Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Episodes

Jul 10, 2026

1 min

Ini komen Zahid tentang ADUN lantikan
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kenyataan Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung isu ADUN lantikan tidak seharusnya dijadikan isu oleh mana-mana pihak pada saat-saat akhir kempen PRN Johor.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #ZahidHamidi #OnnHafiz

Jul 10, 2026

2 min

Chegubard hilang kelayakan bertanding PRN Negeri Sembilan
Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, hilang kelayakan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan selepas dikenakan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, keputusan mahkamah itu menyebabkan Chegubard hilang kelayakan sebagai calon berikutan peruntukan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787188/berita/politik/chegubard-hilang-kelayakan-bertanding-prn-negeri-sembilan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Chegubard #PRNNegeriSembilan

Jul 9, 2026

1 min

Op DAK: Dakwaan rasuah RM53 juta bekas menteri tidak berasas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini mendapati dakwaan kononnya seorang bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menerima rasuah RM53 juta dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah, Amoi, Dara dan kelat (DAK) ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun tidak mempunyai asas selepas siasatan tidak menemukan sebarang aliran wang yang mengaitkannya, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, siasatan yang dijalankan setakat ini juga tidak mengesan sebarang aliran tunai atau pembayaran kepada bekas menteri berkenaan mahupun mana-mana syarikat yang mencurigakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787036/berita/semasa/op-dak-dakwaan-rasuah-rm53-juta-bekas-menteri-tidak-berasas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OpDAK #SPRM #Rasuah #NikNazmi

Jul 9, 2026

1 min

PH Simpang Renggam buat laporan polis dakwa MB Johor langgar peraturan kempen
Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam membuat satu laporan polis terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung dakwaan salah laku membabitkan pelajar institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ketika tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Wakil calon PH Machap yang juga Timbalan Ketua Kawasan Amanah Simpang Renggam, Hairu Nasir Rohani berkata laporan polis itu dibuat agar pihak berkuasa menjalankan siasatan sekiranya berlaku pelanggaran peraturan kempen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787073/berita/politik/ph-simpang-renggam-buat-laporan-polis-dakwa-mb-johor-langgar-peraturan-kempen
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PH #SimpangRenggam #Johor

Jul 9, 2026

1 min

Bekas tapak longgokan sampah kini jana hasil cili fertigasi
Sebidang tanah terbiar yang dahulunya menjadi tempat longgokan sampah di Kampung Sungai Abong, Muar berjaya ditransformasikan menjadi projek tanaman cili fertigasi yang menjana pendapatan dan menyokong aktiviti kemasyarakatan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Abong, Ab Kahar Mashuri berkata, projek di bawah inisiatif Sejati Madani tu mula dilaksanakan pada November 2024 dengan tanaman cili jenis Sakata dan Sentil di kawasan seluas kira-kira 1.5 ekar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786836/edisi/johor/bekas-tapak-longgokan-sampah-kini-jana-hasil-cili-fertigasi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Komuniti #SejatiMadani #TanamanCiliFertigasi #Muar

Jul 9, 2026

2 min

Projek ternakan arnab bantu tingkat taraf hidup asnaf
Program ternakan arnab di bawah inisiatif Sejati Madani di Kampung Sungai Muda yang bermula dengan hanya 50 ekor arnab dua tahun lalu, kini berkembang kepada 600 ekor, sekali gus membuka peluang kepada golongan asnaf menjana pendapatan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Muda, Mohd Adli Othman berkata, projek itu menerima geran Sejati Madani berjumlah RM100,000 daripada Jabatan Perdana Menteri pada 2024.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786841/edisi/johor/projek-ternakan-arnab-bantu-tingkat-taraf-hidup-asnaf
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Projek #TernakanArnab #Asnaf

Jul 9, 2026

2 min

Reban ayam yang dinaik taraf dan dibesarkan bagi menampung projek ternakan itik penelur di bawah Program Sejati Madani di Kampung Parit Marjunid, Pontian kini memberi nilai tambah kepada ekonomi komuniti, lapor wartawan Norafidah Assan.
Pengurus projek ternakan berkenaan, Nor Haziqah Mohd Kasmadi berkata, projek yang menerima peruntukan RM100,000 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri itu mula dilaksanakan pada September 2024 bagi mengembangkan penternakan itik penelur di kampung tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786848/edisi/johor/itik-penelur-jana-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #penterakitikpenelur #SejatiMadani #ekonomikomuniti

Jul 8, 2026

3 min

Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof berkata, isu pelarian tidak boleh dilihat hanya dari sudut hak asasi manusia semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan aspek keselamatan serta kedaulatan negara.
Beliau turut mempersoalkan mengapa negara-negara maju tidak menerima lebih ramai pelarian dan menggesa Association of Southeast Asian Nations mencari penyelesaian lebih tuntas terhadap krisis di Myanmar.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #Rohingya

Jul 8, 2026

4 min

Di sebalik tubuhnya hanya sebesar jari kelingking, ikan guppy yang sering dianggap sekadar penghuni akuarium rupa-rupanya membawa rezeki cukup besar buat seorang guru memandu apabila terpaksa mengambil cuti tanpa gaji demi menjaga ibunya diserang strok sejak lebih dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Bagi Mohamad Hafis Hashim, 34, ikan hiasan itu bukan sekadar hobi, sebaliknya menjadi penyelamat ketika berdepan 'ujian' hidup semasa negara dilanda pandemik Covid-19 dan kini apabila tanggungjawab menjaga ibunya yang berusia 66 tahun memerlukan komitmen sepenuh masa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786868/bisnes/ikan-sekecil-jari-nilai-ratusan-ringgit
Muzik: Creative Minds dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #IkanGuppy #Kelantan #Bisnes

Jul 8, 2026

1 min

Tetak penunggang motosikal gara-gara hon, pembuli jalanan dijel 10 tahun
Hanya kerana dibunyikan hon, tindakan ganas seorang pembuli jalanan menetak penunggang motosikal dengan pisau potong daging di Lebuhraya Persekutuan, bulan lalu, mengundang padah apabila dia dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Jurujual, Azmi Jantan, 43, dikenakan hukuman berkenaan bermula tarikh tangkap, 11 Jun lalu, selepas mengekalkan pengakuan bersalah di hadapan Hakim, ‘Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Penjara #PembuliJalanan

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125