Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Friday Oct 10, 2025
Friday Oct 10, 2025
Pengecualian duti eksais, cukai jualan untuk pemandu teksi
Kerajaan turut mengumumkan berita gembira buat pemandu teksi dalam Belanjawan 2026 dengan meneruskan pengecualian 100 peratus duti eksais dan pengecualian 100 peratus cukai jualan ke atas pembelian kereta nasional baharu Proton dan Perodua.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengecualian tersebut layak dinikmati oleh pemilik teksi dan kereta sewa persendirian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/751829/khas/belanjawan/belanjawan-2026-pengecualian-duti-aksais-cukai-jualan-untuk-pemandu-teksi-beli-kereta-nasional-baharu
#SinarHarian #Belanjawan2026 #dutieksais #cukaijalan #pemanduteksi

Friday Oct 10, 2025
Friday Oct 10, 2025
Pelepasan khas cukai pendapatan individu galak pelancongan dalam negara
Bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 diberikan atas perbelanjaan bayaran fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Belanjawan2026 #CukaiPendapatan

Friday Oct 10, 2025
Friday Oct 10, 2025
RM15.5 bilion 'hilang' dikembali dalam tempoh 2 tahun - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata badan-badan penguatkuasa berjaya memperoleh hasil rampasan dan kutipan penalti hampir RM15.5 bilion dalam tempoh dua tahun hasil penekanan tatakelola dalam pemerintahan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Belanjawan2026 #Ketirisan

Friday Oct 10, 2025
Friday Oct 10, 2025
Tertembak abang ipar, mayat ditinggal tepi jalan: Lelaki mengaku tidak bersalah
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang pada Jumaat, atas satu pertuduhan menyebabkan kematian abang iparnya di sebuah kawasan hutan, Selayang minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Muhamad Zaid Zakaria, 33, yang merupakan penjual daging mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/751791/berita/semasa/tertembak-abang-ipar-mayat-ditinggal-tepi-jalan-lelaki-mengaku-tidak-bersalah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #Beritasemasa #tertembakabangipar #mahkamah #kestembak #selayang

Friday Oct 10, 2025
Friday Oct 10, 2025
PATI warga Myanmar didakwa bunuh rakan senegara
Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Seremban pada Jumaat atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya awal bulan ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh Tha Hnin Sang,19, hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farha Sulaiman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/751782/berita/semasa/pati-warga-myanmar-didakwa-bunuh-rakan-senegara
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #mahkamah #bunuhrakan #PATI

Friday Oct 10, 2025
Friday Oct 10, 2025
Misi FFC x TMTG: Sembilan aktivis Malaysia dijangka diterbangkan ke Turkiye petang ini
Sembilan aktivis Malaysia yang ditahan Israel ketika menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza dijangka bersama antara 95 aktivis diterbangkan ke Turkiye pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, difahamkan pesawat berkenaan akan membawa aktivis dari 22 negara kemungkinan termasuk sembilan orang aktivis Malaysia dan enam orang aktivis Global Sumud Flotilla (dua Norway, dua Morroco dan satu Sepanyol).
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/751781/berita/nasional/misi-ffc-x-tmtg-sembilan-aktivis-malaysia-dijangka-diterbangkan-ke-turkiye-petang-ini
#SinarHarian #SinarTerkini #MisiFFCxTMTG #MyCARE #AktivisMalaysia #FreedomFlotillaCoalatio

Friday Oct 10, 2025
Friday Oct 10, 2025
Pengutip besi buruk mengaku rompak wanita Sepanyol
Seorang pengutip besi buruk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 1 di atas pertuduhan merompak seorang wanita warga Sepanyol di pusat bandar pada September lalu.
N Kannan didakwa telah melakukan kesalahan merompak sebuah beg milik Sheyla Rodriguez Navarro, 26, di hadapan sebuah premis di Lorong Aboo Sittee di sini pada jam 6.15 pagi, 30 September lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/751755/berita/semasa/pengutip-besi-buruk-mengaku-rompak-wanita-sepanyol
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #Beritasemasa #Mahkamah #rompak #Penang
Thursday Oct 09, 2025
Thursday Oct 09, 2025
Lebih seminggu sejak kerajaan merasionalisasi subsidi petrol RON95, hampir tiada kecoh atau ‘brouhaha’ kedengaran dari langkah ini seperti berlaku dalam tempoh awal pelaksanaan SARA.
Adakah kita sudah mula biasa dengan perubahan-perubahan sebegini? Apa kesannya kepada kita? Sudah boleh dikira berjayakah BUDI95?
Dengarkan Interviu di semua platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1510807827005612Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=h3PFDXQ0efAX: https://x.com/SinarOnline/status/1976181878433685721Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/751680/video/interviu/interviu-berbudi95-kepada-rakyat
#WacanaSinar #SinarHarian #SubsidiBersasar #BUDI95 #EkonomiMalaysia #RON95 #RasionalisasiSubsidi #Belanjawan2026 #EkonomiMadani #MalaysiaMadani

Thursday Oct 09, 2025
Thursday Oct 09, 2025
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang membangunkan dokumen rasmi mengenai pembangunan teknologi dron dan antidron pertahanan bagi mengurangkan kebergantungan pada teknologi asing selain mewujudkan ekosistem industri pertahanan berteknologi tinggi dan berdaya saing.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, dokumen terbabit sedang dibangunkan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) serta Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/751666/berita/nasional/mindef-bangunkan-dokumen-rasmi-pembangunan-teknologi-dron---adly
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #Beritasemasa #parlimen #mindef #Midas #Stride #adlyZahari #sidangdewanrakyat

Thursday Oct 09, 2025
Thursday Oct 09, 2025
Suasana hiba bercampur gembira menyelubungi Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini apabila dua aktivis kemanusiaan yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba sekitar jam 2.30 petang, pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Kepulangan Muhammad Abdullah, 32, dan Mohd Asmawi Mukhtar, 52, disambut meriah oleh lebih seribu penyokong, ahli keluarga serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkumpul sejak tengah hari sambil mengibarkan bendera Palestin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/751667/berita/nasional/gsf-ribuan-rakyat-terengganu-sambut-kepulangan-dua-wira-ke-gaza
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #Beritasemasa #GSF #wirakeGaza #LTSM #aktiviskemanusiaan #ustazMad


