Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Listen on:
Episodes

24 hours ago
24 hours ago
2 min
Seramai 1588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan berkaitan dadah setakat September 2026.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sani berkata, ia meningkat berbanding 1,303 kes yang direkodkan sepanjang 2025.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802443/berita/nasional/1588-rakyat-malaysia-ditahan-di-luar-negara-berkaitan-dadah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #kesdadah

2 days ago
2 days ago
1 min
KLIA perketat pemeriksaan penumpang dan bagasi banteras dadah
Pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipertingkatkan bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah, termasuk menerusi pemeriksaan yang lebih menyeluruh terhadap penumpang dan bagasi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata langkah itu merupakan antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan susulan peningkatan kes penyeludupan dadah di pintu masuk utama negara berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802362/berita/semasa/klia-perketat-pemeriksaan-penumpang-dan-bagasi-banteras-dadah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Keselamatan #KLIA #Saifuddin

2 days ago
2 days ago
2 min
Sebanyak 5,681 kes salah laku buli direkodkan dalam pangkalan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, peningkatan kes berkenaan perlu dilihat daripada beberapa sudut, termasuk peningkatan kesedaran dan keberanian mangsa serta saksi untuk tampil membuat laporan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802319/berita/nasional/5681-kes-buli-direkodkan-dalam-tempoh-lapan-bulan---fadhlina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Buli

2 days ago
2 days ago
1 min
Kerajaan telah membayar sebanyak RM42.5 bilion bagi memenuhi hutang dan komitmen syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), setakat 31 Ogos lalu.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, baki komitmen Sukuk Islam dan Nota Jangka Sederhana (MTN) yang dijamin kerajaan pula berjumlah RM8.9 bilion, merangkumi prinsipal RM5 bilion dan faedah RM3.9 bilion sehingga matang pada 2039.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802284/berita/nasional/kerajaan-bayar-rm42-5-bilion-hutang-komitmen-1mdb---amir-hamzah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #1MDB

3 days ago
3 days ago
1 min
Dulu, waktu makan ialah masa paling meriah dalam sesebuah keluarga. Ada yang bercerita tentang sekolah, berkongsi kisah di tempat kerja, malah ada juga yang bergaduh berebut lauk kegemaran.
Hari ini, suasananya mungkin berbeza. Ayah leka menatal telefon, ibu sibuk membalas mesej, anak-anak pula asyik menonton video.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802239/suara-sinar/pojok/makan-semeja-tetapi-masing-masing-tinggal-dunia-berbeza
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #makansemeja #duniaberbeza #MerakJalanan

3 days ago
3 days ago
1 min
Premis perniagaan yang melanggar undang-undang termasuk memberi sewaan kepada pihak asing akan berdepan tindakan tegas, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming.
Beliau berkata, warga asing yang ingin menjalankan perniagaan perlu menubuhkan syarikat dan membuat permohonan untuk melabur, bukannya menyalahgunakan visa bagi menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802163/berita/nasional/premis-perniagaan-langgar-undang--undang-berdepan-tindakan-tegas---kor-ming
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPKT

3 days ago
3 days ago
1 min
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan polis, dengan satu seksyen di bawah Kanun Keseksaan dikenal pasti sebagai asas siasatan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau baru menerima taklimat daripada polis berhubung kes berkenaan yang dibangkitkan baru-baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802177/berita/nasional/kes-kematian-noorizwan-jsj-ambil-alih-siasatan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NoorizwanZulkefly

3 days ago
3 days ago
2 min
Kedudukan sebuah stor yang agak tersorok dalam ladang kelapa sawit dengan hanya ditutupi jaring hitam rupanya beroperasi secara haram dipercayai menjalankan pemindahan gas petroleum cecair (LPG).
Kegiatan itu dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor hasil risikan selama sebulan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802157/berita/semasa/stor-tersorok-dalam-ladang-sawit-jadi-pusat-pemindahan-haram-lpg-subsidi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #LPG #Subsidi

3 days ago
3 days ago
1 min
Keluarga Allahyarham Noorizwan Zulkefly menuntut keadilan berhubung kematian lelaki berusia 42 tahun itu ketika dalam tahanan polis, selain mendesak penubuhan segera Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Adik Allahyarham, Nooranis, berkata pihak keluarga berharap ahli-ahli Parlimen dapat membawa serta membangkitkan isu tersebut di Dewan Rakyat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802149/berita/semasa/kematian-dalam-tahanan-keluarga-noorizwan-tuntut-keadilan-desak-tubuh-segera-ipcmc
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NoorizwanZulkefly #kematiandalamtahanan

4 days ago
4 days ago
3 min
Kerajaan Persekutuan tidak mendiskriminasi mana-mana kawasan Parlimen dalam pemberian peruntukan pembangunan, termasuk kawasan diwakili pembangkang.
Memberi contoh Terengganu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, peruntukan Persekutuan kepada negeri diterajui pembangkang itu berjumlah RM8.23 bilion berbanding RM6 bilion pada tahun 2022.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802131/berita/nasional/ini-memang-luar-biasa-zalim---anwar-sangkal-dakwaan-kerajaan-diskriminasi-kawasan-pembangkang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Peruntukanpembangkang


