Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes
Thursday Jun 26, 2025
Thursday Jun 26, 2025
Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, Kelantan dijangka menyumbang 108 tan metrik bawang bagi menampung keperluan negara, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Menurutnya, bekalan yang bakal dituai pada pertengahan Ogos ini dihasilkan menerusi projek tanaman bawang melibatkan 51 peserta dari tujuh daerah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735707/Kelantan-bakal-sumbang-108-tan-metrik-bawang-untuk-keperluan-negara
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #tanamanbawang #MBKelantan #KarnivalSiangMalam
Thursday Jun 26, 2025
Thursday Jun 26, 2025
Cadangan merobohkan Medan Selera Pantai Murni, Yan bertujuan mencantikkan lokasi pelancongan tersebut, selain mewujudkan dataran yang lebih luas bagi melaksanakan pelbagai aktiviti pada masa hadapan, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, ia juga bermatlamat menaik taraf kemudahan berkenaan yang dilihat sudah berusia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735749/edisi/utara/roboh-medan-selera-kerana-mahu-pantai-murni-lebih-cantik---exco
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #robohmedanselera #Yan #KarnivalSiangMalam
Thursday Jun 26, 2025
Thursday Jun 26, 2025
Tiga rakan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau pemotong dan kayu hoki, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, G. R. Hari Nathan, 29; S. Nantha Kumar, 37; dan M. Mathialagan, 34, bagaimanapun tidak mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735715/berita/semasa/tiga-sekawan-didakwa-cedera-lelaki-guna-pisau-pemotong-kayu-hoki
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kespukul #mahkamah #KarnivalSiangMalam
Thursday Jun 26, 2025
Thursday Jun 26, 2025
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebulat suara bersetuju untuk menawarkan semula jawatan presiden parti itu kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan pembebasannya daripada tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram pada Rabu.
Pemangku Presidennya, Amira Aisya Abd Aziz berkata, persetujuan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) Muda yang bermesyuarat pada hari sama Ahli Parlimen Muar itu dibebaskan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735692/berita/politik/muda-tawar-kembalikan-jawatan-presiden-kepada-syed-saddiq
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PartiMuda #SyedSaddiq #KarnivalSiangMalam
Thursday Jun 26, 2025
Thursday Jun 26, 2025
Kemunculan harimau belang di sekitar Kampung Ulu Dingin, Kulim yang menyebabkan haiwan ternakan terkorban menggusarkan penduduk, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Penduduk, Muhammad Khairul Azlan Che Hamid, 37, berkata, lembu miliknya yang sedang bunting dijumpai mati dalam keadaan dibaham di bahagian belakang, dalam kejadian di kaki Gunung Inas pada Khamis lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734058/edisi/utara/penduduk-bimbang-ancaman-harimau-belang-kembali
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #harimau #ancamanharimau #haiwanternakanterkorban #KarnivalSiangMalam
Thursday Jun 26, 2025
Thursday Jun 26, 2025
Sabah Maju Jaya merupakan slogan yang terpapar pada jata negeri Sabah, dan dirangka sebagai pelan hala tuju pembangunan bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menjamin kelestarian alam sekitar.
Bagaimana slogan ini ‘dihidupkan’? Apa cabaran-cabaran sepanjang melaksanakannya? Ikuti Interviu di semua platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/3948808375430821Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=GmAsC84Ke6UX: https://x.com/SinarOnline/status/1938069487795966322Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/735701/video/wacana/interviu-sabah-maju-jaya-bukan-sekadar-slogan
#Interviu #SinarHarian #PRNSabah #SabahMajuJaya #Sabah
Thursday Jun 26, 2025
Thursday Jun 26, 2025
Kerajaan akan memberikan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import tertentu termasuk epal dan oren susulan maklum balas orang ramai berhubung harga buah tempatan dan import, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun kerajaan mahu menggalakkan rakyat mengutamakan buah-buahan tempatan seperti jambu, rambutan dan durian, langkah pengecualian cukai ke atas dua buah import utama itu dibuat bagi memastikan golongan berpendapatan rendah masih mampu mendapat pilihan makanan sihat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735690/berita/nasional/peluasan-sst-import-epal-oren-dikecualikan-cukai---pm
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PM #SST #EpalOren
Thursday Jun 26, 2025
Thursday Jun 26, 2025
Pas melahirkan rasa kesal dengan kenyataan dikeluarkan seorang pemimpin Pas Kawasan yang mempersoalkan pelantikan Datuk Johny Lim Eng Seng sebagai Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baharu.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pandangan Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad itu bukan hanya tidak mewakili parti, malah bertentangan dengan dasar dan Perlembagaan Pas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735673/berita/politik/pas-beri-amaran-ambil-tindakan-disiplin-ahli-pertikai-pelantikan-leftenan-jeneral-atm
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Pas #Takiyuddin #PelantikanJeneralATM
![[WACANA SINAR] Vape: Kawal selia atau haram sahaja?](https://pbcdn1.podbean.com/imglogo/ep-logo/pbblog3482976/k_300x300.jpg)
Wednesday Jun 25, 2025
Wednesday Jun 25, 2025
Perbezaan pandangan dan sikap terhadap langkah yang perlu diambil terhadap penjualan vape di negara ini sejak sekian lama jadi perbincangan dalam kalangan masyarakat.
Antara mengawal selia penjualannya atau mengambil langkah mengharamkannya sahaja, manakah pilihan lebih baik? Apakah kesan dari pilihan tersebut?
Saksikan Wacana Sinar edisi 479 di semua platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1442429160103928Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=Pqt_BkoVoWEX: https://x.com/SinarOnline/status/1937850380475641858Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/735630/video/wacana/wacana-sinar-vape-kawal-selia-atau-haram-sahaja
#WacanaSinar #SinarHarian #Vape #Cukai
Wednesday Jun 25, 2025
Wednesday Jun 25, 2025
Sebuah syarikat bas ekspres digantung operasi selama sebulan bermula awal Julai depan selepas pemandunya dikesan memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengguna lebuh raya dalam satu kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini, lapor wartawan Sinat Harian, Izwan Rozlin.
Tindakan tegas itu diambil Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) susulan arahan segera Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, yang melihat sendiri rakaman kejadian berdurasi 30 saat itu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MOT #tunjukisyaratlucah #KarnivalSiangMalam


