Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Monday Jul 28, 2025

Ceroboh tanah Kerajaan Persekutuan: 465 kes sejak 2015
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan sebanyak 465 kes pencerobohan tanah milik Persekutuan direkod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) antara tempoh 2015 sehingga Mei lalu.
Beliau yang pernah menjalankan tugas sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, memaklumkan jumlah keluasan tanah dimiliki Kerajaan Persekutuan adalah 215,406 hektar.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad mengenai jumlah tanah milik kerajaan Persekutuan yang diceroboh di seluruh negara dan khusus di Pulau Pinang, sewaktu sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740676/berita/nasional/465-kes-ceroboh-tanah-milik-kerajaan-persekutuan-direkod---johari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #cerobohtanahkerajaan #kerajaanpersekutuan

Monday Jul 28, 2025

KKM lancar Ops Selamat Papa, kawal ketat penjualan vape
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melancarkan Ops Selamat Paru-Paru (Ops Selamat Papa) pada Jumaat ini bagi memastikan pelaksanaan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dapat dijalankan secara menyeluruh dan berkesan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, usaha bersepadu itu penting untuk mengawal ketat penjualan rokok elektronik atau vape di pasaran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740683/berita/nasional/kkm-lancar-ops-selamat-papa-kawal-ketat-penjualan-vape
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #KKM #OpsSelamatPapa

Monday Jul 28, 2025

Pengharaman Vape: KKM buat penelitian menyeluruh
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menuju ke arah pengharaman sepenuhnya terhadap rokok elektronik atau 'vape'. 
Menurutnya, penelitian menyeluruh sedang dijalankan bagi menilai keberkesanan langkah sedia ada.
Beliau menjawab soalan diutarakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Ahmad Saad @Yahaya yang meminta beliau menyatakan pendirian KKM  terhadap langkah beberapa kerajaan negeri yang menghentikan pengeluaran lesen perniagaan rokok elektronik atau vape.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #KKM #pengharamanvape

Monday Jul 28, 2025

Isu sampah 20 tan: Pendang tuduh Kor Ming tipu 
Isu 20 tan sampah yang ditinggalkan peserta himpunan pembangkang di ibu negara Sabtu lalu mencetus kekecohan ketika sidang Dewan Rakyat, apabila Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim mempertikai angka yang dinyatakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Selain menuduh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menipu, Awang turut mempersoalkan  angka 20 tan sampah yang dikatakan dikutip SW Corp selepas himpunan tersebut yang didakwa tidak sepadan dengan angka 18,000 peserta yang hadir seperti disahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740674/berita/nasional/dewan-rakyat-kecoh-gara-gara-isu-sampah-20-tan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #isusampah20tan
 

Monday Jul 28, 2025

Warga asing tidak dibenarkan miliki lesen penjaja, peniaga kecil - Kor Ming
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyatakan pendirian Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak pernah membenarkan warga asing memohon, memiliki lesen penjaja atau peniaga kecil. 
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan diutarakan ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun berkenaan dasar semasa KPKT berhubung kebebasan warga asing membuka perniagaan di Malaysia, khususnya dalam sektor peruncitan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740656/berita/nasional/pbt-tidak-pernah-benar-warga-asing-mohon-miliki-lesen-perniagaan---kor-ming
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #lesenpenjajapeniagakecil #wargaasing

Monday Jul 28, 2025

Pemimpin besar kerajaan terdahulu tidak suka blok Borneo - Hajiji
Sikap pemimpin kerajaan terdahulu yang tidak gemar dengan blok Borneo menjadi antara faktor yang mendorong Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengambil keputusan menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menegaskan bahawa Sabah perlu diterajui oleh pimpinan parti tempatan. Justeru, pilihan raya akan datang amat penting sebagai penentu kepada usaha menerajui negeri ini mengikut acuan sendiri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740602/berita/politik/pemimpin-besar-kerajaan-terdahulu-tidak-suka-blok-borneo---hajiji
#SinarHarian #BeritaSemasa #HajijiNoor #Sabah #GRS

Sunday Jul 27, 2025

Kerajaan dicadang bina pusat penjaja baharu ganti tapak lama
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar mencadangkan agar kerajaan membina sebuah pusat penjaja baharu bagi menempatkan lebih 100 penjaja yang terlibat dalam isu pengosongan tanah di kawasan Lembah Subang 1, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.
Beliau berkata, tindakan perobohan dan pengusiran penjaja tidak seharusnya dilakukan tanpa menyediakan penyelesaian lebih mampan, terutama kerana kebanyakan mereka merupakan golongan B40 yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) berdekatan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pusatpenjaja #B40  #KarnivalSiangMalam

Sunday Jul 27, 2025

Kanak-kanak 6 tahun cipta rekod kenal pasti 65 mata wang dalam tempoh seminit
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, D Devakshean, mencipta sejarah apabila berjaya mengenal pasti 65 mata wang pelbagai negara dalam tempoh satu minit, sekali gus melayakkan namanya disenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR), lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Lebih membanggakan, kebolehan luar biasa kanak-kanak genius itu turut mendapat pengiktirafan daripada British World Record apabila berjaya mengingat mata wang dari 200 negara dalam tempoh 11 minit 45 saat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740560/berita/nasional/kanak-kanak-6-tahun-cipta-rekod-kenal-pasti-65-mata-wang-dalam-tempoh-seminit
----------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉📅 25–27 Julai🕘 9 pagi – 12 tengah malam📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam  #Kanak-KanakGenius #MBOR #DDevakshean

Sunday Jul 27, 2025

‘Pasport Terbang’: Empat pegawai CIQ direman enam hari
Empat pegawai penguat kuasa direman enam hari sehingga 1 Ogos 2025 kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM3,000 ketika bertugas di kaunter penyeliaan zon masuk motosikal sempadan Johor-Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Mohammad Izham Mohd Aliyas setelah permohonan dikemukakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 pada pagi Ahad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740529/berita/semasa/pasport-terbang-empat-pegawai-ciq-direman-enam-hari
--------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉📅 25–27 Julai🕘 9 pagi – 12 tengah malam📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #Mahkamah #Rasuah #RemanPenguatkuasa #pasportterbang

Saturday Jul 26, 2025

Dua pegawai penguat kuasa ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku 'flying passport' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru malam Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) BSI, Roszita Dim berkata, penahanan kedua-dua pegawai melibatkan seorang penyelia berusia 49 tahun dan pegawai Penguatkuasa berusia 31 tahun itu dibuat oleh pasukan Unit Pematuhan AKPS BSI sekitar jam 7.30 malam pada Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740430/berita/semasa/dua-pegawai-penguat-kuasa-ditahan-terlibat-kegiatan-flying-passport

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125