Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Tuesday Apr 29, 2025
Tuesday Apr 29, 2025
Dua rakan dihukum penjara 15 bulan dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mencuri duit kutipan tabung masjid dan surau sejak 5 April lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Tertuduh, Muhammad Hafiez Kamarudin, 30, dan Muhammad Hakimi Aiman Asbullah, 19, membuat pengakuan itu di hadapanMajistret, Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #curitabungmasjidsurau

Tuesday Apr 29, 2025
Tuesday Apr 29, 2025
Kerajaan telah mengenalpasti pegawai yang terlibat dalam kesilapan penerbitan ilustrasi Jalur Gemilang di dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan dan Mukhriz Mat Husin.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, tindakan sedang diambil menerusi Lembaga Disiplin Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Tatatertib Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesilapanilustrasijalurgemilang #jalurgemilang #KSN

Tuesday Apr 29, 2025
Tuesday Apr 29, 2025
“Saya mohon rakyat Malaysia yang masih memegang visa umrah atau visa pelancong untuk segera keluar dari Makkah atau berdepan tindakan tegas oleh kerajaan Arab Saudi termasuk didenda, diusir dan disenarai hitam.”
Demikian tegas Ketua Konsulat Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif yang memaklumkan individu yang tertangkap kerana kesalahan itu boleh dikenakan denda sehingga 20,000 riyal manakala syarikat boleh didenda mencecah 100,000 riyal, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725737/berita/nasional/rakyat-malaysia-pegang-visa-umrah-pelancong-diingat-tinggalkan-makkah
#SinarHarian #BeritaSemasa #visahaji #jemaahhaji

Tuesday Apr 29, 2025
Tuesday Apr 29, 2025
Bukan sahaja bebas, SPRM mahu kepercayaan rakyat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa kebebasan institusi dalam membanteras rasuah perlu disokong dengan kepercayaan awam dan sistem akauntabiliti yang kukuh, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan dan Mukhriz Mat Husin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip yang digariskan dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC), khususnya Artikel 36 yang menggesa penubuhan badan penguatkuasaan antirasuah yang bebas dan profesional.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725674/berita/semasa/bukan-sahaja-bebas-sprm-mahu-kepercayaan-rakyat
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #banterasrasuah #UNCAC

Tuesday Apr 29, 2025
Tuesday Apr 29, 2025
Video rasuah Sabah: Laporan forensik dikeluarkan dalam tempoh seminggu
Laporan forensik 10 rakaman video dakwaan rasuah membabitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah dijangka dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh seminggu lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan dan Mukhriz Mat Husin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tempoh siasatan memerlukan sedikit masa kerana ia melibatkan banyak rakaman video.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725687/berita/nasional/laporan-forensik-video-rasuah-adun-sabah-siap-seminggu-lagi
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #videorasuahsabah #SPRM

Tuesday Apr 29, 2025
Tuesday Apr 29, 2025
SPRM akan panggil Ismail Sabri 2 minggu lagi - Azam
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dianggarkan baru sekitar 15 hingga 20 peratus, lapor wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sesi mengambil keterangan Ismail Sabri akan bersambung dua minggu lagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725675/berita/semasa/siasatan-sekitar-20-peratus-ismail-sabri-dipanggil-lagi-dua-minggu
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #IsmailSabri

Tuesday Apr 29, 2025
Tuesday Apr 29, 2025
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci
Musim haji 1446 Hijrah secara rasmi bermula apabila seramai 284 jemaah dari stesen berlepas Alor Star, Kedah dan Sepang, Selangor berangkat ke Tanah Suci menerusi penerbangan sulung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.
Jemaah berkenaan dijadualkan berlepas pada jam 4.05 pagi menerusi pesawat Malaysia Airlines MH8050 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 7.50 pagi waktu tempatan, hari yang sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725642/berita/nasional/284-jemaah-haji-kumpulan-pertama-berangkat-ke-tanah-suci
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji #Makkah #IbadahHaji #Haji

Monday Apr 28, 2025
Monday Apr 28, 2025
Warga Singapura dalang sindiket cetak kad debit palsu
Kegiatan seorang warga Singapura menjadikan Melaka sebagai lubuk memproses kad debit palsu hampir lima bulan lalu terbongkar apabila dicekup Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pada Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, serbuan yang dilakukan pasukan tersebut di sebuah kondominium di Tengkera, Melaka, berjaya menahan dalang sindiket berusia 42 tahun.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #kaddebitpalsu #wargaasing #Melaka #PDRM

Monday Apr 28, 2025
Monday Apr 28, 2025
Jari hampir putus ketika selamatkan anak kucing
Seorang kanak-kanak berisiko kehilangan jari tangan selepas ditimpa simen penutup longkang ketika menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, Kuala Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Rabu lalu, mangsa, Muhammad Aiman Haziq Mohd Raffizi, 10 tahun, yang juga murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Hiliran cedera apabila tangan kanannya dihempap simen penutup longkang di perumahan itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725563/edisi/terengganu/jari-kanak-kanak-hampir-putus-ketika-selamatkan-anak-kucing
#SinarHarian #BeritaSemasa #jaricedera #KualaTerengganu #jarihampirputus #selamatkankucing

Monday Apr 28, 2025
Monday Apr 28, 2025
Kisah cincin Rasulullah yang hilang di Telaga Bi’ru Khatam
Sebaik tiba di Madinah tidak lengkap rasanya jika tidak melakukan ziarah luar di sekitar kawasan bersejarah di situ.
Antaranya di Masjid Quba, terdapat Telaga Cincin (dikenali sebagai Bi’ru Khatam) atau Telaga Ares yang ditandakan dengan marmar berbentuk bulat terletak di pekarangan masjid berkenaan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Gravity oleh Bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Telagacincin #Madinah


