
Monday Apr 28, 2025
Jari hampir putus ketika selamatkan anak kucing
Jari hampir putus ketika selamatkan anak kucing
Seorang kanak-kanak berisiko kehilangan jari tangan selepas ditimpa simen penutup longkang ketika menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, Kuala Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Rabu lalu, mangsa, Muhammad Aiman Haziq Mohd Raffizi, 10 tahun, yang juga murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Hiliran cedera apabila tangan kanannya dihempap simen penutup longkang di perumahan itu.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jaricedera #KualaTerengganu #jarihampirputus #selamatkankucing
No comments yet. Be the first to say something!