Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Saturday May 02, 2026

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka mengakui beliau tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dalam kemelut parti itu sebelum ini yang membawa kepada pemecatan keahlian Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO turut melakukan kesalahan tertentu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778212/berita/politik/presiden-umno-akui-kesilapan-sedia-terima-khairy-jamaluddin-kembali
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZahidHamidi #UMNO

Saturday May 02, 2026

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan beliau diamanahkan untuk menguruskan beberapa perkara oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
Khairy Jamaluddin atau KJ bagaimanapun berkata, perkara yang dimaksudkan terlalu awal untuk dikongsi secara umum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778208/berita/politik/terlalu-awal-untuk-kongsi-peranan-saya-dalam-umno---kjnbsp
#SinarHarian #BeritaSemasa #KJ #UMNO

Saturday May 02, 2026

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan mana-mana pemimpin, sebaliknya menegaskan beliau kekal berpegang kepada prinsip parti. 
Menurutnya, ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘budak catur’ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778193/berita/politik/aku-budak-umno-dulu-kini-dan-selamanya---dr-akmal-salehnbsp
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #AkmalSaleh

Saturday May 02, 2026

UMNO Negeri Sembilan rela jadi pembangkang- Jalaluddin
UMNO Negeri Sembilan rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan susulan krisis adat dan perlembagaan di negeri itu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ini kerana pihaknya tidak mahu melihat sahaja kesilapan yang dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778170/berita/politik/umno-negeri-sembilan-rela-jadi-pembangkang--jalaluddin
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisNegeriSembilan

Saturday May 02, 2026

'Saya telefon ibu, ayah dan adik banyak kali, akhirnya polis jawab'
“Saya telefon ibu, ayah dan adik banyak kali, akhirnya anggota polis yang jawab dan beritahu keluarga saya terbabit kemalangan.”
Demikian kata Mohd Izat Kamilin, 22, anak kedua daripada empat beradik yang kehilangan ibu, Rubeta Mohd, 51, serta adik perempuannya, Nur Isyirah Syakirah, 14, dalam nahas membabitkan dua buah kereta di kilometer 71 Jalan Johor Bahru-Mersing pada Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778160/berita/semasa/saya-telefon-ibu-ayah-dan-adik-banyak-kali-akhirnya-polis-jawab
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #KotaTinggi #Johor

Saturday May 02, 2026

Krisis di Negeri Sembilan tercetus apabila terdapat pihak yang didakwa melanggar ‘garis merah’ berkaitan kedaulatan institusi adat seperti yang dipersetujui dalam kerjasama politik.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, dalam kerjasama diantara Barisan Nasonal (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan, UMNO-BN telah mengemukakan 10 perkara untuk menjadi asas dalam perjanjian tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778162/berita/politik/krisis-negeri-sembilan-tercetus-sebab-berlaku-pelanggaran-garis-merah-umno-tidak-boleh-berdiam-diri
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisNegeriSembilan

Saturday May 02, 2026

Sahutan ‘Amin’ jentik hati Zamarul
Sahutan ‘Amin’ yang bergema sebaik selesai bacaan surah al-Fatihah dalam solat berjemaah di sebuah masjid berhampiran tempat kerja isterinya, Kamariah Othman, suatu ketika dahulu menjadi titik perubahan besar dalam hidup Mohamad Zamarul Hafiz Ho Abdullah.
Suara yang disahut serentak itu menarik perhatiannya kerana menggambarkan kesatuan umat Islam, sekali gus menimbulkan rasa tenang yang akhirnya membuka pintu hatinya kepada Islam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778150/berita/semasa/sahutan-amin-jentik-hati-zamarul
Muzik: Lost in the haze- Veace D dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Muaalaf #JemahHaji #TabungHaji

Saturday May 02, 2026

Enam jam perjalanan dari Vietnam ke Kota Kinabalu bukan sekadar penerbangan biasa buat Jamri Herry, 40, sebaliknya ia adalah perjalanan penuh debaran dan harapan membawa pulang isterinya, Ruhana Joseph, 34, yang masih tidak sedarkan diri sejak kira-kira 10 hari berada di negara orang, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut dengan kelegaan yang sukar diungkapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778098/berita/semasa/enam-jam-penuh-debaran---kisah-air-mata-suami-diuji-isteri-jatuh-sakit-di-vietnam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kesihatan #RuhanaJoseph #Sabah #Vietnam

Saturday May 02, 2026

Jemaah Malaysia meninggal dunia, rebah di Dataran Masjidil Haram
Seorang jemaah haji Malaysia bagi musim 1447H/2026M meninggal dunia di Makkah pada Jumaat akibat komplikasi jantung.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, Allahyarham merupakan lelaki berusia 65 tahun dari Pahang yang hadir ke Tanah Suci bersama isterinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778127/berita/semasa/jemaah-malaysia-meninggal-dunia-rebah-di-dataran-masjidil-haram
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #haji #Jemaah #Malaysia #MeninggalDunia #Makkah

Saturday May 02, 2026

Kanak-kanak perempuan jatuh longkang, operasi SAR diperluas lima kilometer
Operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, ketika mengambil bola diteruskan hari kedua pada Sabtu dengan pencarian diperluaskan dalam radius lima kilometer, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail. 
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi pencarian melibatkan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dengan bantuan dua unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Shah Alam dan KLIA.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778138/berita/semasa/kanak-kanak-perempuan-jatuh-longkang-operasi-sar-diperluas-lima-kilometer
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Lemas #JatuhLongkang #Kajang 

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125