Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Wednesday Jul 02, 2025
Wednesday Jul 02, 2025
SPRM mula siasat KPKT isu MyKiosk
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berkaitan dakwaan wujudnya amalan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Siasatan itu dijalankan selepas SPRM menerima aduan daripada salah sebuah parti politik berkaitan perkara tersebut.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus berkata, SPRM telah menjalankan siasatan awal berhubung aduan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736616/berita/semasa/sprm-mula-siasat-kpkt-isu-
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#karnivalsiangmalam #SinarHarian #BeritaSemasa #KPKT #MyKiosk

Wednesday Jul 02, 2025
Wednesday Jul 02, 2025
Wanita nafi ugut, simpan gambar lucah madu
Seorang ejen pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Melaka pada Rabu atas tiga pertuduhan mengugut dan memiliki gambar lucah madunya yang merupakan seorang guru, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Yaacob.
Tertuduh, Herni Sofini Omar, 53, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan mangsa berusia 45 tahun dengan menyebarkan gambar-gambar lucah melalui kiriman surat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736641/berita/semasa/wanita-nafi-ugut-simpan-gambar-lucah-madu
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#karnivalsiangmalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #ugutmadu

Tuesday Jul 01, 2025
Tuesday Jul 01, 2025
'Saya tidak akan merayu kepada UMNO, kekal dengan prinsip'- Hishammuddin
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau tidak akan mengemukakan merayu terhadap keputusan penggantungan keahlian parti.
Ini kerana Ahli Parlimen Sembrong itu berkeyakinan beliau tidak akan diadili sebaiknya selain tidak mahu menggadaikan prinsip dipegang selama ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736503/berita/politik/saya-tidak-akan-merayu-kekal-dengan-prinsip--hishammuddin
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #HisyamuddinHussein #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jul 01, 2025
Tuesday Jul 01, 2025
Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati bekas pakar patologi
Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pakar patologi yang disabit dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini mengesahkan sabitan membunuh terhadap Kol Dr R.Kunaseegaran, 62, S Nimalan, 31, dan S Ravi Chandran, 53.
Bagaimanapun Nimalan dan Ravi Chandran terlepas daripada hukuman gantung selepas mahkamah meringankan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap mereka, kepada hukuman penjara seumur hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736476/berita/semasa/kes-bunuh-kevin-morais-mahkamah-persekutuan-kekalkan-hukuman-mati-bekas-pakar-patologi
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #bunuh #karnivalsiangmalam
Tuesday Jul 01, 2025
Tuesday Jul 01, 2025
Lepas dan bebas daripada sabitan dan hukuman atas empat kes melibatkan dana Armada Bersatu, Syed Saddiq kini dilihat mampu menyelak halaman-halaman baru dalam karier politiknya.
Munculkah pelangi selepas hujan? Atau adakah langit tidak selalu cerah buat Ahli Parlimen Muar ini?
Saksikan Interviu dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di platform digital Sinar Harian!
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/783247364365233Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=o_054PsSnRwX: https://x.com/SinarOnline/status/1939663965992394967Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/736386/video/interviu/interviu-apa-rencana-syed-saddiq-selepas-ini
#Interviu #SinarHarian #SyedSaddiq #ArmadaBersatu #AhliParlimenMuar #Johor
Tuesday Jul 01, 2025
Tuesday Jul 01, 2025
Kerajaan Selangor akan mendapatkan beberapa pakar dalam pelbagai aspek, termasuk perundangan, bagi merangka polisi baharu khusus untuk mengelak kejadian seumpama kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu, berulang.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata ia adalah proses pembelajaran dan tindakan susulan yang perlu diambil susulan insiden berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736458/edisi/selangor-kl/selangor-dapatkan-pakar-rangka-polisi-baharu-elak-kebakaran-paip-gas
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Amirudin #InsidenKebakaran #PutraHeights
Tuesday Jul 01, 2025
Tuesday Jul 01, 2025
Sebanyak 206,088 kenderaan persendirian individu dan 3,765 kenderaan syarikat telah memasang dan mengaktifkan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sempena penguatkuasaan sepenuhnya Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) setakat 29 Jun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, statistik itu menunjukkan tahap pematuhan tinggi dalam kalangan pemilik kenderaan asing, khususnya dari Singapura.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736442/edisi/johor/jpj-saman-serta-merta-kenderaan-asing-tiada-vep
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #VEP #JPJ #RFID #KarnivalSiangMalam

Monday Jun 30, 2025
Monday Jun 30, 2025
Hidupkan semula acara tradisi panjat batang pinang
Selepas hampir dua dekad, acara tradisi memanjat batang pinang licin kembali menggamatkan Kampung Batu Kapor, Temerloh sempena Pesta Sukan Rakyat 2025 pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi.
Program yang sinonim dengan masyarakat luar bandar itu mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menarik ribuan pengunjung dari pelbagai lapisan umur termasuk kanak-kanak, remaja dan warga emas untuk bersama-sama memeriahkan acara sukan rakyat tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736167/edisi/pahang/hidupkan-semula-acara-tradisi-panjat-batang-pinang
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #sukanrakyat #panjatbatangpinang #sukantradisi #Pesta Sukan Rakyat

Monday Jun 30, 2025
Monday Jun 30, 2025
Masalah najis burung: PBT tambah baik medan selera
Beberapa langkah penambahbaikan dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebaik sahaja menerima aduan berhubung pencemaran najis burung di Medan Selera Souq Melor Ambangan Heights baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) Zon 7, Mohammad Izzuddin Mohd Dali berkata, langkah dilaksanakan termasuk pemasangan jaring, buih sintetik (PU Foam) dan penghadang laluan burung.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #pbt #najisburung

Monday Jun 30, 2025
Monday Jun 30, 2025
'Kami dimalukan di media, kami akan bersihkan nama' - ADUN Sindumin
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menegaskan bahawa mereka tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah selepas didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu, pada Isnin.
ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, mereka telah dimalukan menerusi laporan media, namun yakin dapat membersihkan nama mereka melalui proses perundangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736285/berita/semasa/kami-dimalukan-di-media-kami-akan-bersihkan-nama---adun-sindumin
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #rasuah #Sabah #adunsabah #Skandalrasuahsabah


