Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes
Sunday Jul 06, 2025
Sunday Jul 06, 2025
Inisiatif seorang peniaga makanan di Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus, menjual semua jenis lauk pada harga RM5 menarik perhatian ramai, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Harga baharu yang diperkenalkan sejak tiga minggu lalu itu meliputi lebih 30 jenis lauk tanpa mengira sama ada berasaskan ayam, daging mahupun makanan laut.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #laukRM5 #KualaNerus #KarnivalSiangMalam
Sunday Jul 06, 2025
Sunday Jul 06, 2025
Penduduk Taman Tasik Biru, Kundang, Rawang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap tapak projek pembinaan pusat data berskala besar berhampiran kawasan perumahan yang didakwa menjejaskan kesihatan serta keselamatan mereka sejak enam bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.
Lebih 5,000 penghuni di Taman Tasik Biru, Apartmen Laguna Biru 1 dan Laguna Biru 2 terpaksa berdepan masalah debu dan habuk, bau busuk, bunyi bising dan limpahan air tanah merah setiap kali hujan sejak enam bulan lalu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #tapakprojekpembinaankekaskesihatan #Rawang #KarnivalSiangMalam
Sunday Jul 06, 2025
Sunday Jul 06, 2025
Dasar dan polisi kerajaan Perpaduan yang didakwa tidak menentu boleh membuka peluang kepada Perikatan Nasional (PN) untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, walaupun situasi semasa bukan penentu utama keputusan pilihan raya, namun ia boleh menjadi asas kepada kecenderungan pengundi menjelang tempoh tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737191/berita/politik/dasar-tak-menentu-ph-bn-buka-ruang-pn-ambil-alih-kerajaan---mohd-radzi
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PN #RadziJidin #KarnivalSiangMalam
Sunday Jul 06, 2025
Sunday Jul 06, 2025
Palang had ketinggian di Jalan Arab Malaysian menghala ke Bukit Mahkota kerap dilanggar kenderaan berat sejak dipasang kira-kira tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Peniaga buah, Lidiahayani Ariffin, 32, berkata, sebelum ini beberapa lori cuba melepasi halangan tersebut kerana laluan itu menjadi jalan pintas ke kawasan perindustrian Nilai 3.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737169/edisi/melaka-ns/palang-kerap-dilanggar-penduduk-gesa-pbt-tambah-papan-tanda-amaran
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #palanghadketinggiandilanggar #keskemalangan #KarnivalSiangMalam
Sunday Jul 06, 2025
Sunday Jul 06, 2025
Seorang lelaki disyaki ahli kumpulan penjenayah tumpas dalam kejadian berbalas tembakan menerusi satu operasi khas berhampiran Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani kira-kira jam 7.50 malam Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, lelaki itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dua suspek yang ditembak mati dalam kejadian di Jitra pada jam 8.05 pagi, Sabtu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737221/berita/semasa/seorang-lagi-penjenayah-ditembak-mati
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kespenjenayahtumpas #PDRM #KarnivalSiangMalam
Saturday Jul 05, 2025
Saturday Jul 05, 2025
Bermula sekadar hobi sejak kecil, kreativiti Redzuan Abas, 44, dari Felda Bukit Kepayang kini menjadi sumber rezeki apabila sentuhannya melakar pelbagai watak anime popular di atas kanvas kasut mendapat perhatian peminat luar negara seperti Singapura dan United Kingdom, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi.
Lebih membanggakan, Redzuan yang juga generasi kedua Felda, sanggup menutup perniagaan di Petaling Jaya, Selangor pada 2022 untuk pulang ke kampung demi menjaga adik dan ibunya yang uzur.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737104/edisi/pahang/lukisan-kasut-anak-felda-raih-perhatian-peminat-luar-negara
Muzik: Dan Phillipson - Plan To Win dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bera #LukisanKasut #KarnivalSiangMalam #kreatif #pelukiskasut #Anime
Saturday Jul 05, 2025
Saturday Jul 05, 2025
Tindakan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, seolah-olah memberi isyarat bahawa soal integriti kehakiman tidak lagi menjadi keutamaan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan kerajaan itu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat terhadap kebebasan badan kehakiman negara seperti yang tular di media sosial.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737119/berita/politik/pembangkang-persoal-khidmat-tengku-maimun-tidak-disambung
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #PN #KetuaHakimNegara #tengkuMaimun

Friday Jul 04, 2025
Friday Jul 04, 2025
Wanita hamil, suami dipenjara kerana mencuri
Seorang wanita hamil dan suaminya dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan berasingan membabitkan kes rompakan barang kemas, pelupusan harta curi dan mencuri di rumah inap desa dalam kejadian berasingan di Melaka dan Selangor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Tertuduh, Jasila Jamaruddin, 31, yang sedang mengandung lima bulan dan merupakan ibu kepada empat orang anak, serta suaminya Muhammad Aliff Aiman Zaini, 24, membuat pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Melaka pada Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737016/berita/semasa/ibu-hamil-suami-dipenjara-kes-rompak-barang-kemas-curi-barang-di-rumah-inap-desa
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #rompakbarangkemas #lupusharta

Friday Jul 04, 2025
Friday Jul 04, 2025
Lelaki mengaku salah rogol, liwat pelancong Australia di tanah perkuburan
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen George Town pada Jumaat terhadap dua pertuduhan merogol dan meliwat seorang pelancong wanita warga Australia, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Tertuduh, S Prasanth, 25, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim, Juraidah Abbas selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil.
Dalam pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang wanita warga Australia dan pada masa telah meletakkan mangsa dalam ketakutan, kematian atau kecederaan dengan mengacukan sebilah gunting besi kepadanya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736979/berita/semasa/lelaki-mengaku-salah-rogol-liwat-pelancong-australia-di-tanah-perkuburan
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #rogol #pelancong

Friday Jul 04, 2025
Friday Jul 04, 2025
Ibu didakwa bersubahat kes kekasih rogol anak usia 12 tahun
Seorang peniaga nasi lemak berusia 61 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang pada Jumaat atas satu pertuduhan merogol anak perempuan kekasihnya yang berusia 12 tahun pada pertengahan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Tertuduh, Azman Hasim membuat pengakuan itu atas pertuduhan mengikut mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 375 (g) kanun sama, boleh dihukum bawah Seksyen 376 (1) kanun sama.
Artikel: http://sinarharian.com.my/article/736973/berita/semasa/ibu-didakwa-bersubahat-kes-kekasih-rogol-anak-usia-12-tahun
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesrogol #mahkamah #KarnivalSiangMalam


