Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Wednesday Jun 25, 2025

Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan senarai syarikat lori dan bas yang memiliki saman tertunggak tertinggi pada sidang media diadakan di bangunan MOT, Putrajaya pada Rabu, lapor wartawan Sinat Harian, Izwan Rozlin. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebanyak 28 syarikat disenarai jabatan berkenaan iaitu 11 syarikat kenderaan barangan mempunyai lebih 1,000 saman tertunggak dan 17 syarikat pengendali bas ekspres direkodkan lebih 200 saman tertunggak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735574/berita/nasional/mot-dedah-28-syarikat-lori-bas-miliki-ribuan-saman-jpj-tertunggak
--------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MOT #samantertunggak #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 25, 2025

Pegawai Rancangan Tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu, atas pertuduhan menipu seorang lelaki warga emas dengan mendorongnya menurunkan tandatangan pada cek untuk kerja-kerja membaik pulih Pusat Pengumpulan Getah Felda Lui Selatan, dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Eddy Khirin Bunaim, 45, telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735510/berita/semasa/pegawai-felda-didakwa-tipu-warga-emas
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #tipuwargaemas #mahkamah #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 25, 2025

“Bella ini perempuan, tak manis jika kongsi sebarang perancangan masa hadapan, apatah lagi membicarakan hal itu secara terbuka,” ujar penyanyi Bella Astillah ketika diminta mengulas ura-ura mengenai hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Mahkamah Rayuan Putrajaya, pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, memohon semua peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735529/berita/semasa/saya-serah-soal-jodoh-kepada-takdir-dan-ketentuan-ilahi---bella
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BASS #BellaAstillah #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 25, 2025

"Saya berharap apa yang saya lalui tidak dilalui oleh musuh-musuh politik," kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sejurus keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepadanya, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqairah Tuan Muhamad Adnan dan dan jurukamera, Azim Azmi.
Menurutnya, sepanjang lima tahun perjalanan turun naik mahkamah, ia boleh disifatkan sebagai tempoh paling sukar dengan pelbagai tekanan termasuk cubaan mencalar integriti beliau. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735520/berita/semasa/saya-harap-apa-yang-dilalui-tidak-berlaku-kepada-musuh-politik---syed-saddiq
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #syedsaddiq #mahkamah #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 25, 2025

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bernasib baik apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Rabu, melepaskan dan membebaskannya daripada sabitan dan hukuman atas empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), tujuh tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin dan jurukamera, Azim Azmi.
Ia membabitkan satu kes subahat pecah amanah dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta (RM120,000) dan dua pengubahan wang haram (AMLA) masing-masing (RM50,000).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735505/berita/semasa/syed-saddiq-bebas-daripada-jel-7-tahun-2-sebatan-denda-rm10-juta
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #syedsaddiq #mahkamah #Armada #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 25, 2025

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz menzahirkan kemaafan kepada pihak yang menganiaya anaknya, ketika ditemui pada sidang media di ruang legar mahkamah Putrajaya, pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqairah Tuan Muhamad Adnan dan dan jurukamera, Azim Azmi.
Beliau bagaimanapun turut memberi peringatan bahawa setiap perbuatan zalim pasti ada balasannya, bukan sahaja di akhirat, malah boleh berlaku di dunia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735514/berita/semasa/saya-maafkan-mereka-tetapi-balasan-boleh-datang-di-dunia-ndash-ibu-syed-saddiq
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #syedsaddiq #mahkamah #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 24, 2025

Saya kecewa ditinggalkan begini – Mohd Daud
Pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar menyuarakan kekecewaannya apabila berasa ditinggalkan keseorangan dalam mengemudi kelab itu yang kini berdepan kemelut kewangan, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Lebih menyedihkan, katanya, beberapa individu yang sebelum ini merupakan pemilik bersama telah menarik diri, manakala Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pula mengambil langkah membentuk pasukan baharu, Kedah FA, yang akan bersaing dalam Liga Semi Pro A1 musim ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735390/berita/sukan/saya-kecewa-ditinggalkan-begini---pemilik-kda-fc
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com 
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #bolesepak #KDAFC #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 24, 2025

Shuttle Tebrau akan ditamatkan 2027 selepas 12 tahun beroperasi
Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Shuttle Tebrau, yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura bakal ditamatkan pada 2027 selepas 12 tahun beroperasi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata penamatan itu susulan pengoperasian Rapid Transit System Link (RTS Link) yang akan bermula pada 2027.
Katanya, KTMB Shuttle Tebrau satu daripada mod pengangkutan yang membawa penumpang berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura yang mula beroperasi pada 1 Julai 2015.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com 
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdera #mahkamah #perintahreman #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 24, 2025

Skandal rasuah ADUN: 'Bersihkan nama di mahkamah' - Ahmad Zahid
Mahkamah merupakan medan terbaik untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah membersihkan nama berhubung dakwaan salah laku, susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua wakil rakyat negeri ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya mengambil pendirian untuk memberi kepercayaan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735356/berita/politik/skandal-rasuah-adun-bersihkan-nama-di-mahkamah---ahmad-zahid
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com 
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #RasuahSabah #SkandalSabah #SPRM #ZahidHamidi

Tuesday Jun 24, 2025

STPM: Pelajar autisme raih PNGK 4.0
 
Siapa sangka anak ketiga daripada enam beradik yang dilahirkan dengan autisme, sebelum ini sering mengoyak buku dan hanya pandai membaca pada usia 10 tahun, berjaya memperoleh semua A serta Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
 
Daripada 78 calon STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang, Alam Haikal Jansari Anuar, 20, dari Kampung Air Berlaga di Machang muncul sebagai pelajar cemerlang sekolah tersebut walaupun merupakan calon tunggal kategori orang kurang upaya (OKU).
 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735381/edisi/kelantan/pelajar-autisme-raih-pngk-40-cemerlang-stpm-2024-di-smk-machang
 
Muzik:Creative Minds dari www.bensound.com 
 
---------------------------------------------
 
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉
 📅 25–27 Julai
 🕘 9 pagi – 12 tengah malam
 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
 
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #STPM #Kelantan #Autisme

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125