Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Saturday May 02, 2026
Saturday May 02, 2026
Kanak-kanak perempuan jatuh longkang, operasi SAR diperluas lima kilometer
Operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, ketika mengambil bola diteruskan hari kedua pada Sabtu dengan pencarian diperluaskan dalam radius lima kilometer, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi pencarian melibatkan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dengan bantuan dua unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Shah Alam dan KLIA.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778138/berita/semasa/kanak-kanak-perempuan-jatuh-longkang-operasi-sar-diperluas-lima-kilometer
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Lemas #JatuhLongkang #Kajang

Friday May 01, 2026
Friday May 01, 2026
Infrastruktur digital tidak lagi sekadar lapisan sokongan, sebaliknya menjadi tulang belakang utama dalam menentukan kecekapan negara serta daya saing Malaysia di peringkat global.
Berucap di Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) MyDigital ID dengan tema Powering Trusted Access Across Malaysia’s Digital Ecosystem, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dunia kini berada dalam fasa perubahan yang tidak lagi berperingkat, namun berlaku secara berterusan, pantas dan di luar jangka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778021/berita/nasional/infrastruktur-digital-jadi-tulang-belakang-negara
Muzik: Newhorizon dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MyDigitalID #Identiti #Digital

Friday May 01, 2026
Friday May 01, 2026
Kerajaan perkenal elaun pasca cuti bersalin, bantu ibu selepas lahirkan anak - Anwar
Kerajaan akan memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin sebagai langkah progresif bagi menyokong penyertaan wanita dalam tenaga buruh serta mengurangkan tekanan yang dihadapi ibu selepas melahirkan anak.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu diperkenalkan susulan dapatan bahawa kadar penyertaan tenaga buruh dalam kalangan wanita, khususnya berumur antara 25 hingga 39 tahun, menunjukkan sedikit penurunan, antaranya disebabkan komitmen materniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778048/berita/nasional/kerajaan-perkenal-elaun-pasca-cuti-bersalin-bantu-ibu-selepas-lahirkan-anak---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #pekerja

Friday May 01, 2026
Friday May 01, 2026
Di sebalik keghairahan menunaikan ibadah haji, ramai jemaah sebenarnya berdepan cabaran emosi yang tidak kurang hebat, terutama pada fasa awal ketibaan di Tanah Suci.
Pengurus Kaunseling musim haji 1447H, Azlina Abdul Hamid berkata, perubahan mendadak dari segi cuaca, rutin harian dan persekitaran menjadi antara faktor utama yang mempengaruhi emosi jemaah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778045/berita/nasional/rindu-cemas-teruja-cabaran-emosi-jemaah-di-tanah-suci
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji #JemaahHaji #Haji

Friday May 01, 2026
Friday May 01, 2026
Kerajaan Negeri akan mempertingkatkan aspek keselamatan di lokasi seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Puncak Alam dengan memasang pagar keselamatan serta penutup longkang, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah segera itu penting bagi mengelakkan kejadian sama berulang di kawasan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778030/edisi/selangor-kl/kanak-kanak-lemas-pasang-pagar-penutup-longkang-di-lokasi-kejadian
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MenteriBesar #Selangor #Lemas #JatuhLongkang

Thursday Apr 30, 2026
Thursday Apr 30, 2026
Jana RM1 juta setahun, sindiket jual aksesori iPhone tiruan tumpas
Kegiatan menjual aksesori telefon jenama terkemuka iPhone tiruan yang menjana jualan RM1 juta setahun terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka di sebuah gudang di Taman Teknologi Cheng menerusi Ops Jenama pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Pengarah KPDN Melaka, Dr. Mohd Hazimin Jamaludin berkata, premis tersebut dipercayai telah beroperasi sejak tiga tahun lalu dengan memasarkan barangan tiruan termasuk sarung telefon, fon telinga, AirPods, kabel pengecas serta kotak telefon menerusi platform dalam talian selain diedarkan kepada beberapa syarikat dan ejen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777928/berita/jana-rm1-juta-setahun-sindiket-jual-aksesori-iphone-tiruan-tumpas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPDN #Melaka #Aksesori #Tiruan #Iphone

Thursday Apr 30, 2026
Thursday Apr 30, 2026
Lubuk penagihan dadah yang menjadikan bangunan usang, busuk dan terbiar di Bandar Armada Putra, Klang digempur pada Khamis.
Serbuan Op Perdana bermula jam 4.30 pagi itu diketuai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777905/berita/semasa/bangunan-usang-jijik-rupanya-lubuk-tagih-dadah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AADK #dadah #Pati

Thursday Apr 30, 2026
Thursday Apr 30, 2026
Di sebalik kesibukan jutaan jemaah menunaikan ibadah haji di Tanah Suci, terdapat petugas yang sentiasa bersedia 24 jam sehari bagi memastikan setiap urusan dan kebajikan jemaah haji Malaysia sentiasa terpelihara.
Unit Khidmat Pelanggan menjadi antara elemen penting dalam menguruskan aduan, pertanyaan serta kes kecemasan jemaah agar segala permasalahan dapat diselesaikan segera tanpa mengganggu tumpuan ibadah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777883/berita/nasional/aduan-jemaah-selesai-dalam-masa-dua-jam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TH #Haji

Thursday Apr 30, 2026
Thursday Apr 30, 2026
Pegawai kanan tentera didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM225,000
Seorang pegawai kanan tentera berpangkat mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka pada Khamis terhadap lima pertuduhan mengemukakan dokumen pembekalan tidak wujud membabitkan tuntutan bernilai lebih RM225,000, dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, D Vivekananthan, 43, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777889/berita/semasa/pegawai-kanan-tentera-didakwa-kemuka-tuntutan-palsu-lebih-rm225000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Tentera #Mahkamah #TuntutanPalsu

Thursday Apr 30, 2026
Thursday Apr 30, 2026
Kapten tentera didakwa membunuh, pandu secara mabuk
Seorang pegawai tentera berpangkat kapten, didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan pada Khamis, atas satu pertuduhan membunuh pempengaruh, 'Advance Gaming' yang juga warga Bangladesh di Lebuh Raya Maju (MEX) dan dua lagi kes memandu secara mabuk minggu lalu, lapor wartawan Sinar harian, Noor Azlida Alimin.
Bagi pertuduhan membunuh, Jad Faid Arhan, 31, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777870/berita/semasa/kapten-tentera-didakwa-membunuh-pandu-secara-mabuk
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kapten #Tentera #Mabuk


