Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Monday Jun 23, 2025

Komunikasi terhad di Iran, rakyat Malaysia guna cara lama hubungi keluarga
Ketika ketegangan memuncak di Iran susulan serangan balas oleh Israel, penduduk di negara itu terpaksa bergantung kepada kaedah komunikasi lama seperti Sistem Pesanan Ringkas (SMS) untuk berhubung dengan ahli keluarga dan pihak berkepentingan.
Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar berkata, ia susulan perkhidmatan perayauan serta penggunaan aplikasi WhatsApp di negara itu telah disekat ketika ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735125/berita/nasional/komunikasi-terhad-di-iran-rakyat-malaysia-guna-cara-lama-hubungi-keluarga---duta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #konflikIsraelIran #Iran

Sunday Jun 22, 2025

Kami redah bukit, duduk dalam semak' - Mangsa tipu pakej haji dedah pengalaman ngeri
“Kalau dia beritahu awal kami akan tempuh pengalaman ngeri seperti ini, tawar RM10,000 pun saya tak mahu pergi.”
Demikian luahan Syed, 63, salah seorang daripada 47 jemaah yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej haji tidak sah dikendalikan oleh seorang individu bergelar ustaz, berpangkalan di Batu Pahat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza jaafar.
Dia yang berangkat ke Tanah Suci bersama isteri dan adik ipar berkata, segalanya berjalan lancar selama lima hari pertama di Madinah, namun mula menghadapi masalah besar ketika mahu memasuki Makkah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735035/berita/semasa/kami-redah-bukit-duduk-dalam-semak---mangsa-tipu-pakej-haji-dedah-pengalaman-ngeri
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #MangsaTipuPakejHaji #Haji #KarnivalSiangMalam

Sunday Jun 22, 2025

Usul Sembrong tarik semula penggantungan keahlian Hishammuddin akan diteliti UMNO – Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa usul dibawa UMNO Bahagian Sembrong berhubung desakan supaya penggantungan keahlian Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam parti itu ditarik balik akan dinilai dan dipertimbangkan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Beliau berkata, usul berkenaan merupakan salah satu daripada ratusan usul yang lazim dibawa setiap kali musim persidangan UMNO di peringkat bahagian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735001/berita/politik/usul-sembrong-tarik-semula-penggantungan-keahlian-hishammuddin-akan-diteliti-umno-ndash-khaled-nordin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNOJohor #UMNOSembrong #KarnivalSiangMalam

Sunday Jun 22, 2025

Kebakaran kilang: Penduduk ambil langkah berjaga-jaga situasi keadaan terkawal
Orang ramai terutamanya penduduk di Jalan Kempas 7 yang berada sekitar hanya 10 meter dari kawasan kilang yang terbakar pada Sabtu tetap mengambil langkah berjaga-jaga biarpun kebakaran di kawasan berkenaan dimaklumkan dalam keadaan terkawal, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Tinjauan Sinar Harian ke kawasan berkenaan pada Ahad mendapati orang ramai tetap menjalani rutin harian seperti biasa, namun tidak melepasi lintas garisan kuning di kawasan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735007/berita/semasa/kebakaran-kilang-penduduk-ambil-langkah-berjaga-jaga-situasi-keadaan-terkawal
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #kebakarankilang #johorbahru #KarnivalSiangMalam

Saturday Jun 21, 2025

Beri kerjasama penuh kepada Panglima TUDM baharu – Asghar Khan
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan menyeru seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) agar memberikan kerjasama penuh kepada penggantinya, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris yang akan mengambil alih kepimpinan angkatan itu secara rasmi pada Khamis ini, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurut beliau, penyerahan tugas akan berlangsung dalam satu upacara rasmi yang melibatkan kenaikan pangkat dan pertukaran tampuk pemerintahan TUDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734905/berita/nasional/beri-kerjasama-penuh-kepada-panglima-tudm-baharu-ndash-asghar-khan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #TUDM

Saturday Jun 21, 2025

UMNO Sembrong desak penggantungan Hishammuddin ditarik tanpa syarat
UMNO Bahagian Sembrong sekali lagi membawa usul supaya penggantungan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ditarik balik serta-merta tanpa sebarang syarat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Abdul Ghani Abdul Rashid berkata, ini merupakan tahun kedua usul tersebut dibawa oleh bahagian itu, selaras dengan kehendak majoriti ahli perwakilan yang mahu bekas Menteri Kanan Pertahanan itu kembali aktif dalam parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734877/berita/politik/umno-sembrong-desak-penggantungan-hishammuddin-ditarik-tanpa-syarat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #UMNOSembrong #UMNOJohor

Saturday Jun 21, 2025

Aerotrain KLIA kembali beroperasi 1 Julai ini
Perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan kembali beroperasi semula mulai 1 Julai ini selepas lebih setahun dihentikan bagi kerja naik taraf sistem dan keselamatan, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ujian teknikal telah memasuki fasa akhir dan operasi hanya akan dimulakan selepas menerima kelulusan penuh daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734874/berita/nasional/aerotrain-klia-kembali-beroperasi-1-julai-ini
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #Aerotrain #KLIA #AnthonyLoke 

Saturday Jun 21, 2025

Makanan rakyat marhaen tidak dikenakan cukai SST 
Peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini sebenarnya hanya melibatkan penambahan sekitar 20 peratus sahaja daripada keseluruhan 6,297 barangan dan perkhidmatan yang telah pun dikenakan cukai sebelum ini.
Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican langkah itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna apabila ada yang menyangka ia satu bentuk cukai baharu yang dikenakan secara menyeluruh.
Sedangkan hakikatnya jelas beliau, banyak barangan dan perkhidmatan ada dalam senarai asal dan sudah lama dikenakan SST, namun tidak disedari pengguna kerana ditanggung di peringkat pengilang atau pembekal.
Ikuti wawancara eksklusif Datuk Johan Mahmood Merican bagi memperincikan maksud sebenar peluasan SST, menjawab kekeliruan awam serta menjelaskan rasional disebalik langkah tersebut dalam konteks pemerkasaan dasar fiskal negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734648/berita/wawancara/makanan-rakyat-marhaen-tidak-dikenakan-cukai-sst
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
 #KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #cukai #SST  #MOF

Friday Jun 20, 2025

Dijel setahun, 1 sebatan subahat tipu pinjaman telefon
Seorang penghantar makanan dihukum penjara setahun serta satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Jumaat, kerana bersubahat menipu seorang wanita berhubung permohonan pinjaman bagi mendapatkan sebuah telefon bimbit, empat bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Salman Abdullah, 31, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan.
Mahkamah memerintahkan pemenjaraan bermula Jumaat.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #mahkamah #tipu

Friday Jun 20, 2025

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) didesak agar memutuskan secara terbuka segala bentuk sokongan terhadap rejim Zionis Israel dan provokasi ketenteraan ke atas Iran yang dianggap sebagai pencetus ketegangan di Asia Barat, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.
Desakan itu dinyatakan dalam memorandum lima tuntutan utama yang diserahkan oleh lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia kepada Kedutaan AS pada Jumaat.
Ketika berucap pada Himpunan Tolak Perang: Malaysia Pertahan Palestin dan Kedaulatan Iran berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, dunia Islam tidak boleh terus berdiam diri terhadap kekejaman rejim Zionis yang kini menyasarkan Iran selepas menghancurkan beberapa negara Arab sebelum ini.
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
 #KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #Himpunan

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125