Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Jul 31, 2025

Kerajaan kini sedang bergerak ke arah mewajibkan pendidikan prasekolah bermula pada usia lima tahun sebagai langkah memperkukuh asas pendidikan awal kanak-kanak dan meningkatkan keberhasilan sistem pendidikan negara.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741227/berita/nasional/rmk13-prasekolah-usia-lima-tahun-bakal-diwajibkan
#SinarHarian #BeritaSemasa #RMK13 #sektorpendidikan #wajibkanprasekolah #prasekolah

Thursday Jul 31, 2025

Dua individu termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di George Town hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar dan melempar mercun ke sebuah restoran hingga menyebabkan kerosakan minggu lepas, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Khoo Teng Chi 32 tahun dan Joanne Lim 37 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #lemparmercun

Thursday Jul 31, 2025

Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kad sistem milik Telekom Malaysia (TM) yang menyebabkan kerugian mencecah RM80,000 dengan menahan dua lelaki di Sungai Petani baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, penahanan kedua-dua suspek berusia 24 dan 27 tahun, yang dikenali sebagai Geng Ali, sekitar daerah ini dibuat menerusi Op Pintu yang dijalankan berikutan peningkatan kes kecurian sejak kebelakangan ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741196/edisi/utara/geng-ali-curi-kad-sistem-tm-ditahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #Curi #TM

Thursday Jul 31, 2025

Seorang peniaga nasi lemak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap seorang lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi ‘dating’ pasangan sejenis pada minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Tertuduh, S Chandran, 35, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Muhammad Amzar Ismail di Mahkamah Majistret 2 di George Town pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741183/berita/semasa/peniaga-nasi-lemak-mengaku-tidak-bersalah-ugut-sebar-gambar-bogel
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Ugut #Sebargambar

Thursday Jul 31, 2025

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM67 bilion bagi sektor pendidikan antaranya untuk membina sekolah baharu, membaiki dan menaik taraf bangunan sekolah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut turut melibatkan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) serta fasiliti dan kemudahan institusi pendidikan tinggi awam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741212/berita/nasional/rmk13-kerajaan-peruntuk-rm67-bilion-untuk-sektor-pendidikan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RMK13 #sektorpendidikan

Thursday Jul 31, 2025

Sekretariat Muafakat Felda, Kembara Muafakat Felda dan Klinik Tok Wan merupakan tiga inisiatif utama yang jadi bukti kesungguhan Kerajaan Negeri Pahang dalam menjaga kebajikan peneroka dari generasi pertama hingga generasi baharu.
Dengarkan kupasan Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Dato’ Amizar Abu Adam tentang bagaimana Pahang tampil sebagai negeri paling progresif dalam memastikan komuniti Felda tidak terpinggir, bahkan terus berdaya saing.
Ikuti wawancara penuh dalam Interviu x Podcast di semua platform media sosial Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1044395461107367Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=lfU1sx69yzcX: https://x.com/SinarOnline/status/1950812723408941126Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/741237/video/interviu/interviu-x-podcast-keprihatinan-pahang-nafas-baru-felda
#Interviu #PodcastSinar #FeldaPahang #KebajikanPeneroka #KlinikTokWan #UsahawanFelda #AmizarAbuAdam #SinarHarian #Pahang #GenerasiBaharuFelda

Thursday Jul 31, 2025

Polis Sabah tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kes Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah agama di Papar, yang meninggal dunia sehari selepas insiden terjatuh dari bangunan yang dilaporkan berlaku di kawasan asrama sekolah berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan ketika ini menjurus kepada dua elemen berkaitan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741182/berita/semasa/kematian-zara-qairina-polis-tidak-tolak-kemungkinan-wujud-unsur-buli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZaraQairina #PDRM #Sabah

Thursday Jul 31, 2025

Kerajaan akan memperkenal Skim Pembiayaan Perkasa TVET Madani dan Dana Latihan TVET bagi  menggalakkan penyertaan belia dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). 
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penawaran program TVET turut diperluas kepada pelajar tahfiz bagi melahirkan huffaz teknokrat Madani yang mempunyai nilai tambah kepakaran teknikal.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RMK13 #pelajartahfiz #TVET

Thursday Jul 31, 2025

Kerajaan memberi tumpuan kepada penerapan inovasi teknologi tempatan dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara, khususnya melalui pembangunan aset digital strategik seperti kecerdasan buatan (AI), analitik data dan sistem digital kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (RDCI) juga akan dipergiat bagi meningkatkan produk serta perkhidmatan berasaskan jenama “Made by Malaysia”.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RMK13 teknologiAI #PM

Thursday Jul 31, 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 95.6 peratus graduan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan.
Jelasnya, lepasan TVET juga menikmati pendapatan yang semakin kompetitif dengan kebanyakannya melebihi paras gaji minimum RM1,700.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RMK #GraduanTVET #TVET

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125