Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Listen on:
Episodes

Jul 4, 2026
Jul 4, 2026
2 min
'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak terjejas walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menjadikan pilihan raya sebagai medan permusuhan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786379/berita/politik/kalah-atau-menang-prn-johor-saya-tetap-perdana-menteri
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor
------Kempen PRN Johor 2026 dah bermula 🗳️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
🔗 pru.sinarharian.com.my

Jul 4, 2026
Jul 4, 2026
1 min
PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
------Kempen PRN Johor 2026 dah bermula 🗳️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
🔗 pru.sinarharian.com.my

Jul 3, 2026
Jul 3, 2026
2 min
Lima warden penjara mengaku tidak bersalah cederakan banduan
Lima warden penjara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap tiga banduan dalam insiden yang dilaporkan sebagai rusuhan di Penjara Taiping pada Januari tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786213/berita/semasa/lima-warden-penjara-mengaku-tidak-bersalah-cederakan-banduan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #wardenpenjara #cederakanbanduan

Jul 3, 2026
Jul 3, 2026
2 min
Letupan bom di Tak Bai: ICQS Rantau Panjang lengang
Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang lengang walaupun pada hujung minggu dipercayai susulan kejadian letupan bom di Tak Bai, Narathiwat, Thailand pada Isnin lalu.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi pada Jumaat bermula jam 6 hingga 8 pagi mendapati hanya beberapa buah kenderaan persendirian serta pelancongan yang melintasi sempadan untuk ke Thailand melalui ICQS berkenaan.
Orang ramai pula hanya kelihatan rakyat Thailand yang ingin pulang ke kampung untuk bercuti hujung minggu dan mengecop pasport.
Muzik: Dreams dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #takbai #sempadan #rantaupanjang

Jul 2, 2026
Jul 2, 2026
2 min
Hanya ladang baharu dengan 2,000 ekor babi diwajibkan EIA - Syed Ibrahim Keperluan menyediakan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) hanya diwajibkan bagi pembukaan kawasan baharu penternakan babi yang melibatkan populasi sebanyak 2,000 ekor dan ke atas.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ketetapan itu diperuntukkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786120/berita/nasional/hanya-ladang-baharu-dengan-2000-ekor-babi-diwajibkan-eia---syed-ibrahim
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #ladangbabi

Jul 2, 2026
Jul 2, 2026
2 min
Insiden terbaharu di Kem Hobart, Gurun yang menyaksikan dua anggota tentera cedera selepas senjata api digunakan meletup ketika menjalani latihan menembak pada Isnin, sekali lagi membuka persoalan terhadap tahap keselamatan latihan ketenteraan di negara ini.
Walaupun pihak berkuasa menjelaskan kecederaan tersebut berpunca daripada serpihan objek yang melantun akibat masalah teknikal dan bukannya tembakan peluru, kejadian itu tetap membimbangkan kerana berlaku di lokasi sama dalam tempoh tidak sampai dua minggu selepas tragedi letupan grenad yang meragut dua nyawa.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786029/suara-sinar/lidah-pengarang/ada-yang-tidak-kena-di-kem-hobart
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #KemHobart #keselamatanlatihankeselamatan #LidahPengarang

Jul 2, 2026
Jul 2, 2026
56 sec
Hamzah persoal pelantikan Azam Baki sebagai Penasihat NFCC
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan justifikasi pelantikan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebagai penasihat di Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC).
Hamzah berkata, ini kerana Azam terpalit dengan beberapa isu termasuk korporat mafia dan saham.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786089/berita/nasional/hamzah-persoal-pelantikan-azam-baki-sebagai-penasihat-nfcc
#SinarHarian #BeritaSemasa #AzamBaki #NFCC

Jul 2, 2026
Jul 2, 2026
1 min
Empat rakan berdepan hukuman mati
Empat rakan berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah lebih 500 gram, bulan lalu.
Tertuduh, Tugimin Mistat, 54; Zulkifli Abdul Halim, 40; Mohd Ashiq Mohd Saed, 40, dan Fitri Hafifi Mohd Hassan, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Asma’ Nahdiyya Che Ab Rahim.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786061/berita/semasa/empat-rakan-berdepan-hukuman-mati
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah

Jul 2, 2026
Jul 2, 2026
2 min
Merak Jalanan teringat satu kejadian ketika sedang makan di sebuah gerai tepi jalan. Perut tengah lapar, makanan baru separuh jalan, tiba-tiba datang seorang lelaki. Secara zahirnya nampak sihat sahaja, tiada apa yang cacat cela.
Tujuannya nak minta sedekah. Bukan RM1 atau RM2 yang dimahukan tapi terus minta RM5 atau lebih. Di lehernya pula tergantung kod respons pantas (QR). Katanya, kalau tiada wang tunai, boleh online sahaja. Zaman sekarang minta sedekah pun dah naik taraf ke digital.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786025/suara-sinar/pojok/peminta-sedekah-zaman-moden-ada-qr-ada-iphone
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #pemintasedekah #QR #MerakJalanan

Jul 2, 2026
Jul 2, 2026
51 sec
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ‘move on’ tidak lagi mahu memanjangkan isu dakwaan beliau dihalang memasuki kawasan Felda bagi menghadiri program penyerahan geran hak milik kepada peneroka yang tular sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Beliau berkata, tumpuan kini beralih kepada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung secara sihat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785991/berita/politik/kita-move-on-kempen-secara-sihat---onn-hafiz-enggan-panjangkan-isu-dilarang-masuk-felda
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PRNJohor #OnnHafiz


