Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes
Thursday Aug 07, 2025
Thursday Aug 07, 2025
Dinamika politik Sarawak, realiti kewilayahan, semangat MA63 - banyak yang ingin kita tanyakan selain siapa penentu kadar naik turun tol, bilakah tempoh konsesinya akan berakhir dan lain-lain.
Dapatkan jawapannya dalam Interviu dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di laman web atau platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1814288732457353Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=jXM9g3Y88lYX: https://x.com/SinarOnline/status/1953290743633883304Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/742303/video/interviu/interviu-x-podcast-perspektif-politik-dari-bumi-kenyalang-suara-timur-malaysia
#Interviu #SinarHarian #PodcastSinar #BumiKenyalang #Sarawak #MenteriKerjaRaya #AlexanderNantaLinggi #KKR #KementerianKerjaRaya

Thursday Aug 07, 2025
Thursday Aug 07, 2025
Walau tak berlatih di Eropah macam JDT, Imigresen FC yakin mampu bersaing
Walaupun tidak berlatih di luar negara seperti Johor Darul Ta‘zim (JDT), pendatang baharu Liga Super, Imigresen FC (IFC) tetap yakin mampu memberi saingan pada musim 2025/2026, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pasukan baharu di bawah Kementerian Dalam Negeri itu memilih Padang Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Alor Setar sebagai lokasi latihan intensif sejak Julai lalu bagi persiapan menghadapi musim sulung mereka di Liga Super.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742295/berita/sukan/walau-tak-berlatih-di-eropah-macam-jdt-imigresen-fc-yakin-mampu-bersaing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ImigresenFC #LigaSuper

Thursday Aug 07, 2025
Thursday Aug 07, 2025
Konflik Thailand-Kemboja: ASEAN tidak perlu lagi campur tangan menyeluruh - Anwar
ASEAN tidak akan campur tangan secara menyeluruh dalam menangani konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja memandangkan usaha penyelarasan dua hala yang sedang dipacu Malaysia menunjukkan perkembangan positif, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua Menteri Pertahanan negara terlibat dalam pertemuan di Putrajaya pagi ini telah memberi komitmen untuk mematuhi syarat-syarat ketat bagi menjamin pematuhan sepenuhnya terhadap kawalan senjata di kawasan sempadan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742331/berita/nasional/konflik-kemboja-thailand-asean-tidak-perlu-lagi-campur-tangan-menyeluruh---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #konfliksempadan #ThailandKemboja

Thursday Aug 07, 2025
Thursday Aug 07, 2025
Suspek bunuh bapa direman tujuh hari
Suspek lelaki yang disyaki membunuh bapa dengan menggunakan kerusi kayu dalam kejadian di Kampung Baru Kuala Gris, Dabong pada Rabu ditahan reman bagi membantu siasatan, lapor wartawan Sinar Harian, Aswany Omar.
Majistret Amal Razim Alias membenarkan reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap suspek berusia 40 tahun itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742292/Suspek-bunuh-bapa-direman-tujuh-hari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #reman #suspekbunuhbapa

Thursday Aug 07, 2025
Thursday Aug 07, 2025
Bapa didakwa bunuh, tanam anak usia enam tahun
Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu pada Khamis atas pertuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia enam tahun, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh M Arunkumar, 36, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742291/berita/semasa/bapa-didakwa-bunuh-tanam-anak-usia-enam-tahun
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #pemandue-hailing #suspekbunuhanak

Thursday Aug 07, 2025
Thursday Aug 07, 2025
Terlupa, tiada masa perbaharui cukai jalan
Terlupa selain mendakwa tiada masa antara alasan diberi seorang lelaki yang ditahan selepas kenderaan dipandu didapati telah tamat tempoh cukai jalan sejak setahun lalu dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Kota Kemuning, Shah Alam pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminuralif Mohd Zoki.
Dalam operasi hampir lima jam bermula jam 8.30 malam itu didapati sebanyak 252 notis kesalahan dikeluarkan hasil pemeriksaan 580 kenderaan termasuk motosikal.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #cukaijalan #terlupaperbaharuicukaijalan

Thursday Aug 07, 2025
Thursday Aug 07, 2025
'Anak yang saya sayang hilang sekelip mata' - Ibu mangsa kemalangan maut
Ibu kepada mangsa kemalangan maut, tidak dapat membayangkan kembali situasi di mana dirinya 'menyambut' anak dalam keadaan sawan ketika tiba di Hospital Yan sejurus kejadian, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Norliza Mohd Salleh, 44, yang juga merupakan seorang jururawat menceritakan ketika itu, dia baharu sahaja masuk kerja shif malam, 28 Julai lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742254/berita/semasa/anak-yang-saya-sayang-hilang-sekelip-mata---ibu-mangsa-kemalangan-maut
Muzik: Introspection -Amsoound dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kemalanganmaut

Wednesday Aug 06, 2025
Wednesday Aug 06, 2025
Ikan Rogadius Azizahae spesies pertama dunia dijumpai di Semenanjung Malaysia
Misteri dasar laut negara tersingkap apabila penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menemui satu spesies ikan baharu yang belum pernah direkodkan di mana-mana tempat di dunia, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Penemuan penting itu hasil eksplorasi Dr Tun Nurul Aimi Mat Jaafar pada kedalaman 53 hingga 58 meter di perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada 5 Jun 2016, sebelum ia dimuktamadkan selepas kerjasama dengan penyelidik dari Jepun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742153/edisi/terengganu/ikan-rogadius-azizahae-spesies-pertama-dunia-dijumpai-di-semenanjung-malaysia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #IkanRogadiusAzizahae #spesiesikanbaharu #UMT

Wednesday Aug 06, 2025
Wednesday Aug 06, 2025
Aplikasi MyJalan terima 39,371 aduan kerosakan sejak 2023
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, aplikasi MyJalan KKR menerima 39,371 aduan berkaitan kerosakan jalan raya sepanjang tempoh Ogos 2023 sehingga 30 Jun lalu.
Menurutnya, daripada jumlah itu, 11,959 aduan atau 30.4 peratus melibatkan Jalan Persekutuan di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR) manakala 27,412 bersamaan dengan 69.6 peratus lagi membabitkan jalan bandaran di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) kerajaan negeri, serta agensi lain.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli yang bertanya mengenai statistik aduan serta pencapaian aplikasi MyJalan dalam menyelesaikan aduan kerosakan jalan raya di Sarawak dan penambahbaikan dibuat KKR untuk aplikasi itu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #KKR #MyJalan #kerosakanjalanraya

Wednesday Aug 06, 2025
Wednesday Aug 06, 2025
Warga emas maut dipukul anak guna kerusi kayu
Seorang warga emas maut selepas dipercayai dipukul anaknya sendiri menggunakan kerusi kayu dalam kejadian menyayat hati di Kampung Kuala Gris, Kuala Krai awal pagi Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Aswany Omar.
Mangsa, Othman Jusoh, 74, dipercayai diserang oleh anak lelakinya yang berusia 40-an di dalam rumah mereka sekitar jam 6.30 pagi, ketika sedang bersiap menunaikan solat Subuh.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742191/berita/semasa/warga-emas-maut-dipukul-anak-guna-kerusi-kayu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #wargaemasmaut #dipukulanakkandung #gunakerusi #kelantan


