Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Wednesday Sep 24, 2025
Wednesday Sep 24, 2025
Polis tumpas makmal dadah terbesar di Johor, proses 100,000 pil eramin 5 sehari
Kebakaran sebuah kilang di Senai pada minggu lalu membongkar kegiatan makmal memproses dadah berskala besar dengan rampasan sebanyak empat tan dadah bernilai lebih RM17.7 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Premis yang berselindung di sebalik kilang produk teknologi itu dikesan mampu menghasilkan sehingga 100,000 tablet erimin 5 sehari menjadikannya antara makmal dadah haram berskala industri terbesar pernah ditemui di negeri ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749361/berita/semasa/polis-tumpas-makmal-dadah-terbesar-di-johor-proses-100000-pil-eramin-5-sehari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #makmaldadah #pdrm #prosesdadah

Wednesday Sep 24, 2025
Wednesday Sep 24, 2025
VIP, ahli politik antara pemilik kereta mewah culas bayar cukai jalan
Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang didapati culas memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Mohamad Adnan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati lima jenis kenderaan mewah paling popular iaitu Rolls-Royce, Lamborghini, Bentley, Ferrari dan Porsche mencatat jumlah tunggakan cukai jalan yang tinggi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749350/berita/semasa/vip-ahli-politik-antara-pemilik-kereta-mewah-culas-bayar-cukai-jalan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #culasbayarcukaijalan #JPJ #AnthonyLokeSiewFook #VIP #ahlipolitik

Wednesday Sep 24, 2025
Wednesday Sep 24, 2025
BUDI95: CDL tamat tempoh 3 tahun, pemegang lesen hilang subsidi RON95
Pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang telah tamat tempoh lebih tiga tahun tidak layak menerima subsidi petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95), lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Mohamad Adnan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sistem Kementerian Kewangan (MoF) akan membuat sekatan terhadap mana-mana lesen yang tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749350/berita/semasa/vip-ahli-politik-antara-pemilik-kereta-mewah-culas-bayar-cukai-jalan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #culasbayarcukaijalan #JPJ #AnthonyLokeSiewFook #budi95 #CDL

Wednesday Sep 24, 2025
Wednesday Sep 24, 2025
Abuya didakwa enam lagi pertuduhan amang seksual pelajar
Seorang mudir di sebuah madrasah di Tumpat dikenali sebagai Abuya didakwa dengan enam lagi pertuduhan amang seksual membabitkan seorang pelajar lelaki sejak Mac hingga Jun lalu di Mahkamah Sesyen di Pasir Mas pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin
Tertuduh, Muhammad Aswadi Yah, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.
Mengikut pertuduhan pertama sehingga keeenam, tertuduh yang merupakan guru agama didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki yang kini berusia 14 tahun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749308/berita/semasa/abuya-didakwa-enam-lagi-pertuduhan-amang-seksual-pelajar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesamangseksual #mahkamah #abuya #PasirMas

Wednesday Sep 24, 2025
Wednesday Sep 24, 2025
Kes hasut isu KK Supermart: Papagomo diperintah bela diri
Blogger kontroversi, Papagomo diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu atas pertuduhan menghasut dengan mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkaitan isu KK Supermart pada Mei tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azlida Alimin.
Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 42, di akhir kes pendakwaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749316/berita/semasa/kes-hasut-isu-kk-supermart-papagomo-diperintah-bela-diri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #KKMart #Papagomo

Wednesday Sep 24, 2025
Wednesday Sep 24, 2025
Bapa dua anak didakwa bunuh isteri, lelaki di Guar Chempedak
Seorang bapa kepada dua anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gurun atas dua pertuduhan membunuh isteri dan seorang lelaki dalam kejadian di Taman Nona, Guar Chempedak kira-kira dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Tertuduh, Syed Al Iqbal Syed Shahruddin, 30, yang bekerja di sektor swasta didakwa menyebabkan kematian Nurul Nur Syamira Khamis, 28, dan Ku Mohd Asraf Ku Shaif @ Ku Shuib, 30.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749310/berita/semasa/bapa-dua-anak-didakwa-bunuh-isteri-lelaki-di-guar-chempedak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesbunuh #mahkamah #gurun

Tuesday Sep 23, 2025
Tuesday Sep 23, 2025
Tiga lelaki didenda RM250,000 simpan bangkai harimau belang
Tiga lelaki termasuk dua beradik dua beradik mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada Selasa atas tuduhan menyimpan bangkai seekor harimau belang betina (Panthera Tigris Jacksoni) tanpa permit khas, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Tertuduh, Md Shaheezam Md Salim, 49, Nazerin Tomiran, 47 dan adiknya, Mohamad Nazrol, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749194/berita/semasa/tiga-lelaki-didenda-rm250000-simpan-bangkai-harimau-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SimpanBangkaiHarimauBelang

Monday Sep 22, 2025
Monday Sep 22, 2025
Saifuddin sempat tinjau mekanisme BUDI95 di stesen minyak sebelum pengumuman
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sempat mengadakan lawatan ke salah satu stesen minyak di Cyberjaya beberapa minggu lalu bagi meninjau sendiri mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95).
Lawatan itu dibuat sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum mengumumkan tarikh pelaksanaan inisiatif berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749050/berita/nasional/saifuddin-sempat-tinjau-mekanisme-budi95-di-stesen-minyak-sebelum-pengumuman
Muzik:Elliot- Bass Buzzer oleh Bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BUDI95 #SaifuddinNasutionIsmail

Monday Sep 22, 2025
Monday Sep 22, 2025
Jimat penggunaan air elak bil melambung – Exco
Pengguna di Terengganu disarankan supaya berjimat dalam penggunaan air harian bagi mengelakkan bil melambung susulan pelarasan tarif yang berkuat kuasa sejak 1 Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata, kenaikan tarif berkenaan hanya memberi kesan kecil kepada isi rumah biasa yang mempunyai empat hingga enam orang penghuni kerana purata penggunaan air masih di bawah 30 meter padu (m³) sebulan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749026/edisi/terengganu/jimat-penggunaan-air-elak-bil-melambung-ndash-exco
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jimatpenggunaanair #pelarawantaarif #ExcoTerengganu

Monday Sep 22, 2025
Monday Sep 22, 2025
Kenangan terakhir di pantai sebelum maut nahas
"Semalam dia mengajak saya jalan-jalan di Batu Layar, tak sangka itu yang terakhir.”
Demikian luahan sebak Salimah Pit, 65, ibu angkat kepada pengurus sebuah pasar raya, Mohd Fakhrurazi Muda, 37, yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di persimpangan Loji Rawatan Air (LRA) Semanggar, Kota Tinggi pagi Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749004/berita/semasa/kenangan-terakhir-di-pantai-sebelum-maut-nahas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #KotaTinggi


