Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Thursday Jan 01, 2026
Thursday Jan 01, 2026
Polis menahan seorang peguam lelaki disyaki bersubahat dengan seorang banduan bagi menyeludup dadah ke Penjara Marang, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kes itu terbongkar hasil pemeriksaan terhadap banduan terbabit yang baru selesai menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Disember lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762433/berita/semasa/peguam-ditahan-disyaki-bersubahat-seludup-dadah-ke-penjara-marang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #peguam #kesseludup #PDRM #PenjaraMarang

Thursday Jan 01, 2026
Thursday Jan 01, 2026
Tren Ekspres Selatan (ES) yang menamatkan operasinya selepas sembilan tahun berkhidmat pada hari terakhir 2025, meninggalkan kenangan tersendiri buat penumpang setianya, termasuk bekas kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bagi Halim Said, 63, yang pernah bekerja sebagai pembantu trafik di KTMB Gemas Negeri Sembilan, tidak melepaskan peluang menaik tren ES terakhir dari Stesen Keretapi JB Sentral pada jam 6.05 petang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762378/edisi/johor/perjalanan-terakhir-ekspres-selatan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TrenEkspresSelatan #KTMB #perjalananterakhirEkspresSelatan

Thursday Jan 01, 2026
Thursday Jan 01, 2026
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai pemimpin berjiwa besar dan mengutamakan perjuangan parti berbanding kepentingan peribadi, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Noh Omar berkata, sifat kepimpinan matang itu juga antara faktor yang mendorong kepada keputusan beliau untuk melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762419/berita/politik/muhyiddin-berjiwa-besar-ketepikan-dendam-peribadi-demi-perjuangan-parti---noh-omar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #politik #MuhyiddinYassin #NohOmar #Bersatu #MPTBersatu

Thursday Jan 01, 2026
Thursday Jan 01, 2026
Tindakan beberapa individu berzikir dalam keadaan mencurigakan di kawasan perkuburan di Kampung Lupas Meluas, Batu Sapi, pada waktu tengah malam, mengundang kebimbangan penduduk setempat.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam Ahad lalu sebelum videonya tular di media sosial.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762382/berita/semasa/sekumpulan-lelaki-berzikir-di-kubur-tengah-malam-cetus-kebimbangan-penduduk
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #berzikirdikuburtengahmalam #cetuskebimbanganpenduduk #berzikirdikubur

Wednesday Dec 31, 2025
Wednesday Dec 31, 2025
Seorang peniaga kedai makan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang pekerja spa, 27 Disember lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Mohamad Azrullah Mohd Rodzi, 38, membuat pengakuan itu terhadap pertuduhan yang dibuat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762339/berita/semasa/peniaga-tidak-mengaku-cabul-pekerja-spa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #tidakmengakubersalah #peniaga #pekerjaSpa #Melaka

Wednesday Dec 31, 2025
Wednesday Dec 31, 2025
Tiga lelaki warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret 3 George Town bagi pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine di sebuah apartmen, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Xie Zhouji, 38, Zhang Mea, 32 dan Chen Cheng, 36 dituduh secara bersama mengedar dadah tersebut seberat 26,025 gram di Jalan Gudwara, Kompleks Adorna Gold pada jam 10 malam, 20 Disember lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762313/berita/semasa/tiga-lelaki-warga-china-dituduh-edar-26025-gram-syabu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kespengedarandadah #wargaChina #wargaasing

Wednesday Dec 31, 2025
Wednesday Dec 31, 2025
Gara-gara terpedaya dengan janji manis iklan di Facebook yang menawarkan barangan perniagaan pada harga murah, seorang kru penerbangan di Singapura, menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myawaddy, Myanmar, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Mangsa mahu dikenali sebagai Chew, 26, merupakan antara 31 rakyat Malaysia yang berjaya dibawa pulang dan selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 20 Disember lalu, hasil usaha bersepadu pihak berkuasa Malaysia dengan kerjasama negara jiran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762330/berita/semasa/sindiket-pekerjaan-myawaddy-mangsa-dibiar-kelaparan-dipukul-dengan-besi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sindiketpekerjaanMyawaddy #mangsasindiketpekerjaanMyawaddy

Tuesday Dec 30, 2025
Tuesday Dec 30, 2025
Seorang pemandu lori ais ditahan selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik 16 kes pecah masuk Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (Peladang) di enam daerah sejak Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, suspek berusia 42 tahun itu ditahan di sebuah kilang ais di Taman Universiti, Skudai pada Ahad lalu hasil risikan dan makluman awam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762179/berita/semasa/pemandu-lori-ais-dalang-16-kes-pecah-masuk-pejabat-nadi-peladang-ditahan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pecahmasuk

Tuesday Dec 30, 2025
Tuesday Dec 30, 2025
Tindakan seorang lelaki membuat ugutan jenayah terhadap teman wanitanya yang merupakan seorang guru membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Mohd Fazrul Azlan Khairuddin, 38, turut berdepan pertuduhan memiliki beberapa keping gambar lucah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762180/berita/semasa/lelaki-didakwa-ugut-guru-simpan-gambar-lucah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Melaka #Lelaki #Ugut #Guru

Tuesday Dec 30, 2025
Tuesday Dec 30, 2025
Seorang peniaga direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes seorang doktor yang cedera selepas dilanggar sebuah kereta di lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Perai.
Suspek lelaki berusia 31 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam bersama isterinya yang berusia 25 tahun pada pagi Rabu bagi permohonan perintah reman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762177/berita/semasa/pemandu-suv-direman-kes-sengaja-langgar-doktor-di-plaza-tol
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #langgar


