Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Thursday Apr 30, 2026
Thursday Apr 30, 2026
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam memasuki hari ketiga pada Khamis dengan pencarian kini diperluas hingga ke Sungai Buloh.
Mangsa, Khairil Izzani Khaizalullinudin dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika hujan lebat semasa bermain bola pada Selasa lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777893/berita/semasa/kanak-kanak-jatuh-longkang-sar-diperluas-ke-sungai-buloh-tempoh-operasi-lepasi-36-jam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SAR #Budaklemas

Thursday Apr 30, 2026
Thursday Apr 30, 2026
“Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo,Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio,Jangan salah anggap, napo lobihkan pompuan,Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan...”
Bait lirik lagu Gadis Jolobu, nyanyian Waris dan Datuk Hattan ini bukan sekadar lirik santai yang sering diputarkan, sebaliknya seperti menjawab persoalan segelintir masyarakat yang mungkin keliru tentang adat dan wanita Negeri Sembilan.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777848/suara-sinar/komentar-editor/harta-hilang-bila-kahwin-wanita-ns
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #harta #kahwin #WanitaNegeriSembilan

Wednesday Apr 29, 2026
Wednesday Apr 29, 2026
Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menegaskan cadangan untuk mengembalikan Dara, Amoi dan Kelat yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji Osaka (ZTO), Jepun adalah wajar dipertimbangkan dengan serius oleh Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) dengan mengambil kira kepentingan awam serta sensitiviti semasa, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Mohamad Adnan.
Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menggesa pihak pengurusan ZTNS untuk memulakan rundingan dengan ZTO bagi menilai keperluan dan mekanisme untuk membawa pulang gajah-gajah tersebut ke tanah air memandangkan kedua-dua zoo berkenaan adalah pihak yang mempunyai obligasi kontraktual.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777771/berita/nasional/wajar-kembalikan-dara-amoi-kelat-nres
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #isutigagajahdiJepun #ZooTaiping #NRES #ZTO

Wednesday Apr 29, 2026
Wednesday Apr 29, 2026
"Saya redah longkang, ikut laluan air dengan harapan dapat jumpa anak saya walau apa pun keadaannya."
Demikian luahan Khaizalullinordin Nordin, 45, yang sanggup mempertaruhkan nyawa meredah longkang sejauh lebih 100 meter demi mencari anak sulungnya yang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian petang Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777760/berita/semasa/saya-redah-longkang-ikut-laluan-air-dengan-harapan-dapat-jumpa-anak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kanakkanakdikhuatirilemas #JBPM #SAR #keslemas

Wednesday Apr 29, 2026
Wednesday Apr 29, 2026
Tempoh berada di Tanah Suci antara 45 hingga 50 hari bukanlah satu jangka masa yang singkat buat jemaah haji Malaysia, lapor wartawan sinar Harian, Rosli Ahmad.
Selain cabaran fizikal ketika menunaikan ibadah, rasa rindu terhadap tanah air khususnya makanan tempatan turut menjadi cabaran emosi kepada sebahagian jemaah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777716/berita/nasional/hai-o-bawa-rasa-malaysia-ubat-rindu-jemaah-haji-di-tanah-suci
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TH #jemaahhaji #masakanmalaysiadibumiMakkah #jemaahhaji2026

Wednesday Apr 29, 2026
Wednesday Apr 29, 2026
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya tidak menjadi batu api dalam memainkan isu ternakan babi di negeri ini demi kepentingan sendiri.
Amirudin turut menasihatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya berhati-hati ‘main wayang’ dalam memberi pandangan berhubung perkara terbabit. Beliau berkata, kerajaan negeri bertanggungjawab memastikan institusi raja sebagai institusi yang mulia dan perlembagaan serta kehidupan rakyat dapat terus dipertahankan.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AmirudinShari #IsuBabi #Selangor

Wednesday Apr 29, 2026
Wednesday Apr 29, 2026
Keluarga kepada wanita yang dipukul suami dalam kejadian di Ambangan Heights, Sungai Petani Khamis lalu, menzahirkan kesyukuran sebaik sahaja lelaki itu berjaya diberkas polis, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Abang mangsa, Mohd Firdaus Mokhtar, 45, berkata, keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777748/berita/semasa/saya-datang-ke-mahkamah-nak-tengok-muka-dia---abang-mangsa-pukul-hingga-gugur
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #lelakipukulisterideremantujuhhari #abangmangsamahutengukmukasuspek

Wednesday Apr 29, 2026
Wednesday Apr 29, 2026
Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Rabu membenarkan reman selama tujuh hari terhadap seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya hingga parah dalam kejadian di Ambangan Heights, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Perintah reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Mohamad Azlan Basri, bagi membantu siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777730/berita/semasa/lelaki-pukul-isteri-hingga-keguguran-direman-tujuh-hari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #lelakipukulisteridireman #lelakipukulisterideremantujuhhari

Wednesday Apr 29, 2026
Wednesday Apr 29, 2026
Terkejut Merak Jalanan melihat tangkap layar satu hantaran hasil daripada suntingan yang menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Entah bagaimana pihak tidak bertanggungjawab itu begitu berani menyunting gambar berkenaan dipercayai susulan titah baginda mengenai isu penternakan babi baru-baru ini.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777690/suara-sinar/pojok/hina-sultan-maaf-sahaja-tak-cukup
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #isuhinasultan #MerakJalanan

Wednesday Apr 29, 2026
Wednesday Apr 29, 2026
Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang kini berada dalam tempoh pemulihan selepas selesai menjalani pembedahan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru pada malam Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Lek Khang masih belum boleh dilawati oleh sesiapa termasuk ahli keluarga terdekat kerana masih berada dalam fasa pemulihan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777710/edisi/johor/pemimpin-politik-berkumpul-di-hospital-lek-khang-selesai-jalani-pembedahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TanLekKhangjalanipembedahan #pemimpinpolitikberkumpul


