Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Thursday Jul 17, 2025
Thursday Jul 17, 2025
Bekas pengarah Syarikat Emraz Travel & Tours Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret Klang pada Khamis, atas dua pertuduhan salah guna harta termasuk wang pakej umrah, dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Datuk Zulkarnain Endut, 44, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca terhadapnya.
Artikel:
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #EMRAZ #BekasPengarahSyarikat #KarnivalSiangMalam

Thursday Jul 17, 2025
Thursday Jul 17, 2025
Seorang penggali kubur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Tertuduh, Muhammed Syahril Reza Omar, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739026/berita/semasa/penggali-kubur-didakwa-amang-seksual-kanak-kanak-lelaki-dalam-tandas
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesamangseksual #KarnivalSiangMalam

Thursday Jul 17, 2025
Thursday Jul 17, 2025
Banglo tempat pertemuan lelaki songsang diserbu polis
Polis Kelantan menyerbu satu ‘pesta’ gay yang melibatkan lebih 100 lelaki berusia antara 20 hingga 30-an di sebuah banglo di Kemumin di sini pada pertengahan Jun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, serbuan dilakukan pada jam 1 pagi hasil maklumat awam dan intipan yang dilakukan oleh pasukan khas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739033/berita/semasa/polis-serbu-perjumpaan-gay-di-kelantan-temui-ratusan-kondom-ubat-hiv
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #PolisKelantan #PDRM

Thursday Jul 17, 2025
Thursday Jul 17, 2025
Polis ambil keterangan isteri, adik Ija Nizaruddin
Polis telah memanggil dan merakam keterangan isteri dan adik kepada Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38 atau lebih dikenali Ija Nizaruddin yang dilaporkan hilang di Sungai Tui, Bukit Kepong pada Isnin lalu bagi membantu siasatan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, isteri dan adik mangsa telah diambil keterangan pada malam Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738982/berita/semasa/pempengaruh-hilang-polis-panggil-isteri-adik-ija-nizaruddin
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PempengaruhHilang #IjaNizaruddin #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jul 16, 2025
Wednesday Jul 16, 2025
IKSN bantu nilai tahap keselamatan sempadan negara
Indeks Keselamatan Sempadan Negara (IKSN) dilancarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu sebagai satu mekanisme ukuran tahunan tahap keselamatan sempadan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, indeks berkenaan dibangunkan oleh Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) dengan kerjasama strategi Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai alat penting untuk mengukur prestasi, keberkesanan dan kesiapsiagaan agensi penguatkuasaan sempadan berasaskan mata.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #IKSN #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jul 16, 2025
Wednesday Jul 16, 2025
Program eHati bukan berunsur keagamaan - Polis
Program eHati yang dianjurkan September lalu di sebuah pusat konvensyen di sini bukan bersifat keagamaan sebaliknya motivasi umum.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, program ini bukannya berunsur agama kerana terdapat peserta dalam kalangan mereka yang bukan beragama Islam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738956/berita/semasa/program-ehati-bukan-berunsur-keagamaan---polis
----------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉📅 25–27 Julai🕘 9 pagi – 12 tengah malam📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #SinarTerkini #KarnivalSiangMalam #ehati #PDRM

Wednesday Jul 16, 2025
Wednesday Jul 16, 2025
Rakan nekad redah sungai cari pempengaruh hilang
“Saya tak fikir panjang, terus berenang nak pastikan Ija ada atau tidak dalam kereta itu."
Demikian kata Muhammad Syahmi Mansur, 30, yang sanggup meredah sungai selepas menemui kereta rakannya tenggelam di kawasan kebun berhampiran Sungai Tui, Bukit Kepong, Muar, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Muhammad Syahmi yang juga sahabat kepada pempengaruh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, memberitahu bahawa beliau bersama beberapa rakan lain berusaha mencarinya sebaik dimaklumkan mengenai kehilangan Ija pada malam Isnin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738923/berita/semasa/saya-terus-berenang-ndash-rakan-nekad-redah-sungai-cari-pempengaruh-hilang
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #hilang #pempengaruh #Muar

Wednesday Jul 16, 2025
Wednesday Jul 16, 2025
PDRM kini terajui NSRC
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini secara rasmi menerajui Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) berkuat kuasa serta-merta, sebagai langkah strategik memperkasa tindak balas terhadap jenayah berkenaan yang semakin membimbangkan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dipersetujui selepas dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dua minggu lalu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #NSRC #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jul 16, 2025
Wednesday Jul 16, 2025
Kedai mainan diserbu, 351 pistol tiruan dirampas
Pasukan polis merampas 351 pistol tiruan dianggar bernilai RM105,300 dalam serbuan di sebuah premis menjual alat permainan di Taman Teknologi Cheng, Melaka pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Dalam serbuan jam 10.22 pagi, pemeriksaan oleh Unit Penguatkuasaan Lesen/Risikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka menemui pistol jenis 'airsoft gun' dan menyerupai senjata sebenar disimpan di dalam stor di belakang premis.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat penyimpanan dan penjualan senjata tiruan di premis terbabit yang mana pemilik tidak memperbaharui lesen berkaitan sejak setahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738931/berita/kedai-mainan-diserbu-351-pistol-tiruan-dirampas
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pistoltiruan #PDRM #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jul 16, 2025
Wednesday Jul 16, 2025
Ustaz Farid Abu Auliya didenda RM2,800 mengajar agama tanpa tauliah
Seorang penceramah bebas yang disiasat berhubung kes jenayah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu atas satu pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Faridul Firdaus Zaulkapli, 39, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Farid Abu Auliya dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738916/berita/semasa/ustaz-farid-abu-auliya-didenda-rm2800-mengajar-agama-tanpa-tauliah
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mengajartanpatauliah #ustazFarid #ShahAlam


