Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Tuesday Sep 30, 2025
Tuesday Sep 30, 2025
Menjelang Belanjawan 2026: Harga barang mahal, bantuan wajar dinaikkan
Kenaikan harga barangan dapur terus menekan suri rumah, walaupun menerima bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan subsidi Rahmah yang disifatkan hanya mampu meringankan beban seketika tetapi belum memadai untuk menampung perbelanjaan bulanan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/750148/berita/nasional/harga-barang-mahal-bantuan-wajar-dinaikkan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Belanjawan2026 #STR #SuriRumah

Monday Sep 29, 2025
Monday Sep 29, 2025
Lans koperal didakwa cabul wanita di kebun sawit
Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit pada Isnin atas tiga pertuduhan termasuk mencabul kehormatan seorang wanita orang asli, dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Tertuduh, Karisa Karim, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/750027/edisi/perak/lans-koperal-didakwa-cabul-wanita-di-kebun-sawit
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kescabul #Parit

Monday Sep 29, 2025
Monday Sep 29, 2025
Pemandu pikap 'terbang' nafi pandu bawah pengaruh dadah
Seorang pekerja kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka pada Isnin atas tuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan lima kenderaan termasuk dua kereta jenis BMW minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Ya'Acob.
Tertuduh, Anuar Baharin, 30, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/750047/berita/semasa/pemandu-pikap-terbang-nafi-pandu-kereta-bawah-pengaruh-dadah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #memandubawahpengaruhdadah #sebabkankemalangan5kenderaan #Melaka

Monday Sep 29, 2025
Monday Sep 29, 2025
Tragedi lubang kumbahan: KPM ambil tanggungjawab, laporan penuh insiden akan disegerakan - Fadhlina
Laporan kejadian murid Tahun Tiga maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di daerah Lenggeng akan dikemukakan segera untuk tindakan dan siasatan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) mengambil tanggungjawab penuh berhubung perkara itu dan langkah perlu bagi mengelak insiden daripada berulang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749973/berita/semasa/tragedi-lubang-kumbahan-kpm-ambil-tanggungjawab-laporan-penuh-insiden-akan-disegerakan---fadhlina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #tragedilubangkumbahan #mautjatuhlubangkumbahandisekolah #KPM #FadhlinaSidek

Monday Sep 29, 2025
Monday Sep 29, 2025
'Anak saya dah pergi, harap tak kena pada anak orang lain'
Ibu kepada murid Tahun Tiga yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah rendah di Lenggeng, Seremban memohon Jabatan Kerja Raya (JKR) menyemak semula aspek keselamatan di lokasi kejadian, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu mangsa, Norfazila Md Lajin, 43, berkata, beliau dimaklumkan bahawa penutup lubang kumbahan menggunakan bahan jenis fiber yang sangat ringan dan mudah diangkat tidak sesuai untuk bangunan sekolah dipenuhi anak-anak kecil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/750020/berita/semasa/anak-saya-dah-pergi-harap-tak-kena-pada-anak-orang-lain
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #tragedilubangkumbahan #mautjatuhlubangkumbahandisekolah

Monday Sep 29, 2025
Monday Sep 29, 2025
Penganjuran Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) dan sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 mendapat pujian meluas daripada pemain industri, kerajaan negeri serta wakil delegasi antarabangsa yang menyifatkannya sebagai pemangkin penting dalam memperkukuh ekosistem pelancongan negara.
Platform berprestij ini bukan sahaja menonjolkan keupayaan Malaysia sebagai tuan rumah acara bertaraf dunia, malah membuka peluang kerjasama baharu, memacu pelaburan serta memperkenalkan warisan dan budaya tempatan ke persada global.
#SinarHarian #Motac #HariPelanconganSedunia #PersidanganPelanconganDunia #Pelancongan

Sunday Sep 28, 2025
Sunday Sep 28, 2025
Penerima STR puas hati layak terima inisiatif BUDI95
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menyambut baik pelaksanaan inisiatif subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) pada harga RM1.99 seliter yang mula diperluas bermula Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RON95 #Budi95 #STR

Sunday Sep 28, 2025
Sunday Sep 28, 2025
Malaysia gesa PBB kenakan sekatan ke atas Israel - Mohamad
Malaysia dengan tegas menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan terhadap Israel, sambil menegaskan bahawa "metastasis" kekejaman rejim Zionis di Timur Tengah tidak boleh dibiarkan berterusan.
Sambil menyampaikan Kenyataan Negara pada Perbahasan Umum Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 2025 di New York pada Sabtu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, serangan terbaharu Israel di Doha, Qatar, bukan sekadar serangan terhadap beberapa wakil Hamas tetapi merupakan pencabulan terhadap kedaulatan sebuah negara serta penghinaan terhadap semua usaha pengantaraan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749897/berita/nasional/malaysia-gesa-pbb-kenakan-sekatan-ke-atas-israel-laksana-reformasi-untuk-kekal-relevan---mohamad
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PBB #Israel #UNGA2025

Sunday Sep 28, 2025
Sunday Sep 28, 2025
Menjelang Belanjawan 2026: Harapan pekebun durian, sawit dan getah
Menjelang Belanjawan 2026, golongan seperti pekebun kecil tidak terkecuali berharap agar kerajaan dapat terus membantu memperkasakan industri tanaman, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi.
Bagi seorang pekebun durian, Khaidir Ahmad, 63, berkata, kerajaan diminta mewujudkan satu agensi khusus bagi memastikan industri tanaman durian terus menjana pendapatan buat negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749883/berita/nasional/menjelang-belanjawan-2026-harapan-pekebun-durian-sawit-dan-getah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Belanjawan2026 #HarapanPekebun

Sunday Sep 28, 2025
Sunday Sep 28, 2025
'Arwah beritahu nak meninggal masa kecil, mahu terus masuk syurga' - Bapa
Murid Tahun Tiga, Abdul Fattah Khairul Rizal, yang maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan sedalam 1.8 meter di sebuah sekolah di Lenggeng pada Sabtu, pernah meluahkan hasrat untuk meninggal dunia ketika kecil kerana mahu terus masuk syurga, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Bapanya, Khairol Rizal Mustafar, 42 berkata, anak kedua daripada empat beradik itu telah beberapa kali menyuarakan hasrat tersebut namun beliau menganggap kata-kata anaknya itu sebagai perbualan kosong semata-mata.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/749857/berita/semasa/arwah-beritahu-nak-meninggal-masa-kecil-mahu-terus-masuk-syurga---bapa
Muzik: Dissolved in Loneliness - Veance D dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JatuhLubangKumbahan #rembau


