Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Saturday Feb 07, 2026
Saturday Feb 07, 2026
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan berundur daripada usaha membersihkan negara daripada kegiatan rasuah dan penyelewengan.
Beliau berkata, tindakan tegas menangani isu yang berlarutan sekian lama itu menyebabkan kerajaan sentiasa berdepan dengan cabaran termasuk menerima kritikan daripada pelbagai pihak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767194/berita/nasional/tun-tan-sri-apa-saya-peduli---anwar-tegas-perangi-rasuah
#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #PMX

Saturday Feb 07, 2026
Saturday Feb 07, 2026
Semua pihak perlu menangani isu rumah ibadat haram secara bijaksana dan tatasusila (bil-hikmah wabilhasanah).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sememangnya memberi perhatian terhadap isu tersebut dan telah menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi semua pihak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767175/berita/nasional/tangani-isu-rumah-ibadat-haram-secara-bijaksana-tatasusila---ahmad-zahid
#SinarHarian #BeritaSemasa #rumahibadat

Saturday Feb 07, 2026
Saturday Feb 07, 2026
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada peserta perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram malam ini agar tidak mencabar undang-undang atau cuba mengganggu-gugat keselamatan awam.
Anwar menegaskan, kebebasan bersuara dan hak untuk mengkritik kerajaan tetap dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767171/berita/nasional/pm-beri-amaran-keras-kepada-peserta-himpunan-anti-rumah-anutan-haram
#SinarHarian #BeritaSemasa #HimpunanAntiRumahAnutanHaram

Saturday Feb 07, 2026
Saturday Feb 07, 2026
Pasar Borong Wakaf Che Yeh di Kota Bharu yang suatu ketika dahulu menjadi nadi ekonomi malam dan ikon pelancongan Kelantan kini semakin ‘hilang seri’ apabila peniaga mendakwa hasil jualan merosot ketara, malah ada yang hanya memperoleh RM20 sepanjang lima jam berniaga termasuk pada malam minggu.
Situasi itu menggambarkan tekanan yang semakin menghimpit peniaga kecil, sekali gus menyebabkan ada dalam kalangan mereka terpaksa menutup operasi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767061/edisi/kelantan/malam-minggu-hanya-dapat-rm20---peniaga-pasar-borong-wakaf-che-yeh
Muzik: Epic dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WakafCheYeh #Peniaga

Friday Feb 06, 2026
Friday Feb 06, 2026
Sebarang isu berhubung pemecatan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin tertakluk kepada proses yang ditetapkan dalam perlembagaan parti.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, perlembagaan parti tidak mengenal kedudukan atau individu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767109/berita/politik/petisyen-pemecatan-hamzah-tertakluk-lembaga-disiplin---bersatu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PecatHamzah #Bersatu

Friday Feb 06, 2026
Friday Feb 06, 2026
Keadaan kluster Tuberkulosis (tibi) yang dikesan di tiga lokaliti iaitu di Felda Sungai Mas, Bandar Sungai Mas dan Felda Papan Timur, Kota Tinggi berada dalam keadaan terkawal, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Hasil tinjauan di kawasan berkenaan mendapati penduduk terus menjalankan aktiviti seharian seperti biasa termasuk urusan perniagaan dan persekolahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767067/edisi/johor/kluster-tibi-di-kota-tinggi-terkawal-penduduk-ambil-langkah-berjaga-jaga
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kesihatan #Tibi #KotaTinggi

Friday Feb 06, 2026
Friday Feb 06, 2026
Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan dan umrah didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah lebih RM40,000 milik seorang lelaki tahun lalu.
Tertuduh Siti Fairuz Omar 38 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767031/berita/semasa/pengarah-syarikat-pelancongan-umrah-didakwa-salah-guna-wang-rm41490
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Tipu

Friday Feb 06, 2026
Friday Feb 06, 2026
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu menuntut penjelasan rasmi daripada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung dakwaan wujud persetujuan membenarkan subjek Sejarah diajar serta dijawab dalam bahasa Mandarin dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hasan Syed Ali berkata, dakwaan itu timbul susulan pertemuan antara pertubuhan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dengan Fadhlina baru-baru ini yang didakwa membincangkan perkara berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767022/berita/nasional/ngo-tuntut-penjelasan-fadhlina-isu-subjek-sejarah-diajar-dijawab-dalam-bahasa-mandarin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPM #KPM

Friday Feb 06, 2026
Friday Feb 06, 2026
Seorang bapa kepada tiga anak didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyamar sebagai anggota polis bagi cuba memeras ugut seorang warga asing minggu lalu.
Tertuduh, Saril Ismail, 51, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767009/berita/semasa/menyamar-polis-bapa-tiga-anak-didenda-rm6000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Menyamarpolis

Thursday Feb 05, 2026
Thursday Feb 05, 2026
Seorang pemandu bas sekolah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Jasin pada Rabu selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di dalam kenderaan berkenaan pada Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Perintah reman hingga 11 Februari depan dikeluarkan Majistret Mazana Sinin terhadap suspek berusia 50 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766916/berita/semasa/pemandu-bas-sekolah-direman-disyaki-terlibat-gangguan-seksual-pelajar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah #PemanduBas #GangguanSeksual #Melaka


