Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Monday Apr 28, 2025

Jari hampir putus ketika selamatkan anak kucing
Seorang kanak-kanak berisiko kehilangan jari tangan selepas ditimpa simen penutup longkang ketika menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, Kuala Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. 
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Rabu lalu, mangsa, Muhammad Aiman Haziq Mohd Raffizi, 10 tahun, yang juga murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Hiliran cedera apabila tangan kanannya dihempap simen penutup longkang di perumahan itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725563/edisi/terengganu/jari-kanak-kanak-hampir-putus-ketika-selamatkan-anak-kucing
#SinarHarian #BeritaSemasa #jaricedera #KualaTerengganu #jarihampirputus #selamatkankucing

Monday Apr 28, 2025

Kisah cincin Rasulullah yang hilang di Telaga Bi’ru Khatam
Sebaik tiba di Madinah tidak lengkap rasanya jika tidak melakukan ziarah luar di sekitar kawasan bersejarah di situ.
Antaranya di Masjid Quba, terdapat Telaga Cincin (dikenali sebagai Bi’ru Khatam) atau Telaga Ares yang ditandakan dengan marmar berbentuk bulat terletak di pekarangan masjid berkenaan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Gravity oleh Bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Telagacincin #Madinah

Monday Apr 28, 2025

Cekup peragut: 6 'Abang Food Panda' terima surat penghargaan
Tindakan enam penunggang p-hailing penghantar makanan, Food Panda yang berjaya mencekup peragut yang aktif melakukan jenayah itu di sekitar negeri ini menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Melaka, pada Isnin.
Surat penghargaan itu disampaikan sendiri oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Zulkhairi Mukhtar kepada semua penerima pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Melaka bagi Bulan April 2025 di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725524/berita/semasa/enam-abang-food-panda-cekup-peragut-terima-surat-penghargaan
#SinarHarian #BeritaSemasa #abangfoodpanda #bantucekupperagut #PDRM

Monday Apr 28, 2025

Yasin terlepas hukuman penjara seumur hidup
Selepas dijel selama tiga tahun, penyanyi, Yasin Sulaiman menarik nafas lega apabila terlepas hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Isnin, daripada tiga kes dadah, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman ditempatkan di bawah jagaan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak mengikut tempoh perkenan sultan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725509/berita/semasa/yasin-terlepas-hukuman-penjara-seumur-hidup-sempat-beri-flying-kiss-pada-keluarga
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #Putrajaya

Monday Apr 28, 2025

Pencapaian PN lebih membanggakan berbanding BN-PH - Hamzah
Pencapaian Perikatan Nasional(PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning lebih membanggakan berbanding gabungan Barisan Nasional(BN) dan Pakatan Harapan(PH) yang gagal mencapai sasaran mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. 
Timbalan Presiden, Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, PN berjaya mengekalkan jumlah undi yang diterima pada pilihan raya lepas, manakala parti kerajaan pula tidak dapat mencapai 18,000 undi yang diuarkan-uarkannya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725465/berita/politik/ayer-kuning-pencapaian-pn-lebih-membanggakan-berbanding-bn-ph
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #AyerKuning #PN

Monday Apr 28, 2025

Utamakan ibadah, jangan leka rakam video di Raudah
Jemaah haji diingatkan tidak leka atau ghairah merakam gambar serta video semasa mengunjungi Masjid Nabawi dan Raudah, Madinah, lapor wartawan Sinar Harian,Nur Farhana Abdul Manan.
Pengurus Ibadat Haji Madinah, Mohamad Zahir Hussin@Yusof berkata, apabila diberikan peluang memasuki masjid atau Raudah, jemaah perlu mengutamakan solat sunat serta berdoa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725482/berita/nasional/utamakan-ibadah-jangan-leka-rakam-video-dan-gambar-di-raudah 
#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji2025 #TH #Madinah

Monday Apr 28, 2025

Petugas TH anjur doa selamat mohon kelancaran operasi haji
Petugas Tabung Haji (TH) bagi musim 1446H/2025M mengambil peluang menganjurkan bacaan Yasin dan doa selamat di Ibu Pejabat TH di bangunan Roha Al-Madinah, Madinah, lapor wartawan Sinar Harian,Nur Farhana Abdul Manan.
Program diadakan selepas solat Maghrib pada Ahad itu dipimpin oleh Pengurus Ibadat Haji Madinah, Mohamad Zahir Hussin@Yusof.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725467/berita/nasional/petugas-th-anjur-bacaan-yasin-doa-selamat-mohon-kelancaran-operasi-haji 
#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji2025 #TH #Madinah

Monday Apr 28, 2025

Kedah sedia bincang haramkan vape
Kerajaan Negeri Kedah bersedia mengikut langkah Terengganu menguatkuasakan larangan penjualan produk rokok elektronik atau vape, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya 
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco minggu hadapan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #haramkanvape #Vape #Kedah

Sunday Apr 27, 2025

Kisah lubang kecil di Masjid Quba
Sebaik melangkah ke dalam Masjid Quba, beberapa jemaah akan memerhati ke arah sebelah kanan kubah utama berhampiran mimbar sebelum mengangkat takbir dan menunaikan solat sunat dua rakaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Abdul Manan.
Pemandangan ini menjadi kebiasaan apabila umat Islam mengunjungi masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW.
Menurut Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci, Kamarudin Abd Hamid, di bawah kubah utama masjid tersebut terdapat satu lubang kecil yang menjadi perhatian jemaah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725398/global/kisah-lubang-kecil-di-masjid-quba
Muzik: Aftermath dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #MasjidQuba #Madinah #TH

Sunday Apr 27, 2025

220 lembu, kerbau divaksin, bendung hawar berdarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mengambil langkah segera melakukan vaksinasi ke atas lebih 220 ekor lembu dan kerbau bagi membendung penularan wabak hawar berdarah atau Haemorrhagic Septicaemia (HS) yang dikesan menular di daerah Kuala Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Pengarahnya, Dr Anun Man berkata, proses vaksinasi dilakukan ke atas ternakan di kawasan berisiko, dalam radius lima kilometer dari lokasi wabak dikesan di Kampung Dusun Tembakau, Manir, pada 7 April lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725327/edisi/terengganu/jpv-terengganu-vaksin-ternakan-cegah-penularan-hawar-berdarah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #JPV #wabakhawar #hawarberdarah #Veterinar #Korban

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125