Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Monday Jul 14, 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memberikan penjelasan berhubung beberapa isu penting dan hal ehwal semasa dalam pertemuan bersama Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang dijadualkan berlangsung petang ini, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, pertemuan itu juga dilihat sebagai persediaan awal menghadapi sidang Parlimen yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738602/berita/politik/anwar-dijangka-bertemu-ahli-parlimen-ph-petang-ini-perjelas-isu-penting
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMjumpaahliParlimenPH #persediaansidangparlimen #KarnivalSiangMalam

Monday Jul 14, 2025

Empat beranak bergantung hidup dengan wang pencen RM1,200
Empat beranak dari Rembau yang diuji dengan penyakit kronik dan masalah kesihatan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada wang pencen sebanyak RM1,200 sebulan bagi menampung perbelanjaan harian serta kos perubatan mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Rohani Mustafa, 69, berkata, suaminya, Latib Ibrahim, 70, merupakan pesara tentera namun diserang strok separuh badan sejak lebih sebulan lalu dan kini bergantung penuh kepada penjagaan di rumah selepas keadaannya semakin lemah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738330/edisi/melaka-ns/empat-beranak-bergantung-hidup-dengan-wang-pencen-rm1200
Muzik: Instrospection - Amsound dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebajikan #Rembau #KarnivalSiangMalam

Sunday Jul 13, 2025

Suami isteri dalang sindiket dadah RM3.1 juta tumpas di Kelantan
Taktik suami isteri berselindung di sebalik perniagaan ayam segar dan menjadi pemandu e-hailing akhirnya tumpas apabila Polis Kelantan berjaya menghidu perbuatan mereka sebagai dalang sindiket jualan dadah, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dadah bernilai RM3.1 juta itu dirampas bersama pasangan berusia 31 dan 49 tahun yang ditahan pada jam 4 pagi di Jalan Padang Sembilan, Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kuala Krai pada Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738492/berita/semasa/suami-isteri-dalang-sindiket-dadah-rm31-juta-tumpas-di-kelantan
Muzik: Epic dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #dadah #Kelantan #ganja #PDRM

Sunday Jul 13, 2025

Kenyataan Muhyiddin jelaskan tiada rundingan kerjasama PN-GRS - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berpandangan bahawa kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak kerjasama dengan gabungan itu sudah menjelaskan bahawa tiada sebarang rundingan atau perancangan untuk bekerjasama antara kedua-dua pihak, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen GRS berkata, kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu secara langsung menerangkan bahawa tidak pernah wujud cadangan untuk menjalin kerjasama antara GRS dan PN.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738471/berita/politik/prn-sabah-kenyataan-muhyiddin-jelaskan-tiada-rundingan-kerjasama-pn-grs---armizan
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #GRS #PN #Sabah #PRNSabah

Sunday Jul 13, 2025

Bangkai helikopter PDRM dinaikkan dalam masa terdekat – Komander PGU
Bangkai helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah pada Khamis lalu dijangka akan dinaikkan dalam masa terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Komander PGU Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Noor Sham Md Jani berkata, operasi berkenaan akan melibatkan bantuan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Artikel https://www.sinarharian.com.my/article/738451/berita/semasa/bangkai-helikopter-pdrm-dijangka-dinaikkan-dalam-masa-terdekat-ndash-komander-pgu
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #tragedihelikpoterterhempas #PDRM #Johor #HelikopterPDRM

Sunday Jul 13, 2025

KPM pantau pemulihan emosi, kebajikan Putri Qisya
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan pihak Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru agar memantau secara dekat keadaan emosi dan psikososial murid Tahun Enam, Putri Qisya Nur Izzat, 12, yang kehilangan seluruh ahli keluarganya dalam tragedi Sungai Korok yang berlaku pada Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementerian memberi penekanan serius terhadap aspek kesejahteraan pelajar tersebut, selain turut menyerahkan bayaran tuntutan insurans takaful serta sumbangan kebajikan daripada KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738432/berita/semasa/kpm-pantau-pemulihan-emosi-kebajikan-putri-qisya
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #TragediSungaiKorok #KPM #FadhlinaSidek #PutriQisyaNurIzzat

Sunday Jul 13, 2025

Pertemuan dengan BN atas cadangan Zahid, perkukuh persefahaman – PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pertemuan bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi memperkukuh persefahaman dan menjelaskan beberapa isu membabitkan dasar kerajaan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Menurutnya, antara perkara yang dibincangkan termasuk isu pemilihan Ketua Hakim Negara, cadangan penyasaran subsidi RON95 serta spekulasi berkaitan cukai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738372/berita/politik/pertemuan-dengan-bn-atas-cadangan-zahid-perkukuh-persefahaman-ndash-pm
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim #BN #KerajaanPerpaduan 

Saturday Jul 12, 2025

Kerajaan akan terus mempertahankan pegawai perubatan tempatan daripada berhijrah ke luar negara dengan menambah baik sistem perjawatan dan kebajikan petugas kesihatan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kementeriannya akan memastikan keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih baik dapat dinikmati doktor tempatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738338/berita/nasional/kerajaan-tegas-pertahan-doktor-tempatan-elak-berhijrah-ke-singapura
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dokroetempatankesingapura #doktorberhijrahluarnegara #KarnivalSiangMalam

Saturday Jul 12, 2025

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand menyatakan sokongan penuh terhadap misi Usanita Group dalam memperkasa inisiatif usahawan wanita Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa, khususnya di rantau Australasia. 
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki menyifatkan Usanita sebagai sebuah platform dinamik yang berperanan memacu penyertaan wanita dalam ekonomi rentas sempadan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738306/berita/nasional/suruhanjaya-tinggi-malaysia-sokong-inisiatif-usanita-tembusi-pasaran-australasia
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #SuruhanjayatinggiMalaysia #Usanita #KarnivalSiangMalam

Saturday Jul 12, 2025

Dua kumpulan dengan pandangan berbeza terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun secara aman di Jalan Kulim, Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, pada Jumaat, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Perhimpunan yang diadakan berdekatan kediaman keluarga Anwar itu membabitkan kira-kira 150 orang daripada kumpulan penyokong dan 50 orang yang menentang Anwar.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BukitMertajam #Himpunan #KarnivalSiangMalam

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125