Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Monday Sep 15, 2025
Monday Sep 15, 2025
Kebanyakan wakil rakyat terima ugutan adalah lelaki – Fahmi
E-mel berunsur ugutan yang disertakan dengan tangkap layar video palsu berasaskan kecerdasan buatan (AI) dilaporkan hanya diterima oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lelaki, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat Ahad seramai sembilan wakil rakyat kerajaan menerima e-mel tersebut yang turut menuntut bayaran sebanyak AS$100,000 (kira-kira RM470,000).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/748066/berita/nasional/hanya-wakil-rakyat-lelaki-terima-ugutan--fahmi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WakilRakyat #Ugutan #AhliParlimen #AI #KecerdasanBuatan

Saturday Sep 13, 2025
Saturday Sep 13, 2025
“MIC belum ‘bertunang’ lagi, baru merisik khabar. Kalau hantar pinangan, Insya-ALLAH, kita akan balas.”
Demikian jawapan spontan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man apabila ditanya media sama ada kedudukan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) akan terjejas seandainya MIC menyertai Perikatan Nasional (PN), lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Artikel:
'MIC belum bertunang, baru merisik' - Tuan Ibrahim
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #muktamarPas #Pas #TuanIbrahimTuanMan #MIC

Saturday Sep 13, 2025
Saturday Sep 13, 2025
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegaskan bahawa calon Perdana Menteri daripada Pas mestilah memiliki empat ciri utama yang berpaksikan nilai Islam, bukan semata-mata populariti atau sokongan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Beliau erkata, pemimpin yang layak memegang jawatan tertinggi negara perlu mempunyai sifat takut kepada Allah, beramal dengan syariat yang diturunkan, membuat persediaan untuk akhirat serta reda dengan rezeki yang ditentukan walaupun sedikit.
Artikel:
PM dari Pas mesti miliki empat ciri utama – Mursyidul Am
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #muktamarPas #Pas #musyidulPas

Saturday Sep 13, 2025
Saturday Sep 13, 2025
Kira-kira 200 wakil pelajar dari 20 universiti mengadakan perhimpunan aman membantah cadangan Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA), lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.
Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Haykal Halid berkata, cadangan UMANY adalah tidak bertanggungjawab dan tidak relevan kerana program matrikulasi terbukti berjaya sejak ditubuhkan pada 1988.
Artikel:
Perhimpunan aman bantah tuntutan mansuh matrikulasi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perhimpunanaman #bantahmansuhmatrikulasi #MPPK

Saturday Sep 13, 2025
Saturday Sep 13, 2025
Seorang lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan kematian lelaki dan wanita di Taman Nona Guar Chempedak pada Khamis, direman bagi membantu siasatan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Suspek berusia 29 tahun direman selama enam hari bermula 13 hingga 18 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel: Lelaki direman 6 hari bantu siasatan kes lelaki, wanita ditikam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #reman #tikamlelakiwanita
![[WACANA SINAR] Gaji Progresif: Keadilan Buat Pekerja atau Bebankan Majikan?](https://pbcdn1.podbean.com/imglogo/ep-logo/pbblog3482976/123_300x300.jpg)
Thursday Sep 11, 2025
Thursday Sep 11, 2025
Dasar gaji progresif diperkenalkan kerajaan bertujuan meningkatkan pendapatan pekerja secara berperingkat dan berstruktur berasaskan produktiviti demi merealisasikan reformasi pasaran buruh.
Namun, adakah dasar ini mahu atau mampu dilaksanakan majikan yang pastinya punya sudut pandang tersendiri?
Saksikan perbincangan isu ini dalam Wacana Sinar edisi ke-482 di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1755172748455896/Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=FpPpRGcdojkX: https://x.com/SinarOnline/status/1965754175624823074Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/747454/video/wacana/wacana-sinar-gaji-progresif-keadilan-buat-pekerja-atau-bebankan-majikan
#WacanaSinar #SinarHarian #GajiProgresif #Reformasi #MalaysiaMadani

Wednesday Sep 10, 2025
Wednesday Sep 10, 2025
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meneruskan tindakan agresif terhadap kenderaan perdagangan yang 'bermasalah' apabila sebanyak 274 buah daripadanya disita sepanjang Ops Gempur Kenderaan Perdagangan sejak 1 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminuralif Mohd Zoki.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, operasi bersepadu yang dilaksanakan di seluruh negara itu merekodkan sebanyak 13,071 notis saman ke atas pelbagai kesalahan serius.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747341/edisi/selangor-kl/jpj-gempur-kenderaan-perdagangan-bermasalah-274-disita
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #OpsGempurkenderaanperdagangan #Sepang

Tuesday Sep 09, 2025
Tuesday Sep 09, 2025
Dua penganggur tidak mengaku bersalah rogol budak sekolah
Dua penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan berasingan merogol remaja perempuan bawah umur pada Julai dan Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Muhammad Zulhakimi Zulhilmi, 19, dan S Karthikeyen, 19, didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747224/berita/semasa/dua-penganggur-tidak-mengaku-bersalah-rogol-budak-sekolah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesrogol #Seremban

Tuesday Sep 09, 2025
Tuesday Sep 09, 2025
Penganggur didakwa pandu bahaya sebabkan kematian anak polis
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian anak seorang anggota polis bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, R Puvarasan, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747212/berita/semasa/penganggur-mengaku-tidak-bersalah-pandu-bahaya-sebabkan-kematian-anak-polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #KemalanganMaut

Tuesday Sep 09, 2025
Tuesday Sep 09, 2025
Lapan beradik terima sijil kelahiran, bapa sujud syukur
Bapa kepada 10 beradik di Kampung Parit Lapis Hasan, Simpang Renggam, Johor Bharu melakukan sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran hasil bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Lapan beradik berusia antara 2 tahun hingga 14 tahun itu tidak pernah didaftarkan kelahiran sejak dilahirkan akibat pelbagai kekangan termasuk kerap berpindah,
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747199/edisi/johor/lapan-beradik-terima-sijil-kelahiran-bapa-sujud-syukur
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPN #lapanberadik #terimasijilkelahiran


