Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Wednesday Jul 16, 2025

Aktiviti menuba jejas sumber ikan di Sungai Berang, penduduk desak tindakan
Penduduk Kampung Tanjung Putat, Hulu Terengganu menyuarakan kebimbangan berikutan kegiatan menuba ikan yang dikesan di kawasan Sungai Berang berdekatan kampung itu sejak kebelakangan ini, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Aktiviti tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menjejaskan sumber rezeki penduduk, malah memberi kesan kepada ekosistem sungai termasuk hidupan lain seperti udang dan ikan liar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738884/edisi/terengganu/aktiviti-menuba-jejas-sumber-ikan-di-sungai-berang-penduduk-desak-tindakan
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ย ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julaiย ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malamย ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Tubasungai #HuluTerengganu #SungaiBerang #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jul 16, 2025

'Beri keadilan, bersihkan nama Syed Ahmad Idid'
Kerajaan dan pihak bertanggungjawab perlu mengkaji semula isu yang melibatkan Datuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah Idid bagi memberikan keadilan kepada bekas Hakim Mahkamah Tinggi itu.
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, Syed Ahmad Idid menjadi mangsa keadaan ketika beliau cuba menjadikan badan kehakiman sebagai sebuah entiti yang dihormati, disegani dan bersih daripada rasuah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738867/berita/nasional/beri-keadilan-bersihkan-nama-syed-ahmad-idid
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ย ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julaiย ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malamย ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SyedAhmadIdid #SyedHamidSyedJaafarAlbar #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jul 16, 2025

โ€œDia keluar rumah awal pagi dengan berpakaian kemas dan sangat wangi."
Demikian kata Nazihah Mahtar, 43, ibu kepada Muhammad Azam Asmawei, 14, yang maut selepas dihempap pokok kelapa sawit reput di Kampung Parit Wak Katek, Sanglang pagi Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa bersama rakannya, Muhammad Hairey Rosli, 18, berada di kawasan tali air berhampiran kebun sawit terbabit untuk kerja menggali parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738837/berita/semasa/dia-pakai-cantik-wangi-sangat---ibu-sebak-anak-maut-dihempap-pokok-kelapa-sawit
#SinarHarian #BeritaSemasa #mautdihempappokok #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jul 15, 2025

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan The Real Warriors (Kelantan-TRW) berkuatkuasa serta-merta.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Annuar semasa sidang akhbar rasmi pertama di bilik mesyuarat Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738766/berita/sukan/annuar-musa-dilantik-presiden-kelantan-trw
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ย ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julaiย ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malamย ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
ย #SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #AnnuarMusa #Kelantan #TheRealWarriors

Tuesday Jul 15, 2025

Bencana tsunami pada tahun 2004 turut memberi kesan terhadap kemusnahan hutan paya bakau di Kedah yang berperanan sebagai benteng semula jadi, habitat hidupan laut dan sumber ekonomi masyarakat setempat, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Penolong Pengarah Sivikultur dan Pemelihara Hutan Jabatan Perhutanan Kedah, Mohd Rajihan Rahim berkata, beberapa langkah pemuliharaan paya bakau telah dilaksanakan sehingga kini, terutama di pesisiran Sungai Merbok di Daerah Kuala Muda dan Sungai Limau di Yan, yang berfungsi sebagai penampan ombak serta mengurangkan hakisan pantai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738727/edisi/utara/pulihara-kesan-tsunami-dengan-bakau
Muzik: Moving Way Up - Marcus dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ย ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julaiย ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malamย ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
ย #SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #Tsunami #Kedah #PayaBakau #CSR

Tuesday Jul 15, 2025

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad akan memfailkan saman sivil berjumlah RM100 juta terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam masa terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, tindakan itu diambil selepas mendakwa dirinya serta keluarga teraniaya, khususnya susulan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan dirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738711/berita/semasa/audio-tular-mohamad-ali-mahu-saman-ketua-menteri-melaka-rm100-juta
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ย ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julaiย ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malamย ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #Melaka #MenteriMelaka #Bersatu

Monday Jul 14, 2025

Isu pembentukan Tribunal Kehakiman menjadi antara perkara utama yang dibangkitkan dalam pertemuan tertutup Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengikut Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738653/berita/politik/isu-tribunal-kehakiman-antara-dibincang-dalam-pertemuan-tertutup-ph-bersama-pm
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ย ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julaiย ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malamย ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #Putrajaya #IsuTribunal #pertemuantertutup #PH #FahmiFadzil

Monday Jul 14, 2025

Solat Jumaat kali pertama di Kampung Orang Asli Suku Kensiu
Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) mengisytiharkan solat Jumaat buat kali pertama dilaksanakan di Surau Nurul Hidayah Kampung Orang Asli Lubuk Legong di Baling sekali gus memberi kemudahan kira-kira 100 penduduk lelaki komuniti tersebut, lapor wartawan Sinar Harian Siti Zubaidah Zakaraya.
Setiausaha MAIK, Datuk Dr Abdul Ghani@Zulkifli Zainuddin berkata, keputusan itu sudah tentu khabar gembira buat satu-satunya komuniti Orang Asli Suku Kensiu di Malaysia dalam usaha memudahkan pelaksanaan kewajiban mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738212/edisi/utara/solat-jumaat-kali-pertama-di-kampung-orang-asli-suku-kensiu
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ย ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julaiย ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malamย ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #SolatJumaat #SukuKensiu #Maik #Baling #orangAsli

Monday Jul 14, 2025

Tun M sudah sihat, mohon maaf tinggalkan program 'picnic'ย 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikhabarkan sudah sihat sepenuhnya selepas dilapor mengalami keletihan dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad.
Menerusi video dimuat naik di Facebook rasmi beliau, negarawan ulung itu dilihat masih gagah berjalan seperti biasa dan menaiki kenderaan peribadi ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1).
Tun Dr Mahathir berkata, pihaknya turut memohon maaf kerana tidak dapat menghabiskan program Picnic & Potluck bersama ribuan pengunjung di Putrajaya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738621/berita/nasional/tun-m-sudah-sihat-mohon-maaf-tinggalkan-program-picnic-di-putrajaya
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ย ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julaiย ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malamย ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #TunM #IJN

Monday Jul 14, 2025

Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM3.5 juta termasuk bunga ganja dalam lima serbuan di daerah Johor Bahru minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Johor Bahru Selatan itu dilaksanakan dari jam 1.30 petang Khamis hingga 2.30 pagi Jumaat lalu dan turut menahan lima suspek.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738593/berita/semasa/polis-johor-rampas-rm35-juta-dadah-5-suspek-ditahan
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ย ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julaiย ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malamย ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JohorBahru #Dadah #KarnivalSiangMalam

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125