Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Episodes

Jul 8, 2026

1 min

Tetak penunggang motosikal gara-gara hon, pembuli jalanan dijel 10 tahun
Hanya kerana dibunyikan hon, tindakan ganas seorang pembuli jalanan menetak penunggang motosikal dengan pisau potong daging di Lebuhraya Persekutuan, bulan lalu, mengundang padah apabila dia dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Jurujual, Azmi Jantan, 43, dikenakan hukuman berkenaan bermula tarikh tangkap, 11 Jun lalu, selepas mengekalkan pengakuan bersalah di hadapan Hakim, ‘Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Penjara #PembuliJalanan

Jul 8, 2026

1 min

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul  mengingatkan Ahli Parlimen supaya mengambil serius pemeriksaan kesihatan berkala, susulan seorang wakil rakyat kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Beliau memaklumkan mengenai perkara itu sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat

Jul 7, 2026

3 min

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mempersoalkan siapa yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan dasar kasut hitam di sekolah.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Dialog #PRNJohor #MaszleeMalik

Jul 7, 2026

1 min

Maszlee jawab isu tol Simpang Renggam
Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mempersoalkan mengapa isu lama berkaitan tol Simpang Renggam kembali ditimbulkan ketika kempen PRN.
Menurut beliau, permohonan maaf telah dibuat sebelum ini dan isu berkenaan tidak sepatutnya terus diungkit.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Dialog #PRNJohor #MaszleeMalik

Jul 7, 2026

3 min

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mempersoalkan kewajaran mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika dunia sedang berdepan pelbagai krisis, sambil menegaskan keutamaan sepatutnya diberikan kepada usaha menangani cabaran yang memberi kesan kepada rakyat.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Dialog #PRNJohor #MaszleeMalik

Jul 7, 2026

2 min

Tiga lelaki tidak mengaku bakar tiga kereta di rumah Cikgu Chandra
Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, atas satu pertuduhan membakar tiga kereta milik isteri aktivis masyarakat, Cikgu Chandra, empat bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Pemandu trak tunda, A Kumaran, 34; pengawal keselamatan, S Kisshen Nair, 30, dan pemandu lori, P Surendran, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786724/berita/semasa/tiga-lelaki-tidak-mengaku-bakar-tiga-kereta-di-rumah-cikgu-chandra
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #CikguChandra

Jul 7, 2026

57 sec

"Anak masih lagi dalam trauma, air mata tak henti mengalir."
Itu perkongsian Mohd Firuz Ibrahim, 43, iaitu bapa kepada remaja perempuan berusia 15 tahun yang cedera ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah di Banting.
Menurutnya, anaknya masih lagi dalam pemantauan doktor dan jururawat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786735/berita/semasa/anak-masih-trauma-ditikam-air-mata-tak-henti-mengalir---bapa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #tikampelajar

Jul 7, 2026

2 min

"Anak saya bukan pembuli.”
Demikian tegas Mohd Firuz Ibrahim, 43, bapa kepada pelajar yang cedera ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah di Banting pada Isnin.
Menurut Mohd Firuz, beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kes berkenaan kepada pihak polis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786726/berita/semasa/anak-saya-bukan-pembuli---bapa-pelajar-kes-tikam-tepis-dakwaan-tular
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #tikampelajar
 

Jul 7, 2026

1 min

Suspek kes tikam seorang pelajar sekolah di Banting direman selama empat hari bermula Selasa.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786694/berita/semasa/suspek-kes-tikam-pelajar-direman-empat-hari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #tikampelajar #reman

Jul 6, 2026

1 min

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, Sharon Teo tampil dengan enam tawaran utama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. 
Sharon yang pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Amanah Johor dan Ketua Wanita Amanah Negara (Warda) Johor, memfokuskan penyelesaian isu infrastruktur, kesesakan lalu lintas, pembangunan belia serta pemerkasaan komuniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786650/berita/politik/prn-johor-sharon-teo-tampil-enam-tawaran-tekad-selesai-isu-rakyat-di-permas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #calonPH #DUNPermas

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125