Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Listen on:
Episodes

Jul 2, 2026
Jul 2, 2026
51 sec
Keputusan Pas tidak meletakkan calon di beberapa kerusi bukan majoriti Melayu di Johor dibuat berdasarkan penilaian terhadap peluang kemenangan bukan sebab takut berdepan dengan DAP, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemilihan kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibuat berdasarkan komposisi pengundi, kekuatan calon dan potensi kemenangan selaras dengan matlamat utama setiap parti untuk meraih kemenangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786015/berita/politik/pas-tidak-takut-berdepan-dap-pemilihan-kerusi-berdasarkan-peluang-menang---ahmad-samsuri
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #Pas #DAP

Jul 1, 2026
Jul 1, 2026
1 min
Pasangan kekasih jadi kurier dadah diberkas, terima upah RM5,000 setiap penghantaran
Sepasang kekasih dipercayai menerima upah RM5,000 bagi setiap penghantaran dadah diberkas bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM728,510 dalam serbuan di Genting Permai, Bentong, Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Lelaki tempatan berusia 37 tahun berasal dari Kedah dan teman wanitanya, warga asing berusia 35 tahun, ditahan kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan Polis Kontinjen Pahang menerusi Ops Tapis Khas (Operasi Hawks).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785945/berita/semasa/pasangan-kekasih-jadi-kurier-dadah-diberkas-terima-upah-rm5000-setiap-penghantaran
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PulauPinang #Kurier #Kekasih

Jul 1, 2026
Jul 1, 2026
2 min
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini semakin memperlihatkan landskap politik berbeza daripada kebiasaan.
Pertembungan bukan lagi sekadar antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya membentuk percaturan baharu yang menjadikan PH sebagai sasaran utama hampir semua pihak.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785909/suara-sinar/lidah-pengarang/ph-kini-antagonis-nombor-satu-prn-johor
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #PRNJohor #PH #LidahPengarang

Jul 1, 2026
Jul 1, 2026
3 min
RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan

Jul 1, 2026
Jul 1, 2026
1 min
Penyertaan dalam Global Sumud Flotilla keputusan peribadi - Timbalan Menteri Luar
Keputusan rakyat Malaysia untuk menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin dibuat atas prinsip individu.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang berkata, kerajaan akan membantu sekiranya wujud permasalahan ketika misi itu berjalan berdasarkan beberapa pertimbangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785933/berita/nasional/penyertaan-dalam-global-sumud-flotilla-keputusan-peribadi---timbalan-menteri-luar
#SinarHarian #BeritaSemasa #GlobalSumudFlotilla #DewanRakyat

Jul 1, 2026
Jul 1, 2026
2 min
Ada orang sinis memanggilnya 'YB Hollywood'. Kononnya terlalu banyak berlakon, terlalu rajin mencipta kandungan media sosial, terlalu kerap muncul bersama selebriti, namun Merak Jalanan melihat satu perkara yang menarik.
Kalau benar itu sekadar 'lakonan', pelik juga apabila 'drama' itu berjaya mengutip dana ratusan ribu ringgit untuk rakyat di kawasan Parlimennya. Ertinya, ada hasil yang boleh diukur, bukan sekadar tepukan di pentas politik.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785912/suara-sinar/pojok/bila-yb-hollywood-lebih-perform-lebih-gentleman
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #YB #SyedSaddiq #MerakJalanan

Jun 30, 2026
Jun 30, 2026
2 min
Dua anggota tentera cedera di bahagian kaki ketika menjalani latihan menembak di Kem Hobart, Gurun, Kedah dipercayai akibat masalah teknikal ketika mengendalikan senjata dalam kejadian pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian kira-kira 6.05 petang itu, seorang jurulatih berpangkat Sarjan berusia 35 tahun terpaksa menerima lapan jahitan di bahagian paha kanan berhampiran lutut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785825/berita/semasa/kem-hobart-dua-lagi-tentera-cedera-ketika-latihan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemHobart #Tentera #Cedera

Jun 30, 2026
Jun 30, 2026
2 min
Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa penggunaan jentera dan program kerajaan bagi tujuan berkempen semakin ketara sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Menteri Ekonomi itu berkata, trend berkenaan bercanggah dengan komitmen kerajaan untuk membanteras rasuah serta mengelakkan pembaziran wang awam di bawah kerajaan Madani ketika ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785803/berita/politik/rafizi-persoal-jentera-program-kerajaan-dalam-kempen-prn-johor
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #RafiziRamli #PRNJohor

Jun 30, 2026
Jun 30, 2026
37 sec
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik menyifatkan penangguhan keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai sesuatu yang di luar jangkaan dan pertama kali berlaku sepanjang pengalamannya dalam bidang guaman, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Beliau berkata, situasi berkenaan amat tidak dijangka dan tidak pernah dialaminya dalam mana-mana prosiding mahkamah sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785792/berita/semasa/ini-sesuatu-yang-di-luar-jangkaan-kali-pertama-dalam-pengalaman-kami
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #SyedSaddiq

Jun 30, 2026
Jun 30, 2026
1 min
Ruang yang sepatutnya dikhaskan sebagai kawasan bumbung bertukar menjadi 'rumah' apabila beberapa bilik kediaman haram dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa, lapor wartawan Sinar Harian, Muhamad Afham Ramli.
Kes itu dikesan menerusi Op Sarang Burung yang digerakkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785811/berita/semasa/ini-perangkap-maut---27-bilik-haram-dikesan-dibina-atas-bangunan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #bilikkediamanharam #OpSarangBurung #kawasanrooftopjadibilikharam


