Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Tuesday Jun 24, 2025
Tuesday Jun 24, 2025
STPM: Pelajar autisme raih PNGK 4.0
Siapa sangka anak ketiga daripada enam beradik yang dilahirkan dengan autisme, sebelum ini sering mengoyak buku dan hanya pandai membaca pada usia 10 tahun, berjaya memperoleh semua A serta Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Daripada 78 calon STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang, Alam Haikal Jansari Anuar, 20, dari Kampung Air Berlaga di Machang muncul sebagai pelajar cemerlang sekolah tersebut walaupun merupakan calon tunggal kategori orang kurang upaya (OKU).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735381/edisi/kelantan/pelajar-autisme-raih-pngk-40-cemerlang-stpm-2024-di-smk-machang
Muzik:Creative Minds dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉
📅 25–27 Julai
🕘 9 pagi – 12 tengah malam
📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #STPM #Kelantan #Autisme

Tuesday Jun 24, 2025
Tuesday Jun 24, 2025
Dera: Ibu kandung, bapa tiri direman 7 hari
Ibu kandung dan bapa tiri dipercayai mendera kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) cacat fizikal hingga maut direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Melaka, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Ya'Acob.
Perintah reman terhadap pasangan berusia 36 dan 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman sehingga 30 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735336/berita/semasa/ibu-kandung-bapa-tiri-kanak-kanak-oku-mati-didera-direman
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdera #mahkamah #perintahreman #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 24, 2025
Tuesday Jun 24, 2025
Pelantikan Ketua Hakim Negara: PN harap proses bebas pengaruh politik
Perikatan Nasional (PN) menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan wujud konflik kepentingan jika Perdana Menteri terlibat secara langsung dalam proses pelantikan dua jawatan tertinggi badan kehakiman negara yang dijangka kosong awal Julai ini.
Dua jawatan tersebut ialah Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang masing-masing disandang hakim kanan, PN difahamkan kedua-dua penyandang jawatan berkenaan tidak ditawarkan penyambungan tempoh perkhidmatan selama enam bulan seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penglibatan Perdana Menteri dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan itu dilihat tidak wajar kerana beliau sendiri masih berdepan dengan kes mahkamah yang belum diselesaikan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735313/berita/politik/pelantikan-ketua-hakim-negara-pn-harap-proses-bebas-pengaruh-politik
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #badankehakiman #PM #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 24, 2025
Tuesday Jun 24, 2025
Empat polis direman minta, terima suapan selesai kes tunang berdua-duaan dalam kereta
Empat anggota polis termasuk seorang sukarelawan polis (PVR) direman selama lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM2,000 sebagai balasan supaya pengadu tidak dikenakan tindakan atas kesalahan kononnya berdua-duaan di dalam kenderaan.
Perintah reman terhadap individu masing-masing berusia 26 hingga 40 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman sehingga Sabtu ini selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735331/berita/semasa/empat-polis-direman-minta-terima-suapan-selesai-kes-tunang-berdua-duan-dalam-kereta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #terimasuapan #reman #mahkamah #KarnivalSiangMalam
Monday Jun 23, 2025
Monday Jun 23, 2025
Polis Sabah telah membuka tiga kertas siasatan melibatkan sembilan kesalahan berkaitan Perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 yang diadakan selama dua hari di pusat bandar raya Kota Kinabalu pada Sabtu dan Ahad lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan bahawa setakat ini pihaknya telah menerima enam laporan polis berkaitan perhimpunan tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735218/berita/semasa/himpunan-gempur-rasuah-20-polis-buka-tiga-kertas-siasatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #Sabah #HimpunanGempurRasuah #PDRM
Monday Jun 23, 2025
Monday Jun 23, 2025
Polis Johor merampas dadah bernilai RM6.8 juta serta membuat sitaan berjumlah RM265,615 hasil dua serbuan di dua rumah teres dua tingkat di Taman Mutiara Rini, Iskandar Puteri pada 14 Jun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, serbuan yang dijalankan bermula jam 7.30 malam pada 14 Jun sehingga jam 5 pagi, 15 Jun itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki warga tempatan dan dua wanita warga Vietnam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735174/berita/semasa/sindiket-guna-media-sosial-jual-dadah-tumpas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #SindiketDadah #Tumpas

Monday Jun 23, 2025
Monday Jun 23, 2025
Curi kabel perlu tindakan tegas - Anthony Loke
Tindakan undang-undang lebih tegas perlu diambil bagi kesalahan mencuri kabel berikutan tindakan jenayah itu bukan kesalahan biasa, sebaliknya membabitkan keselamatan awam.
Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #curikebal #ECRL #KarnivalSiangMalam
Monday Jun 23, 2025
Monday Jun 23, 2025
Isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarga, berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Isnin, untuk menangguhkan sementara perintah membekukan aset hartanah di London mencecah 132 juta pound sterling (RM758.2 juta).
Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Na'imah dan keluarga, dalam prosiding yang ditetapkan bagi sebutan permohonan ex parte atau sebelah pihak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735161/berita/semasa/keluarga-tun-daim-berjaya-tangguh-beku-aset-rm7582-juta-di-london
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #TunDaim

Monday Jun 23, 2025
Monday Jun 23, 2025
Rentas 1,000km laluan timur Iran, Alhamdulilah selamat sampai - Duta
Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar berkata, pihak Kedutaan memilih untuk melalui jalan darat menuju ke timur sebelum sampai ke sempadan Turkmenistan, dalam proses membawa keluar rakyat Malaysia, biarpun jarak yang dilalui melebihi 1,000 kilometer.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735097/berita/nasional/24-individu-termasuk-rakyat-malaysia-di-iran-tiba-di-klia
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #konflikIsraelIran #Iran

Monday Jun 23, 2025
Monday Jun 23, 2025
Komunikasi terhad di Iran, rakyat Malaysia guna cara lama hubungi keluarga
Ketika ketegangan memuncak di Iran susulan serangan balas oleh Israel, penduduk di negara itu terpaksa bergantung kepada kaedah komunikasi lama seperti Sistem Pesanan Ringkas (SMS) untuk berhubung dengan ahli keluarga dan pihak berkepentingan.
Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar berkata, ia susulan perkhidmatan perayauan serta penggunaan aplikasi WhatsApp di negara itu telah disekat ketika ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735125/berita/nasional/komunikasi-terhad-di-iran-rakyat-malaysia-guna-cara-lama-hubungi-keluarga---duta