Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Friday Jul 11, 2025

'Ayah saya juga meninggal di Sungai Korok 37 tahun lalu'
 “Setiap kali melintasi terusan Sungai Korok ini, hati saya sayu. Inilah tempat ayah saya meninggal dunia 37 tahun lalu, dan kini enam sekeluarga pula terkorban di lokasi sama.”
Itu luahan Nazriah Abd Razak, 46, seorang guru yang tidak menyangka tragedi lemas enam sekeluarga di Sungai Korok baru-baru ini menghidupkan semula memori duka kehilangan ayahnya pada 15 Jun 1988, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738208/edisi/utara/ayah-saya-juga-meninggal-di-sungai-korok-37-tahun-lalu
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #tragediSungaiKorok #sungaiKorok #KarnivalSiangMalam

Friday Jul 11, 2025

Tragedi Sungai Korok: 'Sebak bila lima keranda diturunkan, terfikirkan bayi enam bulan'
Suasana malam di pekarangan Masjid At-Taqwa di Jerlun pada malam Isnin lalu dipenuhi rasa hiba, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Sebaik sahaja pintu van jenazah dibuka, satu persatu keranda diturunkan, membawa jasad enam sekeluarga yang maut dalam tragedi di Terusan Sungai Korok Jitra.
Menceritakan kembali suasana pada malam tersebut, Setiausaha Masjid At-Taqwa, Mhd Shukri Hassan berkata, lebih 500 orang telah memenuhi masjid sejak jam 8.30 malam. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738171/edisi/utara/tragedi-sungai-korok-sebak-bila-lima-keranda-diturunkan-terfikirkan-bayi-enam-bulan
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keretaenamberanakditemui #enamberanakditemui #SungaiKorok #KarnivalSiangMalam

Friday Jul 11, 2025

“Saya baru sahaja dapat telefon, dia beritahu nak naik helikopter untuk latihan, tapi tak lama lepas tu, dapat tahu helikopter terhempas, memang terkejut,"
Itu reaksi Baharom Mohammed, 82, bapa kepada Superintenden Ahmad Bustamin Baharom, 43, pembantu juruterbang helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Gelang Patah, ketika sedang melakukan lintas hormat sebagai sebahagian daripada demonstrasi Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM 2025), lapor wartawan Sinar Harian,Shahrizal Ahmad Zaini.
Bagaimanapun, Baharom yang baru tiba dari Alor Setar malam Khamis berkata, dia bersyukur kerana keadaan anaknya stabil biarpun mengalami kecederaan cedera dalam kejadian tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738179/berita/semasa/bapa-terkejut-anak-terlibat-nahas-helikopter
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #helikopterterhempas #PDRM #KarnivalSiangMalam

Friday Jul 11, 2025

Lelaki Korea dipenjara tiga bulan tinggal lebih masa
Seorang lelaki warga Korea Selatan dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret George Town selepas dia mengaku bersalah tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negara ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Tertuduh, Jeon Eunjin,  didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta yang sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738165/berita/semasa/lelaki-korea-dipenjara-tiga-bulan-tinggal-lebih-masa
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #wargaasingtinggallebihmasa #KarnivalSiangMalam

Friday Jul 11, 2025

CEO Batu didakwa lagi, kali ini kes simpan bahan lucah
Pempengaruh 'CEO Batu' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang pada Jumaat, atas satu pertuduhan menyimpan video dan gambar lucah dalam telefon bimbit miliknya, dua bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
CEO Batu atau nama penuhnya, Muhamad Iqbal Muhamad Nor, 22, didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738168/berita/semasa/ceo-batu-didakwa-lagi-kali-ini-kes-simpan-bahan-lucah
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #simpangambarlucah #mahkamah #KarnivalSiangMalam

Friday Jul 11, 2025

UMNO merakamkan rasa syukur kepada ALLAH SWT susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu sekali gus memperakui titah bagi penahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738139/berita/politik/titah-adendum-sah-umno-mohon-tahanan-rumah-najib-dilaksana
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pertemuanPMMarcoRubio #tigaperkarapenting #KarnivalSiangMalam

Friday Jul 11, 2025

'Helikopter PDRM terhempas depan mata ketika buat liputan' – Wartawan
Dua wartawan yang berada di lokasi kejadian ketika sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas ke dalam Sungai Pulai, Gelang Patah pagi Khamis berkongsi detik cemas menyaksikan insiden tersebut yang disifatkan sebagai pengalaman tidak dapat dilupakan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Muhammad Aiman Hakeem Awazmin, 27, berkata, ketika kejadian, beliau sedang bertugas membuat liputan latihan amal pelbagai hala sekuriti nuklear Malaysia- Indonesia- Thailand dan Singapura MITSATOM 2025 di Jeti Maritim Sungai Pulai, Maritim Malaysia.
https://www.sinarharian.com.my/article/738053/berita/semasa/helikopter-pdrm-terhempas-depan-mata-ketika-buat-liputan-ndash-wartawan
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #helikopterterhempasdalamsungai #PDRM #SungaiPulai #KarnivalSiangMalam

Thursday Jul 10, 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan ketika pertemuannya bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio di Kuala Lumpur, pada petang Khamis, beliau membangkitkan tiga perkara penting.
Menurutnya, tiga perkara penting itu ialah mengenai tarif AS, peperangan di Gaza dan juga kerjasama ASEAN dengan AS.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pertemuanPMMarcoRubio #tigaperkarapenting #KarnivalSiangMalam

Thursday Jul 10, 2025

Penunggang basikal dilarang menggunakan laluan lebuh raya di negara ini kerana ia merupakan laluan khas untuk kenderaan bermotor seperti lori, bas dan motosikal.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, larangan itu bertujuan menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya serta mematuhi peraturan sedia ada.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738040/berita/semasa/penunggang-basikal-dilarang-guna-lebuh-raya---jspt
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KualaLumpur #PenunggangBasikal #LaluanLebuhRaya

Thursday Jul 10, 2025

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mengambil langkah proaktif dengan memantau kawasan perkuburan enam beranak yang maut dalam tragedi menyayat hati di Sungai Korok bagi mengelakkan berlakunya sebarang aktiviti khurafat yang bercanggah dengan ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pemantauan itu susulan aduan daripada masyarakat setempat yang melaporkan terdapat kebimbangan wujudnya unsur mencurigakan di lokasi perkuburan tersebut.
Setiausaha Masjid At-Taqwa, Jerlun, Mhd Shukri Hassan berkata, pihaknya megesahkan menerima arahan daripada JHEAIK untuk melakukan pemantauan dan turut memohon penduduk setempat untuk sama-sama membantu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738004/edisi/utara/tragedi-sungai-korok-jheaik-pantau-kubur-enam-beranak-elak-unsur-khurafat
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keretaenamberanakditemui #enamberanakditemui #SungaiKorok #KarnivalSiangMalam

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125