Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Wednesday Sep 17, 2025
Wednesday Sep 17, 2025
Makmal ekstasi RM598 juta tumpas, 4 lelaki dicekup
Taktik sindiket yang menyewa premis di kawasan perindustrian untuk dijadikan makmal memproses dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) atau ekstasi terbongkar susulan tangkapan empat lelaki dalam serbuan menerusi Operasi Pine (Op Pine) di Lembah Klang pada 10 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, dalam operasi yang dijalankan antara jam 8 pagi hingga 11 pagi itu, empat lelaki tempatan berusia 34 hingga 51 tahun telah ditahan, dengan rampasan dadah seberat 3,586.45 kilogram dianggarkan bernilai RM598.9 juta.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/748336/berita/semasa/makmal-ekstasi-rm598-juta-tumpas-4-lelaki-dicekup
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #makmaldadah #sewapremis #OpsPine

Tuesday Sep 16, 2025
Tuesday Sep 16, 2025
Ramai nak tahu siapa calon PM daripada Pas - Tuan Ibrahim
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa semakin ramai rakyat menunjukkan minat untuk mengetahui siapa calon Perdana Menteri daripada Pas kerana mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan sedia ada di dalam kerajaan pada hari ini.
Beliau berkata, pertanyaan itu bukan sekadar spekulasi politik tetapi mencerminkan harapan rakyat terhadap Pas sebagai parti yang diyakini mampu membawa perubahan dan menerajui negara dengan lebih baik.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/748228/berita/politik/ramai-nak-tahu-siapa-calon-pm-daripada-pas---tuan-ibrahim
#SinarHarian #BeritaSemasa #MuktamarPas #CalonPM #Pas #politik

Tuesday Sep 16, 2025
Tuesday Sep 16, 2025
Perarakan gajah jinak, Sanum dan Chery curi tumpuan
Suasana di pusat bandar Kota Bharu bertukar riuh dengan sorakan lebih 3,000 pengunjung sejurus melihat kemunculan dua ekor gajah dikenali sebagai Sanum dan Chery dalam perarakan sempena Sambutan Hari Malaysia pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Orang ramai mula membanjiri laluan sepanjang 1.2 kilometer dari tempat letak kereta Dataran Masjid Muhammadi menuju ke Istana Balai Besar untuk menyaksikan kelibat haiwan jinak berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/748214/edisi/kelantan/lebih-3000-pengunjung-teruja-lihat-perarakan-gajah-jinak-sanum-dan-chery
Muzik: Dreams dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PerarakanGajah #HariMalaysia #Sanum #Chery

Tuesday Sep 16, 2025
Tuesday Sep 16, 2025
Lotus’s Charity Run raih dana pendidikan RM400,000
Larian Amal Tahunan Lotus’s Ceria Charity Run 2025 sekali lagi membuktikan komitmen berterusan Lotus’s Malaysia memperkasa komuniti kurang berkemampuan melalui pendidikan dan literasi kewangan.
Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Azmel berkata, acara berkenaan berjaya mengumpulkan sumbangan ramai dan lebih 118 rakan jenama sebanyak RM400,000.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/748176/berita/nasional/lotuss-charity-run-raih-dana-pendidikan-rm400000
#SinarHarian #BeritaSemasa #Lotus #LotusCharityRun #LarianAmalLotus #LotusMalaysia

Monday Sep 15, 2025
Monday Sep 15, 2025
PN harap kekal guna logo sama pada PRU16 - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) belum memutuskan penggunaan logo bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), namun berharap logo sedia ada kekal digunakan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setakat ini beliau mengharapkan semua parti dalam gabungan itu mengekalkan logo PN seperti digunakan sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/748085/berita/politik/pn-harap-kekal-guna-logo-sama-pada-pru16---muhyiddin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MuhyiddinYassin #Politik #PRU16 #Pas #PerikatanNasional

Monday Sep 15, 2025
Monday Sep 15, 2025
Calon PM: Pas berhak beri pandangan - Muhyiddin
Pas berhak beri pandangan tentang calon perdana menteri yang dirasakan layak, bagaimanapun perkara itu hanya akan diputuskan dalam pertemuan antara Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbincangan berhubung isu tersebut akan dibuat dalam pertemuan MT yang dijangka diadakan kelak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/748070/berita/politik/calon-pm-pas-berhak-beri-pandangan---muhyiddin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MuhyiddinYassin #Politik #CalonPerdanaMenteri #Pas #PerikatanNasional

Monday Sep 15, 2025
Monday Sep 15, 2025
Kebanyakan wakil rakyat terima ugutan adalah lelaki – Fahmi
E-mel berunsur ugutan yang disertakan dengan tangkap layar video palsu berasaskan kecerdasan buatan (AI) dilaporkan hanya diterima oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lelaki, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat Ahad seramai sembilan wakil rakyat kerajaan menerima e-mel tersebut yang turut menuntut bayaran sebanyak AS$100,000 (kira-kira RM470,000).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/748066/berita/nasional/hanya-wakil-rakyat-lelaki-terima-ugutan--fahmi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WakilRakyat #Ugutan #AhliParlimen #AI #KecerdasanBuatan

Saturday Sep 13, 2025
Saturday Sep 13, 2025
“MIC belum ‘bertunang’ lagi, baru merisik khabar. Kalau hantar pinangan, Insya-ALLAH, kita akan balas.”
Demikian jawapan spontan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man apabila ditanya media sama ada kedudukan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) akan terjejas seandainya MIC menyertai Perikatan Nasional (PN), lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Artikel:
'MIC belum bertunang, baru merisik' - Tuan Ibrahim
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #muktamarPas #Pas #TuanIbrahimTuanMan #MIC

Saturday Sep 13, 2025
Saturday Sep 13, 2025
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegaskan bahawa calon Perdana Menteri daripada Pas mestilah memiliki empat ciri utama yang berpaksikan nilai Islam, bukan semata-mata populariti atau sokongan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Beliau erkata, pemimpin yang layak memegang jawatan tertinggi negara perlu mempunyai sifat takut kepada Allah, beramal dengan syariat yang diturunkan, membuat persediaan untuk akhirat serta reda dengan rezeki yang ditentukan walaupun sedikit.
Artikel:
PM dari Pas mesti miliki empat ciri utama – Mursyidul Am
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #muktamarPas #Pas #musyidulPas

Saturday Sep 13, 2025
Saturday Sep 13, 2025
Kira-kira 200 wakil pelajar dari 20 universiti mengadakan perhimpunan aman membantah cadangan Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA), lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.
Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Haykal Halid berkata, cadangan UMANY adalah tidak bertanggungjawab dan tidak relevan kerana program matrikulasi terbukti berjaya sejak ditubuhkan pada 1988.
Artikel:
Perhimpunan aman bantah tuntutan mansuh matrikulasi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perhimpunanaman #bantahmansuhmatrikulasi #MPPK


