Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Wednesday Aug 06, 2025

6 MP bekas ahli Bersatu masih pembangkang - Speaker
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, enam anggota parlimen yang dipecat Bersatu kerana menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih mewakili pembangkang 
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Bersatu #Pembangkang

Wednesday Aug 06, 2025

Sindiket 'decanting' terbongkar, 1,899 tong gas LPG subsidi disita
Taktik licik satu sindiket menyalahgunakan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dengan menjalankan aktiviti pemindahan gas secara haram terbongkar dalam satu serbuan di Kawasan Perindustrian Bemban, Batu Gajah pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Serbuan menerusi Op Gasak sekitar jam 6.30 petang itu membawa kepada penemuan 1,899 tong LPG yang digunakan bagi tujuan ‘decanting’ iaitu proses memindahkan gas daripada tong 14 kilogram (kg) bersubsidi ke tangki lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742124/berita/semasa/sindiket-decanting-terbongkar-1899-tong-gas-lpg-subsidi-disita
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #gasLPGsubsidi #sindiketdecanting #OPSGasak

Wednesday Aug 06, 2025

Penjaga kaunter muzium mengaku tidak salah amang seksual kanak-kanak Korea
Seorang pekerja muzium didakwa di Mahkamah Sesyen di George Town pada Rabu atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan warga Korea Selatan di sebuah hotel, Julai lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Tertuduh, Chong Khay Tee, 18, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon di Mahkamah Sesyen 2.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742117/berita/semasa/penjaga-kaunter-muzium-mengaku-tidak-salah-amang-seksual-kanak-kanak-korea
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #amangseksual

Tuesday Aug 05, 2025

Seorang Ahli Parlimen DAP mencadangkan agar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyertai Pas susulan dakwaan bahawa beliau mendapat sokongan daripada blok pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat pada Selasa.
Chong Zhemin (PH–Kampar) membangkitkan perkara itu sejurus selepas Ka Siong (BN–Ayer Hitam) selesai membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742003/berita/politik/ahli-parlimen-dap-gesa-wee-ka-siong-sertai-pas
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #SinarTerkini #Parlimen

Tuesday Aug 05, 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen sama ada di blok kerajaan dan pembangkang mengenai peranan mereka yang sepatutnya menjadi jurucakap kepada rakyat dan bukannya mewakili 'tauke' dalam menyuarakan isu yang menyentuh kepentingan rakyat.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #PM #rakyat

Tuesday Aug 05, 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mencapai kesepakatan sesama mereka terlebih dahulu sebelum rundingan berkaitan peruntukan kepada pembangkang dapat diteruskan bersama pihak kerajaan.
Menurut beliau, ketika ini wujud percanggahan dalam kalangan pemimpin pembangkang, apabila ada yang bersetuju dan ada yang menolak untuk berunding dengan kerajaan berhubung perkara tersebut.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Peruntukan #Parlimen #PN

Tuesday Aug 05, 2025

'Lain kali baca dulu, jangan hentam kromo' - PM bidas pembangkang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pembangkang yang disifatkannya tidak membuat persediaan sewajarnya sebelum menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, terdapat dalam kalangan ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sendiri yang tidak membaca kenyataan dikeluarkan oleh Pengerusi gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742016/berita/nasional/lain-kali-baca-dulu-jangan-hentam-kromo---pm-bidas-pembangkang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #PM #AnwarIbrahim #KerajaanPerpaduan #PN #Pembangkang 

Tuesday Aug 05, 2025

'Saya baru dapat kumpul RM32,000 daripada setengah juta' - Pelajar derita kanser tahap 4
Seorang pelajar Tingkatan Lima yang menghidap kanser neuroblastoma tahap empat memerlukan kira-kira RM500,000 lagi bagi membolehkannya menjalani rawatan Imunoterapi Dinutuximab Beta (Qarziba) yang dijadualkan pada November ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Bapa kepada Nurul Syahira Aliesya, 17, iaitu Roshizam Rosli, 50, berkata, jumlah sumbangan orang ramai yang telah terkumpul setakat ini adalah RM32,000.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741983/edisi/melaka-ns/saya-baru-dapat-kumpul-rm32000-daripada-setengah-juta---pelajar-derita-kanser-tahap-4
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pesakitkanser #danarawatan #rawatanQarziba

Tuesday Aug 05, 2025

Malaysia sedia hantar pasukan pemantau di sempadan Thailand-Kemboja - PM
Malaysia bersedia menghantar pasukan pemantau ke sempadan Thailand-Kemboja sekiranya diminta oleh kedua-dua negara terbabit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam rundingan bersama ketua-ketua negara ASEAN, semua pihak bersetuju untuk berbuat demikian sekiranya dimohon oleh Thailand dan Kemboja.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741980/berita/nasional/malaysia-sedia-hantar-pasukan-pemantau-di-sempadan-thailand-kemboja---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #pasukanpemantau #ThailandKemboja #PM

Tuesday Aug 05, 2025

23 September tarikh pengurusan kes dua ADUN Sabah, Albert Tei
Mahkamah menetapkan 23 September depan sebagai tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan bagi dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang didakwa berkaitan rasuah dalam prosiding di Mahkamah Rasuah Khas di Kota Kinabalu pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy hadir dalam prosiding tersebut, masing-masing berada di kandang tertuduh ketika dipanggil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741973/berita/semasa/23-september-tarikh-pengurusan-kes-dua-adun-sabah-albert-tei
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #AdunSabah #mahkamah

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125