Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Friday Jun 20, 2025

Meskipun tidak pernah berkongsi pentas dan berbeza genre muzik, Allahyarham Zaleha Hamid atau nama sebenarnya Siti Zaleha Abdul Hamid masih mengingati kumpulan rock legenda, Search, lapor wartawan Sinar Harian. Nuratikah Athilya Hassan.
Pemain bass Search, Nasir Daud, 66, berkata, beliau mengenali Allahyarham sebagai sahabat sealiran dalam dunia seni suara tanah air.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/734718
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
 #KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa  #ZalehaHamid

Friday Jun 20, 2025

Ibu mentua Hamzah Zainudin maut dalam kebakaran
Ibu mentua kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin maut dalam satu kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Sungai Rapat Tambahan, Ipoh pada Khamis, lapor wartawan Normawati Adnan.
Mangsa, Salmiah Nyak Matt, 84, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang bilik bahagian bawah rumah oleh pasukan penyelamat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734660/berita/semasa/ibu-mentua-hamzah-zainudin-maut-dalam-kebakaran
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #kebakaran #HamzahZainudin

Friday Jun 20, 2025

'Perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya kepada sekolah menengah dan sekolah rendah swasta dengan yuran lebih RM60,000 setahun, lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican sehubungan itu berkata, hanya kurang 30 sekolah seluruh negara yang dikenakan cukai berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734654/berita/nasional/hanya-sekolah-yuran-lebih-rm60000-terlibat
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
 #KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa  #SST #SekolahSwasta

Friday Jun 20, 2025

Sindiket LPG berselindung sebalik pusat timbang kelapa sawit tumpas
Berselindung di sebalik kegiatan pusat timbang kelapa sawit di Machap, satu sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi secara haram akhirnya tumpas selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, serbuan Op Gasak pada kira-kira jam 8 malam, Rabu itu dilakukan hasil risikan selama seminggu oleh anggota KPDN Johor dan Putrajaya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734705/edisi/johor/sindiket-lpg-berselindung-sebalik-pusat-timbang-kelapa-sawit-tumpas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #LPG #KPDN #OPGasak

Friday Jun 20, 2025

“Walaupun sibuk dengan kerjaya seni, tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu tidak pernah diabaikan," 
Demikian kata Ungku Sulaiman Ungku Azizi, 60, suami kepada penyanyi dangdut era 80-an, Zaleha Hamid yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru pada malam Khamis akibat jangkitan kuman pada paru-paru, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734711/berita/hiburan/walau-sibuk-kerjaya-seni-zaleha-tak-abai-tanggungjawab-sebagai-isteri-ibu---suami
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
 #KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa  #Penayanyi Dangdut  #ZalehaHamid

SST lebih mesra rakyat

Friday Jun 20, 2025

Friday Jun 20, 2025

SST lebih mesra rakyat
Kerajaan masih berhati-hati dalam mempertimbangkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berikutan kebimbangan terhadap beban yang bakal ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna akhir, berbanding pendekatan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ketika ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican menjelaskan, walaupun komuniti perniagaan lebih cenderung menyokong GST, sistem tersebut secara langsung memindahkan beban cukai sepenuhnya kepada pengguna.
Menurut beliau, golongan pemilik perniagaan boleh mengalihkan cukai yang dikenakan terhadap mereka kepada pembeli terakhir dalam rantaian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734645/berita/nasional/sst-lebih-mesra-rakyat
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa  #SST #GST #cukai

Friday Jun 20, 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan tidak menaikkan harga minyak RON95 walaupun berlaku kenaikan mendadak dalam pasaran minyak dunia , lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. 
Menurut beliau, kerajaan tetap mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga semasa RON95 kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat dan ekonomi negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734604/berita/nasional/minyak-dunia-naik-ron95-kekal-ndash-anwar
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
 #KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa  #PM #Ron95 #hargaminyak

Friday Jun 20, 2025

SST: Kerajaan akan beri penjelasan elak kekeliruan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan memperjelaskan semakan dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penjelasan lebih menyeluruh akan diberikan susulan kekeliruan orang ramai selepas senarai barangan yang dikenakan cukai itu dikeluarkan baru-baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734603/berita/nasional/sst-kerajaan-akan-beri-penjelasan-elak-kekeliruan---pm
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #Pm #SST #Cukai

Thursday Jun 19, 2025

Berbekalkan modal RM3,000, seorang petani muda dari Beta Hilir di sini mencipta alat khas untuk menabur benih padi dan baja yang merupakan inovasi pertama seumpamanya di Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian Hazelen Liana Kamarudin.
Ahmad Zailani Mustafa, 33, berkata, idea itu tercetus selepas menonton video petani di Thailand melalui platform TikTok sebelum mula mereka bentuk alat tersebut pada Mac lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734517/edisi/kelantan/petani-muda-cipta-alat-tabur-benih-padi-baja-pertama-di-kelantan
Muzik: Creative Minds dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #Kelantan #alattaburbenih #baja 

Thursday Jun 19, 2025

Tindakan pantas polis berjaya melumpuhkan sindiket pemprosesan dan penyeludupan dadah yang dipercayai beroperasi merentasi sempadan Malaysia - Thailand, sekali gus merampas heroin base dan serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA) bernilai RM10.8 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Operasi khas tersebut dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bersama Office of the Narcotics Control Board (ONCB) Thailand, JSJN Pulau Pinang, Kedah dan Sekretariat Narkotik Nukleus (SNN) Kedah-Perlis yang melakukan rampasan terbesar dadah di utara bagi tahun 2025 setakat ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734543/berita/semasa/dadah-rm108-juta-dirampas-di-sempadan-malaysiandashthailand
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #Dadah #PDRM #Narkotik #Thailand

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125