Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday Jul 08, 2025

Fitnah Rosmah amal ilmu hitam, pemilik akaun TikTok diperintah bayar RM100,000
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan pemilik akaun TikTok membayar RM100,000 kepada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kenyataan fitnah, mendakwa isteri bekas Perdana Menteri terbabit mengamalkan ilmu hitam, dua tahun lalu.
Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah, 74, kerana Ku Muhammad Hilmie Ku Din, 35, gagal memasukkan memorandum kehadiran untuk menjawab saman berkenaan pada tarikh ditetapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737568/berita/semasa/fitnah-rosmah-amal-ilmu-hitam-pemilik-akaun-tiktok-diperintah-bayar-rm100000
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #RosmahMansor 
 

Tuesday Jul 08, 2025

Rafflesia keithi mekar di Poring, hanya 7 hari untuk dilihat
Keajaiban alam kembali memukau pengunjung apabila bunga Rafflesia keithi, spesies 'gergasi' yang hanya mekar untuk tempoh yang sangat singkat, akhirnya mekar di kawasan Sub Stesen Mata Air Panas Poring, Taman Kinabalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737310/edisi/sabah-sarawak/rafflesia-keithi-mekar-di-poring-hanya-7-hari-untuk-menyaksikan-keindahannya
Muzik: Easy - Vital dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉📅 25–27 Julai🕘 9 pagi – 12 tengah malam📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Rafflesia #Sabah #TTS #KarnivalSiangMalam

Monday Jul 07, 2025

Seorang pekerja restoran dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka pada Isnin atas tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) yang juga anak kandung wanita itu hingga maut, lapor wartawan Sinar Harian, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Ya'Acob. 
Tertuduh Manuel Pangawat, 36 dan warga Indonesia Easta Masa Pangala, 40, telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) Akta yang sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737460/berita/semasa/bapa-tiri-ibu-kandung-didakwa-aniaya-anak-oku-hingga-mati
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesaniaya #mahkamah  #KarnivalSiangMalam

Monday Jul 07, 2025

"Ayah pesan jangan sedih sebab ayah tak boleh jaga kakak dah lepas ni."
Demikian luahan sayu anak sulung kepada pasangan maut enam beranak yang ditemui bersama kereta Proton Iswara di Sungai Korok, Jitra, Putri Qisya Nur Izzat, 12, ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Menurut Putri Qisya, ketika pesanan itu diberikan, dia berbaring di atas paha ayahnya, Muhammad Azim Izat Ishak, 32, yang sedang duduk di sofa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737478/berita/semasa/saya-mimpi-ayah-pesan-jangan-sedih---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keretaenamberanakditemui #enamberanakditemui #SungaiKorok #KarnivalSiangMalam

Monday Jul 07, 2025

Polis tidak menolak kemungkinan kereta yang dinaiki enam sekeluarga yang maut selepas terjunam ke dalam Sungai Korok di sini terbabas sendiri tanpa melibatkan kenderaan lain, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor. 
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Rahim berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada kesan brek atau serpihan kemalangan di kawasan rumput berhampiran sungai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737479/berita/semasa/tiada-kesan-brek-kereta-dinaiki-enam-beranak-disyaki-terbabas-sendiri---polis
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keretaenamberanakditemui #enamberanakditemui #SungaiKorok #KarnivalSiangMalam

Monday Jul 07, 2025

Misteri kehilangan enam beranak sejak Sabtu lepas akhirnya terjawab apabila waris mengesahkan mayat yang ditemukan di dalam kereta yang berada di dalam Sungai Korok di Kampung Kemboja, Jitra ialah keluarga terbabit, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Mangsa ialah pasangan suami isteri Mohamad Azim Izat Ishak, 32, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta anak mereka Putra Rayyan Nur Izat, 9, Hawa Adriana, 8, Nayla Huma'ira, 7, dan Tuah Haidar, 6 bulan.
Adik kepada Mohd Azim Izat, Muhammad Adlan Solehin Ishak, 24, berkata, dia dan ahli keluarga yang lain sudah berusaha mencari mangsa sejak dua hari lalu. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737453/berita/semasa/waris-sahkan-6-mayat-dalam-kereta-ialah-sekeluarga-yang-hilang
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keretaenamberanakditemui #enamberanakditemui #SungaiKorok #KarnivalSiangMalam

Monday Jul 07, 2025

Seorang ibu tunggal dan kekasihnya direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, pada Isnin selepas disyaki membunuh bayi perempuan berusia 15 bulan dengan cara mendera mangsa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Ya'Acob.
Perintah reman terhadap suspek wanita, seorang penganggur berusia 24 tahun, dan teman lelakinya yang bekerja di sebuah kedai peralatan memancing berusia 20 tahun, dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Shu Yee sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737419/berita/semasa/ibu-kandung-kekasih-direman-disyaki-dera-bayi-15-bulan-hingga-maut
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdera #mahkamah #ibukekasihderabayi #bayimautdidera #KarnivalSiangMalam

Monday Jul 07, 2025

Mayat enam sekeluarga yang dipercayai hilang sejak Sabtu lalu, ditemukan di dalam sebuah kereta di dalam Sungai Korok, dekat Jitra pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, mayat terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, tiga kanak-kanak dan seorang bayi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737414/berita/semasa/mayat-enam-sekeluarga-termasuk-bayi-ditemukan-dalam-kereta-di-sungai-korok
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keretaenamberanakditemui #enamberanakditemui #SungaiKorok #KarnivalSiangMalam

Monday Jul 07, 2025

Sembilan Ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan Ketua Hakim Negara dan keputusan kes mahkamah yang kini mencetuskan kebimbangan terhadap kebebasan institusi kehakiman negara, lapor wartawan Sinar Harian,Izwan Rozlin dan jurukamera, Safwan Saidon.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, kemelut berhubung pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman perlu diberi perhatian segera kerana situasinya kini dilihat mirip skandal video VK Lingam pada 2007, yang membabitkan cubaan mempengaruhi lantikan Ketua Hakim Negara ketika itu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmediakhas #RCI #kemelutinstitusikehakiman #KarnivalSiangMalam

Sunday Jul 06, 2025

Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan kemampuan UMNO untuk mempertahankan 26 kerusi yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemimpin UMNO seharusnya mengukur baju di badan sendiri sebelum berhasrat merampas negeri-negeri yang kini diterajui PN seperti Kedah, Perlis dan Terengganu pada pilihan raya akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737296/berita/politik/bn-perlu-ukur-baju-di-badan-sendiri-sebelum-mahu-rampas-kerusi-pn---muhyiddin
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BN #PN #KarnivalSiangMalam

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125