Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Saturday Jul 19, 2025

Seorang wanita warga asing sanggup meninggalkan suami serta dua anak kecilnya demi menyelamatkan diri sebaik sahaja tempat tinggal mereka diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu Ipoh awal pagi Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.
Dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah tapak pembinaan di Persiaran Panorama Lapangan Perdana Ipoh, wanita yang berasal dari Sulawesi itu melarikan diri kerana dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739359/Wanita-lari-tinggalkan-suami,-dua-anak-ketika-serbuan-imigresen
----------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉📅 25–27 Julai🕘 9 pagi – 12 tengah malam📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Imigresen #WargaAsing #Ipoh #Pati

Friday Jul 18, 2025

Pelantikan Ketua Hakim Negara baharu bersifat 'underdog' bukan kalangan nama besar
Pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu boleh disifatkan sebagai seorang ‘underdog’ kerana bukan dalam kalangan nama besar atau tokoh yang dijangka ramai pihak.
Bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Liyana Marzuki berkata, bagaimanapun ia bukanlah sesuatu yang negatif malah mungkin membawa kelebihan dalam usaha memulihkan institusi kehakiman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739197/berita/nasional/pelantikan-ketua-hakim-negara-baharu-bersifat-underdog-bukan-kalangan-nama-besar
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KetuaHakimNegara #WanAhmadFarid #KarnivalSiangMalam

Friday Jul 18, 2025

Pekerja kedai pancing didakwa bunuh bayi
Seorang pekerja kedai menjual alat memancing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Alor Gajah, pada Jumaat atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan berusia 19 bulan, dua minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Isyraf Hifhzan Abdullah, 20, berikutan kes bunuh berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian bayi perempuan berusia 19 bulan di tingkat tiga sebuah kedai di Bandar Satelit Pulau Sebang, kira-kira jam 9 malam pada 6 Julai lalu. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739220/berita/semasa/pekerja-kedai-pancing-didakwa-bunuh-bayi
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #bunuhbayi #KarnivalSiangMalam

Friday Jul 18, 2025

Dijangka dibentangkan hujung bulan ini, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) tidak seharusnya terhenti keperluannya kepada memenuhi rutin lima tahun sekali sebagai dokumen perancangan pembangunan negara di atas kertas sahaja.
Sebaliknya dalam persekitaran global dan serantau yang kian mencabar, ia harus berupaya jadi jawapan bukan sahaja kepada isu semasa malah ancaman akan datang yang tidak dijangka.
Saksikan Wacana Sinar edisi 480 secara langsung di Studio F, Sinar Harian atau di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/723507163880537Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=aiugHIFCOSIX: https://x.com/SinarOnline/status/1945823624109433299Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/739146/video/wacana/wacana-sinar-apa-anda-mahu-ada-dalam-rmk-13
#WacanaSinar #SinarHarian #RMK13 #RancanganMalaysiaKe13 #EkonomiMADANI

Thursday Jul 17, 2025

Sebuah kilang memproses barangan aluminium dan buangan berjadual yang beroperasi secara haram di Kawasan Perindustrian Pengkalan dekat Pusing, Batu Gajah diserbu, dengan 1,221.3 tan logam bernilai kira-kira RM10 juta dirampas, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Serbuan sekitar jam 7.30 malam pada Rabu itu diketuai oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak dan Majlis Daerah Batu Gajah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739110/berita/semasa/kilang-haram-diserbu-1221-tan-logam-cecah-rm10-juta-dirampas
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kilangharam #PGA #KarnivalSiangMalam

Thursday Jul 17, 2025

Keadaan semasa di Empangan Kolam Bukit Merah, Bagan Serai terus membimbangkan apabila paras air dilaporkan menyusut dengan ketara susulan cuaca kering berpanjangan yang melanda sejak Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Tinjauan Sinar Harian pada Khamis di Kampung Selamat, Semanggol mendapati permukaan air kolam semakin surut sehingga menampakkan dasar yang retak dan merekah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739100/edisi/perak/paras-air-kolam-bukit-merah-menyusut-pesawah-rayu-jadual-bekalan-air-disemak-semula
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kemarau #KolamBukitMerah #KarnivalSiangMalam

Thursday Jul 17, 2025

"Saya hanya mampu reda, kalau saya marahkan pun anak saya bukannya boleh hidup semula, anak saya dah mati."
Demikian kata Muhammad Faiz Adli Muhammad Khatib, 33, yang ditemui sebak selepas pemergian anak bongsunya, Saif Fahri Muhammad Faiz Adli enam bulan ketika dalam jagaan di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Padang Temu, Melaka pada Rabu, Lapor wartawan Sinar Harian, Farhana Yaacob. 
Peniaga nasi lemak itu berkata, siapa yang tidak sayangkan anak walaupun diberikan peluang bersama dengan arwah selama enam bulan, namun setiap kali mendengar nama dan melihat gambarnya air mata dia dan isterinya, Nur Saadah Zamri, 33, pasti mengalir.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739109/berita/semasa/kalau-marah-pun-anak-saya-tak-boleh-hidup-semula
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Melaka #BayiMeninggal #Taska #KarnivalSiangMalam

Thursday Jul 17, 2025

Keluarga kepada pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin yang dilaporkan hilang di Sungai Tui, Bukit Kepong pada Isnin lalu masih menaruh harapan agar menerima khabar gembira.
Sepupu mangsa, Norzilah Yunos, 40, berkata, seluruh ahli keluarga tidak putus berdoa agar segala urusan pencarian oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dipermudahkan.
https://www.sinarharian.com.my/article/739042/berita/semasa/pempengaruh-hilang-keluarga-masih-berharap-terima-khabar-gembira
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMjumpaahliParlimenPH #persediaansidangparlimen #KarnivalSiangMalam

Thursday Jul 17, 2025

Polis Kelantan mengesan taktik baharu yang digunakan sindiket penyeludupan dadah dengan menggunakan lembu dan kambing, sehingga sanggup membiarkan haiwan ternakan itu kelaparan bagi memastikan tiada pembuangan najis berlaku sepanjang tempoh kuarantin selama dua minggu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazeleen Liana Kamarudin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ternakan terbabit dibawa masuk secara sah menggunakan permit, tetapi perlu dikuarantin terlebih dahulu mengikut prosedur yang ditetapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739047/berita/semasa/biarkan-lembu-kambing-kelaparan-taktik-terbaharu-seludup-dadah
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #TaktikSeludupDadah #KarnivalSiangMalam

Thursday Jul 17, 2025

'Jangan beli jika rasa durian RM50 sekilo tak berbaloi'
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mengenakan kompaun terhadap seorang peniaga durian kerana menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan semula bagi tujuan perdagangan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan itu diambil dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Kuala Kangsar baru-baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739052/Peniaga-durian-dikompaun-guna-timbang-tidak-sah
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Durian #Perak #KPDN #KarnivalSiangMalam

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125