Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Monday Aug 04, 2025

E-bidding: Sistem sudah tiada masalah seperti awal pelaksanaan
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, mengenai sistem e-bidding pada awalnya penuh dengan masalah tetapi kini, ia tidak kerap dan dapat diatasi.
Jelasnya, kerajaan telah berbincang dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan melibatkan pihak bank untuk mengatasi masalah 'glitching'.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #ebidding #masalahglitching

Monday Aug 04, 2025

'Tiada lagi pengeluaran, penjualan plat NPK'
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, Kementerian Pengangkutan tidak lagi memberikan kelulusan kepada pengeluaran dan penjualan nombor pendaftaran khas (NPK) yang bertujuan memanfaatkan mana-mana syarikat, individu mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menurutnya, keputusan itu berdasarkan keputusan Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 2022.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Padang Besar, Rushdan Rusmi yang memohon penjelasan mengenai garis panduan dan kriteria digunakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam meluluskan siri plat NPK, termasuk dikeluarkan oleh agensi kerajaan, NGO atau entiti swasta.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #platNPK #JPJ

Monday Aug 04, 2025

Kerajaan sedang dapatkan kelulusan 614 'body one camera'
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan petugas di Jabatan Imigresen pintu masuk utama negara khususnya Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) masih dalam proses POC, perolehannya akan dilakukan pada September 2025, dengan harapan akan dapat kelulusan 614 body one camera (kamera badan)  dan dapat meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #bodyonecamera #kamerabadan #KDN #KLIA 

Monday Aug 04, 2025

Enggan pasang VEP, kenderaan asing bakal disita - JPJ
"Kalau enggan beri kerjasama, kita akan sita."
Itu reaksi Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Muhammad Kifli Ma Hassan berhubung insiden seorang pemandu warga Singapura yang masih berdegil dan enggan mengaktifkan tag RFID Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) setelah disaman dalam satu operasi khas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bukit Chagar baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika pemeriksaan dilakukan oleh anggota JPJ sempena operasi berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741753/berita/semasa/enggan-pasang-vep-kenderaan-asing-bakal-disita---jpj
#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaSemasa #VEP #JPJ #RFID

Sunday Aug 03, 2025

PRN Sabah: Rundingan pastikan tiada pertembungan tiga penjuru PH-BN-GRS
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan memastikan tiada pertembungan tiga penjuru antara PH, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya sedang berusaha mencapai persetujuan agar pertembungan antara ketiga-tiga gabungan tersebut dapat dielakkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741678/berita/politik/prn-sabah-rundingan-pastikan-tiada-pertembungan-tiga-penjuru-ph-bn-grs-ndash-pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #PM #PH #BN#GRS

Sunday Aug 03, 2025

Sindiket edar dadah guna peket minuman tumpas, wanita Vietnam ditahan
Polis membongkar kegiatan pengedaran dadah dengan berselindung menggunakan peket minuman seperti kopi dan jus dalam serbuan di dua pangsapuri di sekitar bandar raya Johor Bharu hujung bulan lepas, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, dalam serbuan antara jam 2.15 petang, 25 Julai hingga 12.30 tengah malam keesokannya, polis merampas sejumlah dadah dianggar bernilai lebih RM4.9 juta.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741687/berita/semasa/polis-bongkar-kegiatan-edar-dadah-guna-peket-minuman-tahan-wanita-vietnam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #pengedarandadah #JohorBharu

Presiden KRW FC letak jawatan

Saturday Aug 02, 2025

Saturday Aug 02, 2025

Presiden KRW FC letak jawatan
Nik Hafiz Naim Nik Hassan melepaskan jawatan sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warrior (KRW FC) berkuat kuasa serta merta, sekali gus melepaskan keseluruhan pegangan saham dalam kelab tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Nik Hafiz berkata, tindakan tersebut diambil selepas beliau terkait dengan isu sekatan daripada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai salah seorang pemegang dalam sebuah pasukan sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741578/Presiden-KRW-FC-letak-jawatan,-lepas-pegangan-saham-kepada-Nasken-Coffee
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KRWFC #NikHafiz #NaskenCoffee #Kelantan

Saturday Aug 02, 2025

Menteri Pertahanan hubungi rakan sejawat dari Thailand, Kemboja
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan membuat panggilan telefon rakan sejawatnya dari Thailand dan Kemboja bagi menyatakan kesediaan Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) antara Thailand dengan Kemboja pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Naib Presiden UMNO itu berkata, panggilan berkenaan merupakan langkah awal sebelum diadakan sidang video tiga hala antara ketiga-tiga Menteri Pertahanan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741553/berita/nasional/menteri-pertahanan-hubungi-rakan-sejawat-dari-thailand-kemboja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MohamedKhaledNordin #GBC #Thailand #Kemboja

Thursday Jul 31, 2025

Tindakan tidak bertanggungjawab majikan yang menyediakan tempat tinggal kotor dan daif kepada pekerja di sebuah tapak pembinaan projek perumahan di Melaka terbongkar selepas serbuan dilakukan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Melaka, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Lebih menjijikkan apabila tandas wanita didapati berlumut serta kebanyakan pintunya berlubang di bahagian bawah, manakala ruang mandi lelaki pula dibina secara terbuka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741245/berita/semasa/tandas-wanita-berlumut-ruang-mandi-lelaki-terbuka---jtk-serbu-penginapan-pekerja-kotor
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kotor #JTK #Melaka

Thursday Jul 31, 2025

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan tempoh perjanjian atau kontrak penyelenggaraan jalan Persekutuan beberapa syarikat konsesi akan tamat tahun depan.
Menurutnya, bagi memastikan kerja yang dilakukan berkualiti, pihaknya telah meletakkan skop baharu dalam perjanjian bagi syarikat konsesi yang bakal dilantik dengan memasukkan pelantikan juruaudit luar.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim mengenai pendekatan yang sedang dirancang oleh KKR bagi memastikan aspek penyelenggaraan jalan raya diberikan perhatian secara lebih seimbang.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #KKR #selenggarajalan

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125