Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Jul 10, 2025

Kerajaan Johor mengakui wujud kebimbangan berhubung dakwaan hospital di Singapura yang menawarkan gaji permulaan sebanyak SGD110,000 setahun (kira-kira RM385,000) bagi menarik doktor-doktor dari Malaysia untuk berkhidmat di republik itu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, perkara itu bukan sesuatu yang baharu malah telah berlaku sejak beberapa tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737980/edisi/johor/johor-akui-tawaran-lumayan-singapura-tarik-doktor-tempatan-membimbangkan---exco
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #doktor #singapura #gajidoktor

Thursday Jul 10, 2025

Usaha cari kotak hitam, naikkan bangkai helikopter perlukan bantuan agensi pakar - KPN
Usaha untuk mencari kotak hitam dan menaikkan bangkai helikopter yang terhempas ke dalam Sungai Pulai memerlukan bantuan serta kepakaran khusus daripada pelbagai agensi lain, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut berkaitan pencarian kotak hitam helikopter bagi membantu siasatan punca kejadian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738018/berita/semasa/usaha-cari-kotak-hitam-naikkan-bangkai-helikopter-perlukan-bantuan-agensi-pakar---kpn
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #NahasHelikopter #PDRM #Johor

Thursday Jul 10, 2025

'Yuyu', suami dan tiga ahli keluarga didakwa edar pil kuda, berdepan hukuman mati
Pengusaha salun dan kedai makan yang dikenali sebagai 'Yuyu' bersama suami serta tiga lagi ahli keluarga didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram (kg) dadah jenis pil kuda di tiga lokasi berasingan dekat sini pada 27 Jun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Semasa perbicaraan tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh iaitu Mohd Faizal Ismail, 35, isterinya, Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34, yang merupakan pemilik salun dan kedai makan, Mohamad Farid Ismail, 33, Mohd Khairu Azani Mohd Lawi, 39, bersama Mohamad Asmawi Janudin, 25, atas kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737963/berita/semasa/yuyu-suami-dan-tiga-ahli-keluarga-didakwa-edar-pil-kuda-berdepan-hukuman-mati
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesedardadah #mahkamah #KarnivalSiangMalam

Thursday Jul 10, 2025

Sebuah syarikat dan pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen di Seremban pada Khamis atas pertuduhan menggunakan pelekat Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) palsu pada 80 tayar celup yang dibekalkannya, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Syarikat Cerico Retread Sdn Bhd dan Choo Chai Kee, 65, yang merupakan pengarah syarikat terbabit, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737990/edisi/melaka-ns/syarikat-pengarah-didakwa-guna-logo-sirim-palsu-pada-tayar-celup
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #GunaLogoSirimPalsu #PengarahDidakwa #sirim

Thursday Jul 10, 2025

Seorang pempengaruh dikenali sebagai CEO Batu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang pada Khamis, atas satu pertuduhan atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menunjukkan kemaluan pada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
CEO Batu atau nama penuhnya, Muhamad Iqbal Muhamad, 22, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Terhadap Seksual Kanak-Kanak 2017.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737969/berita/semasa/ceo-batu-didakwa-amang-seksual-tunjuk-gambar-aib
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesamangseksual #mahkamah #CEOBatu #KarnivalSiangMalam

Thursday Jul 10, 2025

Pasangan kekasih didakwa bunuh penuntut universiti di Cyberjaya
Pasangan kekasih berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada Khamis atas pertuduhan bersubahat dan membunuh seorang penuntut universiti di Cyberjaya, dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Penganggur, M Sri Darvien dan teman wanitanya, D Thineswary mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737948/berita/semasa/pasangan-kekasih-didakwa-bunuh-penuntut-universiti-di-cyberjaya
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #bunuhpenuntutipts

Wednesday Jul 09, 2025

Satu penemuan arkeologi penting berhampiran Fort Cornwallis di sini membuka lembaran baharu terhadap sejarah perang di Pulau Pinang apabila sepasang rel kereta api berskala sempit ditemui tertanam di bawah permukaan jalan moden, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Rel sepanjang lebih tujuh meter itu ditemui pada 26 Jun lalu semasa kerja-kerja menaik taraf laluan pejalan kaki dan pembaikan bahu jalan di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, bersebelahan 'bastion' barat laut kubu bersejarah tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737863/edisi/utara/rel-kereta-api-era-perang-dunia-kedua-ditemui-di-fort-cornwallis
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
-----------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #Georgetown #RelKeretapi #PerangDuniaKedua

Wednesday Jul 09, 2025

‘Abang nak minta mak halalkan setiap titik susu’ 
Arwah Mohamad Azim Izat Ishak meminta halalkan setiap titik susu. Itulah kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telinga Nazirah Ismail, 67, ibu kepada Mohamad Azim Izat Ishak, 32, terkorban bersama isteri dan empat anak mereka dalam tragedi lemas di Terusan Sungai Korok, Jitra, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.   
Menurut pesara guru itu, kata-kata itu diluahkan Azim ketika menziarahinya di sebuah pondok pengajian agama di Kampung Palas di Kodiang pada 27 Jun lalu, sebelum kejadian menyayat hati itu berlaku.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737818/edisi/utara/abang-nak-minta-mak-halalkan-setiap-titik-susu-ndash-kata-kata-terakhir-azim-sebelum-tragedi
Muzik: Elevate - Dissolved in Loneliness dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #tragedisungaikorok #Jitra

Wednesday Jul 09, 2025

‘Kalau betul abang ada dalam sungai ini, timbullah’
Keluarga Allahyarham Mohamad Azim Izat Ishak, 32, mengakui lokasi penemuan kereta mangsa yang maut bersama isteri dan empat anak mereka di Terusan Sungai Korok di Jitra antara tempat pencarian mereka selepas keluarga tersebut dilaporkan hilang, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Adik mangsa, Nor Hanani Mawaddah Ishak, 30, berkata, naluri kuat sebagai seorang adik membuatkan dia yakin abangnya berada di kawasan sungai tersebut ketika mereka sekeluarga mencarinya pada petang Ahad, sehari sebelum penemuan tragik itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737820/edisi/utara/kalau-betul-abang-ada-dalam-sungai-ini-timbullah---doa-adik-terjawab-di-sungai-korok
-----------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #SungaiKorok #Kemalangan

Wednesday Jul 09, 2025

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Port Dickson menafikan terdapat usul untuk menggantikan Presiden parti itu kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti yang dilaporkan media kebelakangan ini, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ketuanya, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, isu tersebut timbul selepas usul mengenai pemerkasaan kepimpinan yang mantap dan terancang di setiap peringkat telah disalah tafsir.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737830/berita/politik/tiada-usul-ganti-presiden-bersatu---chegubard
-----------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #PortDickson #Chegubard #UsulGantiPresiden

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125