Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Episodes

Jun 30, 2026

1 min

Ruang yang sepatutnya dikhaskan sebagai kawasan bumbung bertukar menjadi 'rumah' apabila beberapa bilik kediaman haram dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa, lapor wartawan Sinar Harian, Muhamad Afham Ramli.
Kes itu dikesan menerusi Op Sarang Burung yang digerakkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785811/berita/semasa/ini-perangkap-maut---27-bilik-haram-dikesan-dibina-atas-bangunan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #bilikkediamanharam #OpSarangBurung #kawasanrooftopjadibilikharam

Jun 30, 2026

1 min

Merak Jalanan kesian dengan nasib yang menimpa seorang rakan baru-baru ini. Kerana masalah orang lain, dia terpaksa menanggung beban.
Ceritanya begini, rakan Merak Jalanan ada rumah di kampung yang disewakan kepada sebuah keluarga. Hampir empat tahun juga mereka menjadi penyewa dan sepanjang tempoh itu, tiada sebarang masalah.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785761/suara-sinar/pojok/penyewa-skandal-dengan-rakan-pejabat-tuan-rumah-yang-pening
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #penyewa #tuanrumah #MerakJalanan

Jun 30, 2026

1 min

Seorang lelaki mengaku bersalah di atas pertuduhan menyamun seorang wanita di sebuah masjid di George Town dalam kejadian pada minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Zainal Ahmad, 54, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Said di Mahkamah Majistret 3 George Town pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785801/berita/semasa/penganggur-mengaku-salah-samun-dalam-masjid
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #mahkamah #kessamun #mengakusamunwanitadimasjid

Jun 30, 2026

3 min

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dakwaan kerajaan Persekutuan menganaktirikan negeri tertentu dalam penyaluran peruntukan adalah tidak berasas kerana kebanyakan negeri menerima peruntukan yang lebih tinggi berbanding purata hasil yang dikutip.
Beliau berkata, agihan peruntukan kerajaan Persekutuan dibuat berdasarkan keperluan pembangunan dan kebajikan rakyat termasuk pelaksanaan projek kritikal seperti tebatan banjir, infrastruktur asas, sekolah serta kemudahan awam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785790/berita/nasional/hampir-semua-negeri-terima-peruntukan-persekutuan-melebihi-hasil-cukai---pm
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #AnwarIbrahim #Cukai

Jun 30, 2026

1 min

"Saya hormat institusi kehakiman negara yang merupakan benteng terakhir bagi individu seperti saya yang ingin mendapatkan keadilan bukan melalui jalan pintas ataupun layanan istimewa, tetapi melalui perbicaraan yang berdasarkan fakta dan data di bawah institusi kehakiman itu sendiri."
Demikian tegas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas Mahkamah Persekutuan pada Selasa menangguhkan keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya susulan Hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali bercuti sakit selama dua hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785784/berita/semasa/kalau-perlu-tunggu-lagi-saya-akur---syed-saddiq-kekal-yakin-cari-keadilan-di-mahkamah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #SyedSaddiq

Jun 30, 2026

2 min

Perkongsian kisah tular seorang warga emas berusia 65 tahun yang terpaksa kembali bekerja selepas wang simpanan KWSP sebanyak kira-kira RM400,000 habis digunakan dalam tempoh beberapa tahun, mengundang pelbagai reaksi.
Hakikatnya, ia bukan sekadar kisah seorang warga emas yang masih bekerja tetapi cerminan masa depan yang mungkin menanti ramai rakyat Malaysia.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785753/suara-sinar/lidah-pengarang/duit-kwsp-habis-usia-65-tahun-bawa-e-hailing
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #KWSP #ehailing #wargaemas #LidahPengarang

Jun 29, 2026

1 min

PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785731/berita/politik/prn-johor-tiada-arahan-ahli-bersatu-undi-parti-lain-di-kerusi-pn-tidak-bertanding
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu

Jun 29, 2026

1 min

Hari pertama operasi LRT3: Pengguna beri reaksi positif, mesra OKU
Hari pertama operasi Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan kawasan utama di Lembah Klang mendapat reaksi positif daripada pengguna apabila ia berjalan lancar meskipun ada sedikit kesesakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785727/berita/nasional/hari-pertama-operasi-lrt3-pengguna-beri-reaksi-positif-mesra-oku
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #LRT3

Jun 29, 2026

1 min

Bekalan makanan asas cukup sebulan, bahan api hingga Ogos - Akmal Nasrullah
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan bahan api negara mencukupi hingga Ogos ini, selain usaha sedang dipergiat bagi memastikan bekalan itu terus terjamin dalam menghadapi ketidaktentuan krisis global.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, jaminan itu hasil penyelarasan yang dilaksanakan bersama pemain industri bagi memastikan keperluan pengguna serta sektor ekonomi utama tidak terjejas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785697/berita/nasional/bekalan-makanan-asas-cukup-sebulan-bahan-api-hingga-ogos---akmal-nasrullah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #bekalanmakananasas #bahanapi #krisisglobal

Jun 29, 2026

1 min

KKM, KESUMA bincang buka pusat rehabilitasi PERKESO kepada pesakit awam
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang memperincikan langkah segera bagi membolehkan pesakit awam, termasuk kanak-kanak yang mengalami Palsi Serebrum (CP) mendapatkan rawatan di pusat rehabilitasi bertaraf dunia milik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi kerjasama rentas kementerian bagi mengoptimumkan penggunaan kemudahan rehabilitasi sedia ada, sekali gus mengurangkan kesesakan serta menangani kekurangan kepakaran di pusat rehabilitasi KKM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785673/berita/nasional/kkm-kesuma-bincang-buka-pusat-rehabilitasi-perkeso-kepada-pesakit-awam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #KKM #KESUMA #PERKESO #pusatrehabilitasi

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125