Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Tuesday Jul 22, 2025
Tuesday Jul 22, 2025
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menafikan dakwaan kerajaan akan memansuhkan subsidi gas petroleum cecair (LPG).
Penafian itu dibuat ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa bahawa terdapat dakwaan kerajaan akan menarik balik atau memansuhkan subsidi berkenaan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #LPG #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jul 22, 2025
Tuesday Jul 22, 2025
Isu Batu Puteh: Tiada tindakan terhadap Tun M atas faktor usia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Berkata, Kabinet memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh atas faktor usianya yang sudah lanjut.
Menurutnya, Kabinet juga mengambil kira status Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739801/berita/nasional/isu-pulau-batu-puteh-tiada-tindakan-terhadap-tun-m
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #isupulaubatuputeh #PM #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jul 22, 2025
Tuesday Jul 22, 2025
Guna AI kesan titik panas denggi
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengenal pasti titik panas wabak denggi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, titik panas itu akan dikenal pasti menerusi keupayaan meramal AI yang kini sedang dibangunkan kementerian.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #KKM #denggi #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jul 22, 2025
Tuesday Jul 22, 2025
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin Liga A1 Semi Pro akan mendapat sambutan lebih hebat daripada Liga Super pada musim baharu ini.
Menurutnya, minat rakyat Kedah terhadap bola sepak kekal tinggi walaupun pasukan negeri kini tidak lagi bersaing dalam kancah liga bola Sepak utama Malaysia Football League (MFL).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739775/berita/sukan/sambutan-liga-a1-akan-lebih-hebat-dari-liga-super---sanusi?
----------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉📅 25–27 Julai🕘 9 pagi – 12 tengah malam📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #SinarTerkini #KarnivalSiangMalam #Presiden #KFA #Sanusi #LigaA1

Tuesday Jul 22, 2025
Tuesday Jul 22, 2025
Anwar kecam Israel halang bantuan kemanusiaan ke Gaza
Malaysia masih mempunyai keupayaan dana untuk terus menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza, namun usaha tersebut terhalang apabila terdapat lori-lori yang membawa muatan tersekat di sempadan masuk.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ratusan lori bantuan Malaysia yang disekat telah menyebabkan terdapat barangan yang rosak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739785/berita/nasional/anwar-kecam-israel-halang-bantuan-kemanusiaan-ke-gaza
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #Parlimen #bantuankemanusiaanGaza #PM #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jul 22, 2025
Tuesday Jul 22, 2025
Pendirian tegas Malaysia mungkin penyebab sasaran ejen Mossad
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan suara dan pendirian Malaysia yang tegas mempertahankan Gaza, menyebabkan negara menjadi sasaran kehadiran ejen Mossad selain penyeludupan senjata dan dadah ke negara ini.
Menurutnya, atas dasar itu, langkah tambahan sudah diambil kerajaan termasuk melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengenal pasti tindakan dan meningkatkan keupayaan keselamatan negara.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #Parlimen #ejenMossad #PM #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jul 22, 2025
Tuesday Jul 22, 2025
Rundingan tarif AS tak akan ubah pendirian Malaysia terhadap isu Gaza, Iran
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak akan berganjak daripada terus lantang bersuara menegakkan keadilan di Gaza dan negara Asia Barat termasuk Iran, walaupun jika ia menjadi penyebab negara dikenakan tarif timbal balas yang tinggi oleh Amerika Syarikat (AS).
Beliau melihat adalah tidak adil penetapan tarif yang tinggi oleh AS jika ia disebabkan oleh kelantangan negara mengecam tindakan genosid di Gaza.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #Parlimen #tarifAS #KarnivalSiangMalam

Monday Jul 21, 2025
Monday Jul 21, 2025
'Kek batik, roti telur makanan terakhir dibawa ke asrama'
"Dalam sebulan ini, anak saya selalu minta kek batik. Jadi saya sediakan dua atau tiga bekas. Satu untuk dia, satu lagi untuk kawan-kawan sebilik,"
Demikian luahan syahdu Noraidah Lamat, 45, ibu kepada pelajar perempuan Tingkatan Satu yang meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar, baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menurut Noraidah, anak tunggalnya itu turut memasakkan roti telur untuk dibawa ke asrama pada pagi Ahad lalu, sebelum kembali ke asrama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739722/berita/semasa/kek-batik-roti-telur-makanan-terakhir-dibawa-ke-asrama
Muzik: Audiosign - Abandoned dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉📅 25–27 Julai🕘 9 pagi – 12 tengah malam📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #meninggalterjatuh #Sabah #KarnivalSiangMalam

Monday Jul 21, 2025
Monday Jul 21, 2025
“Inikah hasilnya?" - Bapa Zayn Rayyan luah rasa kecewa, tidak puas hati
“Saya dah beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis, saya percaya mereka akan tangkap pembunuh anak saya... tapi inikah hasilnya? ".
Itu luahan penuh kecewa Zaim Ikhwan Zahari, bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, sejurus selesai prosiding sambung bicara di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ketika ditemui pemberita pada petang Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan jurukamera, Azim Azmi.
Zaim yang sebelum ini dibebaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan mengabaikan anak autisme itu, tampil memberi reaksi penuh emosi di hadapan media selepas isterinya, Ismanira Abdul Manaf diperintah membela diri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739698/berita/semasa/quotinikah-hasilnyaquot---bapa-zayn-rayyan-luah-rasa-kecewa-tidak-puas-hati
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesZaynRayyan #ZaynRayyan #KarnivalSiangMalam

Monday Jul 21, 2025
Monday Jul 21, 2025
Ramai jemaah haji pilih tolak bantuan subsidi haji - Mohd Na'im
Pemberian subsidi haji kepada jemaah golongan B40 dan M40 menunjukkan penurunan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, susulan ada jemaah secara sukarela memilih untuk menolak bantuan itu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, penolakan itu berikutan kesedaran umat Islam terhadap soal kemampuan sebagai asas untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739650/berita/nasional/ramai-jemaah-haji-pilih-tolak-bantuan-subsidi-haji---mohd-naim
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #parlimen #subsidihaji #haji #KarnivalSiangMalam


