Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

2 days ago
2 days ago
Krisis Asia Barat ketika ini tidak menjejaskan perjalanan ibadah haji musim 1447H/2026M dengan semua persiapan bagi jemaah Malaysia berjalan lancar hasil kerjasama erat antara Lembaga Tabung Haji (TH) dan pihak berkuasa Arab Saudi, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, jaminan tersebut diperoleh hasil pertemuan rasmi bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi serta beberapa pihak berkaitan ketika lawatan kerja beliau ke Tanah Suci baru-baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774264/berita/nasional/krisis-asia-barat-tidak-jejas-ibadah-haji
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisAsiaBarat #ibadahhaji #tabunghaji #jemaahhaji2026

3 days ago
3 days ago
Memang senang nak kritik kerajaan dalam soal kenaikan harga minyak. Tak ada kerajaan di dunia yang jangka keadaan macam sekarang akan terjadi.
Harga minyak mentah naik dua kali ganda. Kalau betul nak cari salah, salahkan Presiden Trump dan Perdana Menteri Israel yang biang keladi serang Iran.Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774173/suara-sinar/awang-paku-serpih/jangan-hentam-sebarang-hentam
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #JanganSebarangHentam #kenaikanhargaminyak

3 days ago
3 days ago
Lapan rumah terbakar, manakala kira-kira 30 tong gas memasak hangus termasuk sebahagiannya meletup dalam kejadian kebakaran di Chabang Tiga, Kedai Buloh, Kota Bharu pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Kejadian pada jam 9.45 malam itu merebak dengan pantas di kawasan kediaman padat, yang kebanyakannya berstruktur kayu, beserta berlaku letupan beberapa mercun milik penduduk.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774171/berita/semasa/lapan-rumah-terbakar-tong-gas-meletup-di-kota-bharu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #lapanrumahterbakar #keskebakaran #30tonggasmeletup #JBPM

4 days ago
4 days ago
Penduduk di Presint 4, Jalan A40, Taman Warisan Puteri, Seremban kembali resah apabila mendapan jalan yang berlaku tiga tahun lalu, berulang lagi.
Malah keadaan mendapan kali ini disifatkan lebih teruk meskipun telah dibaik pulih oleh pihak berwajib sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774084/edisi/melaka-ns/penduduk-kembali-resah-jalan-mendap-berulang-lagi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jalanmendap #pendudukbimbang #Seremban

4 days ago
4 days ago
KJ dakwa pembangkang tidak berguna. Ini jawapan balas Hadi Awang
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyelar dakwaan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang melabel pembangkang sebagai paling tidak berguna dan tidak cekap memanfaatkan ‘pentas’ beberapa isu tempatan serta global.
Abdul Hadi menyifatkan, kegagalan sebenar terletak di bahu kerajaan yang dilihat masih buntu menangani isu-isu kritikal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774073/berita/politik/ketepi-perbezaan-politik-tangani-ketidakstabilan-ekonomi-global-bersama---abdul-hadi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HadiAwang #KhairyJamaludin #pembangkang #kerajaan

4 days ago
4 days ago
Kerajaan digesa mengetepikan perbezaan politik dengan mengadakan sidang khas Parlimen melibatkan semua wakil rakyat pembangkang bagi membincangkan langkah proaktif menangani ketidakstabilan ekonomi global yang semakin menghimpit rakyat.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, langkah itu penting bagi membolehkan semua pihak termasuk wakil rakyat pembangkang, menyumbang idea dan pandangan demi kepentingan negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774073/berita/politik/ketepi-perbezaan-politik-tangani-ketidakstabilan-ekonomi-global-bersama---abdul-hadi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HadiAwang #ekonomi #kepentingannegara

4 days ago
4 days ago
Pelantikan Ketua Pembangkang PN belum diputuskan - Abdul Hadi
Pelantikan Ketua Pembangkang di Parlimen masih belum diputuskan dan akan dibincangkan secara menyeluruh dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN).
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tempoh untuk membuat keputusan tersebut masih panjang memandangkan sidang Parlimen hanya akan berlangsung pada Jun depan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774082/berita/politik/pelantikan-ketua-pembangkang-pn-belum-diputuskan---abdul-hadi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PelantikanKetuaPembangkang #PN #AbdulHadi

5 days ago
5 days ago
Pendidikan pemutus rantaian kemiskinan, ini prinsip Jeffrey
Pengasas dan Pengerusi Sunway Berhad, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, yakin bahawa pendidikan merupakan wahana paling ampuh untuk memutuskan rantaian kemiskinan dan mengangkat martabat insan.
Sehubungan itu, menerusi Yayasan Jeffrey Cheah, beliau mendermakan sepenuhnya pegangan ekuitinya dalam kumpulan institusi pendidikan Sunway, satu tindakan murni yang mencerminkan prinsip hidup yang dipegang teguh.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773868/berita/nasional/tawaran-sunway-tidak-jejaskan-kepentingan-bumiputera---jeffrey
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SunwayBerhad #pendidikan #YayasanJeffreyCheah

5 days ago
5 days ago
Tawaran Sunway tidak jejaskan kepentingan bumiputera - Jeffrey
Tawaran pengambilalihan bersyarat IJM Corporation Berhad oleh Sunway Berhad bukan bertujuan mengetepikan kepentingan bumiputera atau Melayu.
Pengasas dan Pengerusi Sunway Berhad, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah sebaliknya berkata, ia sebagai langkah strategik untuk memperkukuh kedudukan kedua-dua pihak dalam landskap perniagaan yang semakin mencabar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773868/berita/nasional/tawaran-sunway-tidak-jejaskan-kepentingan-bumiputera---jeffrey
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SunwayBerhad #IJMCorporation #Bumiputera

5 days ago
5 days ago
‘Dapur’ air ketum diserbu, rampasan lebih RM70,000
Sindiket memproses dan menjual cecair dianggarkan berjumlah RM76,796 disyaki air ketum terbongkar selepas dua serbuan dilakukan di kawasan Kempas pada 27 Februari lalu.
Pengarah Kastam Johor Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, serbuan pertama pada kira-kira jam 9 malam itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Kempas Denai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773898/berita/semasa/dapur-air-ketum-diserbu-rampasan-lebih-rm70000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Ketum


