Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Wednesday Jul 09, 2025

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Port Dickson menafikan terdapat usul untuk menggantikan Presiden parti itu kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti yang dilaporkan media kebelakangan ini, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ketuanya, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, isu tersebut timbul selepas usul mengenai pemerkasaan kepimpinan yang mantap dan terancang di setiap peringkat telah disalah tafsir.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737830/berita/politik/tiada-usul-ganti-presiden-bersatu---chegubard
-----------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #PortDickson #Chegubard #UsulGantiPresiden

Wednesday Jul 09, 2025

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius penglibatan pelajar dalam skim beli sekarang bayar kemudian (BNPL) sehingga mengakibatkan mereka dibebani hutang yang tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, usaha untuk menangani isu ini perlu dilakukan secara berterusan khususnya dalam memberi peringatan kepada golongan terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737797/berita/nasional/kpt-pandang-serius-isu-pelajar-dibebani-hutang-skim-bnpl
-----------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #Zambrykadir #Pelajar #BNPL #hutangskimBNPL

Wednesday Jul 09, 2025

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Tinggi pada Rabu atas pertuduhan membunuh ibu, bapa dan anak saudaranya di Kampung Paya Redan, Pagoh, di Muar pada Ogos tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Tertuduh, Azman Mohamed Nor, 49, yang hadir dalam keadaan berkerusi roda akibat penyakit saraf mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suria Kumar DJ Paul.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737780/berita/semasa/penganggur-didakwa-bunuh-3-ahli-keluarga-mohon
-----------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #Penganggur #bunuh #Kebakaranmuar #mahkamah

Wednesday Jul 09, 2025

Suami isteri mengaku tidak salah tawar pakej haji tanpa lesen sah
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas pertuduhan menawarkan pakej haji dengan menerima transaksi bayaran daripada seorang wanita berjumlah RM81,000 tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Mhd Lihan Sabari, 60 yang merupakan pekebun sawit dan Noor Nisrin Mahlim, 58, didakwa melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 27(1)(a) Akta Tabung Haji 1955 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 27(2)(a) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737774/berita/semasa/suami-isteri-mengaku-tidak-salah-tawar-pakej-haji-tanpa-lesen-sah
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #tipupakejhaji #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jul 09, 2025

Kerajaan perlu dasar kukuh hadapi tekanan ekonomi
Kerajaan perlu melaksanakan dasar yang lebih menyeluruh dan berkesan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan, terutamanya bagi tempoh separuh kedua tahun ini.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, perkara itu penting memandangkan pengumuman kadar tarif import oleh Presiden Amerika Syarikat(AS), Donald Trump jelas menunjukkan risiko kelemahan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #trump #tarifAS

Wednesday Jul 09, 2025

Usul tukar presiden bukan pandangan akar umbi Bersatu Port Dickson
Usul supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Penasihat dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengambil alih jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah pandangan individu, dan tidak mewakili suara keseluruhan bahagian, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Naib Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson, Mohd Shuhazlan Ali menegaskan, usul tersebut dikemukakan oleh seorang individu dalam cawangan dan tidak mencerminkan kehendak akar umbi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737702/berita/politik/usul-tukar-presiden-bersatu-bukan-pandangan-akar-umbi-bersatu-port-dickson
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #PortDickson #muhyiddinyassin

Tuesday Jul 08, 2025

Kira-kira 30 tahun lalu beliau terpaksa melepaskan jawatan Hakim Mahkamah Tinggi rentetan sepucuk surat yang diutus kepada beberapa individu berpengaruh negara.
Dakwaan cukup besar dalam surat tersebut melibatkan tokoh-tokoh penting institusi kehakiman tidak diberi layanan wajar sebaliknya beliau menerima kesan sehingga digelar “Lelaki Halimunan” atau “The Invisible Man”.
Ikuti Interviu dengan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1251894030055083Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=e3oB4xGpawIX: https://x.com/SinarOnline/status/1942561622230458759Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/737715/video/interviu/interviu-the-invisible-man-surat-hakim-yang-menggegar-negara
#Interviu #SinarHarian #Hakim #TheInvisibleMan #HakimMahkamahTinggi #InstitusiKehakiman

Tuesday Jul 08, 2025

Hajiji sahkan Sidang DUN Sabah kali ini yang terakhir sebelum PRN
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, mengesahkan bahawa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang berlangsung selama dua hari ini merupakan yang terakhir sebelum dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih berteka-teki mengenai tarikh pembubaran DUN dan memaklumkan bahawa pengumuman rasmi akan dibuat kepada media dalam masa terdekat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737681/edisi/sabah-sarawak/hajiji-sahkan-sidang-dun-sabah-kali-ini-yang-terakhir-sebelum-prn
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #DunSabah #bubarDun #Sabah

Tuesday Jul 08, 2025

Beberapa negara termasuk China mahu perjanjian SEANWFZ disambung semula - Mohamad
Beberapa negara termasuk China menyatakan hasrat untuk menyambung semula perbincangan membabitkan perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) yang tertangguh sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, China menghubungi Malaysia dan setuju untuk menandatangani perjanjian tanpa sebarang syarat.
Menurutnya, permintaan tersebut menunjukkan perkembangan yang baik dalam usaha membebaskan dunia daripada ancaman senjata nuklear.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737687/berita/nasional/beberapa-negara-termasuk-china-mahu-perjanjian-seanwfz-disambung-semula---mohamad
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #ASEAN 

Tuesday Jul 08, 2025

Malaysia cadang 18 November sebagai Hari Hak Asasi Manusia ASEAN
Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) mencadangkan tanggal 18 November diiktiraf sebagai Hari Hak Asasi Manusia ASEAN, lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom.
Wakil Malaysia ke AICHR, Edmund Bon Tai Soon berkata, pemilihan tarikh tersebut dibuat bersempena ulang tahun penerimaan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada 18 November 2012.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737674/berita/nasional/malaysia-cadang-18-november-sebagai-hari-hak-asasi-manusia-asean
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #ASEAN #AICHR

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125