Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday Feb 17, 2026

Sejak dua tiga tahun lepas, Merak Jalanan perasan semakin menjadi-jadi perangai pengguna baran di jalan raya. Dulu kalau hon panjang sikit, orang masih boleh angkat tangan minta maaf. Sekarang, silap sikit terus turun kereta.
Kereta lambat bergerak dua tiga saat pun boleh melenting, akhirnya jadi pergaduhan besar sehingga tular dan ada yang ditahan polis. Jalan raya dah macam gelanggang tunjuk ego, bukan lagi tempat kita kongsi laluan.
Audio dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768457/suara-sinar/pojok/apabila-sikap-panas-baran-kuasai-stereng
#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #PenggunaJalanRaya #Trafik #Jalansesak

Tuesday Feb 17, 2026

Tindakan seorang lelaki yang dipercayai hilang kawalan membawa kepada penemuan lima mayat dalam satu kejadian tragis di sebuah rumah di Taman Cerating Damai, Kuantan pada pagi Selasa.
Suspek berusia 32 tahun itu dipercayai mencederakan isteri, ibu kandung dan dua anak perempuannya sehingga maut, sebelum dia turut mencederakan diri sendiri serta ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768488/berita/semasa/lima-sekeluarga-maut-suspek-dipercayai-bunuh-isteri-ibu-dan-dua-anak---polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesjenayah #limasekeluargamaut #PDRM

Sunday Feb 15, 2026

UMNO tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan kemasukan mana-mana pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekiranya terdapat permohonan rasmi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebarang penyertaan atau kemasukan ke dalam parti tertakluk kepada pertimbangan MKT UMNO.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768336/berita/politik/umno-terbuka-terima-kembali-pemimpin-bersatu-jika-ada-permohonan---ahmad-maslan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #AhmadMaslan #UMNO #Bersatu

Sunday Feb 15, 2026

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa semua helah di Putrajaya ada dalam poket Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.
Beliau berkata demikian Ketika berucap pada Himpunan #TangkapAzamBaki di sekitar Kompleks Sogo, Kuala Lumpur pada Ahad.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kualaLumpur #himpunantangkapazambaki #RafiziRamli

Sunday Feb 15, 2026

Sunday Feb 15, 2026

Saturday Feb 14, 2026

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak dakwaan bahawa parti itu bakal terkubur berikutan satu pertiga ahlinya dijangka keluar dan mengikuti jejak langkah Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat keahliannya pada Jumaat.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri R Sanjeevan berkata, peringkat parti dan sayap bersekutu masih kukuh selain menyifatkan dakwaan sedemikian tidak berasas sama sekali.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768213/berita/politik/bersatu-nafi-parti-bakal-terkubur
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu

Saturday Feb 14, 2026

Tiada perbincangan setakat ini berkaitan calon Ketua Pembangkang baharu, menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Mesyuarat Khas MPT di kediaman Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu hanya menyentuh tentang langkah untuk memperkukuh parti di samping mengambil kira cadangan penambahbaikan daripada pimpinan Bersatu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768208/berita/politik/tiada-perbincangan-ganti-posisi-ketua-pembangkang---azmin-ali
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ketuapembangkang

Saturday Feb 14, 2026

Seramai 15 pesalah yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah bagi kesalahan membuang sampah merata melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) menerusi kerja pembersihan awam di beberapa negeri pada Jumaat.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, semua pesalah itu dikenakan hukuman denda dan diperintah menjalani khidmat masyarakat selama empat jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768112/berita/nasional/15-pesalah-buang-sampah-jalani-khidmat-masyarakat-serentak-di-lima-negeri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PerintahKhidmatMasyarakat #SWCorp #pesalahbuangsampah

Saturday Feb 14, 2026

Terlupa dan kononnya tidak mengetahui kewajipan memakai tali pinggang keledar antara alasan utama penumpang bas yang didapati melanggar peraturan keselamatan sepanjang penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, tahun lalu.
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, berdasarkan statistik, seramai 30 penumpang telah dikenakan kompaun kerana gagal memakai tali pinggang keledar ketika kenderaan sedang bergerak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768178/berita/semasa/terlupa-tak-tahu-wajib-pakai-alasan-penumpang-tak-pakai-tali-pinggang-keledar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #Bas

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125