daripada sayap Wanita dan Puteri.
Menurutnya,  Pengerusi BN telah pun hadir untuk berjumpa dengan bakal-bakal calon yang akan diumumkan malam ini dan semuanya telah selesai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787888/berita/politik/video-prn-negeri-sembilan-jumlah-kerusi-ditandingi-umno-diumum-malam-ini
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNegeriSembilan #UMNO #BN

7 days ago

2 min

Operasi Network School di Forest City di Johor Bahru yang mencetuskan kontroversi ketika ini mengundang kebimbangan rakyat Malaysia kerana didakwa boleh memberi ancaman kepada Selat Melaka.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ini kerana selat berkenaan menjadi laluan antarabangsa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787926/berita/nasional/kontroversi-network-school-ahli-parlimen-pasir-gudang-bimbang-ancaman-kepada-selat-melaka
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #isunetworkschool #ahliparlimenpasirgudang

7 days ago

1 min

Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Barisan Nasional (BN) terus mengunci mulut mengenai jumlah sebenar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi mereka, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai rundingan kerjasama dengan Pas, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Namun menurut sumber dalaman parti, BN dipercayai tidak akan meletakkan calon di kesemua 36 kerusi DUN, namun UMNO dijangka akan bertanding di antara 14 hingga 16 kerusi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787888/berita/politik/prn-negeri-sembilan-jumlah-kerusi-ditandingi-umno-diumum-malam-ini
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNegeriSembilan #UMNO #ZahidHamidi

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125