Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Monday Aug 04, 2025
Monday Aug 04, 2025
Ucapan Ahli Parlimen Pendang cetus ketegangan
Ketegangan tercetus di Dewan Rakyat pada Isnin selepas Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim membangkitkan mengenai rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, sambil mengaitkannya dengan dakwaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mengetepikan kepentingan Bumiputera.
Awang ketika mencelah semasa ucapan perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa RMK13 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu tidak memberi tumpuan kepada pembangunan untuk Bumiputera, sebaliknya memberi perhatian kepada perkampungan baharu Cina.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #dewanrakyatkecoh

Monday Aug 04, 2025
Monday Aug 04, 2025
Suhu panas luar biasa: OPA dilaksana tangani empangan kritikal
Enam lokasi di negara ini direkodkan mengalami suhu panas luar biasa selama tiga hari berturut-turut sehingga 3 Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Amunnuraliff Mohd Zoki.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara lokasi utama terjejas teruk melibatkan tiga daerah di Semenanjung dan tiga lagi di daerah Sabah serta Sarawak.
Menurutnya, susulan situasi tersebut, kerajaan telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan Empangan Bukit Merah, Gunung Semanggol, Perak yang kini berada pada tahap kritikal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741826/berita/nasional/suhu-panas-luar-biasa-opa-dilaksana-tangani-empangan-kritikal
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pembenihanawan #OPA #suhupanasluarbiasa

Monday Aug 04, 2025
Monday Aug 04, 2025
Ab Rahaman dilantik Ketua Polis Johor baharu
Komisioner Ab Rahaman Arsad dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu menggantikan Datuk M Kumar yang kini mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ab Rahaman, 58, sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Penjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, memulakan tugas rasminya selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Isnin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741808/berita/semasa/ab-rahaman-dilantik-ketua-polis-johor-baharu
#SinarHarian #BeritaSemasa #ketuapolisbaharu #JohorBahru #PDRM

Monday Aug 04, 2025
Monday Aug 04, 2025
Timbalan Speaker cadang beri ganjaran pemberi maklumat salah laku
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memberikan ganjaran kepada kakitangan awam yang memberikan maklumat berkaitan salah laku dalam jabatan, mengikut lunas undang-undang.
Katanya, aspek kewangan merupakan antara dorongan utama manusia, justeru insentif seperti ganjaran tunai boleh menjadi pemangkin keberanian kepada penjawat awam untuk tampil melaporkan salah laku.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741824/berita/nasional/timbalan-speaker-cadang-beri-ganjaran-pemberi-maklumat-salah-laku
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #ganjaranuntukpemberimaklumat

Monday Aug 04, 2025
Monday Aug 04, 2025
Isu bendera terbalik jangan dipolitikkan – Anthony Loke
Isu kesilapan pemasangan Jalur Gemilang oleh sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Port Dickson baru-baru ini tidak sepatutnya dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, siasatan berhubung insiden tersebut kini sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengenal pasti sama ada ia dilakukan secara sengaja atau sebaliknya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741802/berita/nasional/isu-bendera-terbalik-jangan-dipolitikkan-ndash-anthony-loke
#SinarHarian #BeritaSemasa #isubenderaterbalik #anthonyloke

Monday Aug 04, 2025
Monday Aug 04, 2025
Sindiket kayu gaharu diserbu, rampasan lebih RM100 juta
Tindakan licik sindiket memproses dan menyimpan kayu gaharu yang beroperasi secara haram sejak tahun lalu terbongkar selepas diserbu polis di kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka pada Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, serbuan yang dilakukan di dua lokasi berasingan itu diketuai Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WCB) Bukit Aman dan disertai agensi berkaitan menerusi risikan sejak dua minggu lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741805/berita/semasa/sindiket-kayu-gaharu-diserbu-rampasan-lebih-rm100-juta
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #sindiketkayugaharu #kayugaharu #WCB

Monday Aug 04, 2025
Monday Aug 04, 2025
'Sijil halal AS hanya diiktiraf jika patuh piawaian Jakim' – Tengku Zafrul
Kerajaan hanya akan membenarkan pengimportan daging dan produk daging serta unggas dan produk unggas yang mendapat sijil Halal daripada badan pensijilan halal Amerika Syarikat (AS) yang mematuhi piawaian dan standard halal ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan tidak berkompromi dan akan terus mengekalkan standard Halal yang patuh Syariah bagi memelihara kepentingan pengguna dalam kalangan umat Islam di Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741791/berita/sijil-halal-as-hanya-diiktiraf-jika-patuh-piawaian-jakim-ndash-tengku-zafrul
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #SijilhalalAS #Jakim #standardhalal

Monday Aug 04, 2025
Monday Aug 04, 2025
Syarat memohon warganegara itu kekal - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat untuk memohon warganegara kekal dan tidak berubah iaitu ibu dan bapa haruslah warganegara Malaysia, lahir dalam negara dan mempunyai sijil ikatan perkahwinan yang sah.
Jelasnya, tidak sah bagi ibu yang memiliki warganegara Malaysia tetapi berkahwin dan melahirkan di negara luar.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #KDN #permohonanwarganegara

Monday Aug 04, 2025
Monday Aug 04, 2025
'Counter setting' KLIA: 26 penguat kuasa dibuang kerja tahun lalu
Sebanyak 26 anggota dan pegawai penguat kuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dibuang kerja tahun lepas kerana terlibat dengan sindiket counter-setting, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bagi 2023, sebanyak lapan individu turut dikenakan tindakan sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741783/berita/nasional/counter-setting-klia-26-penguat-kuasa-dibuang-kerja-tahun-lepas---saifuddin-nasution
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #countersetting #26penguatkuasadibuangkerja #KDN

Monday Aug 04, 2025
Monday Aug 04, 2025
E-bidding: Sistem sudah tiada masalah seperti awal pelaksanaan
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, mengenai sistem e-bidding pada awalnya penuh dengan masalah tetapi kini, ia tidak kerap dan dapat diatasi.
Jelasnya, kerajaan telah berbincang dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan melibatkan pihak bank untuk mengatasi masalah 'glitching'.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #ebidding #masalahglitching


