Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Friday Aug 08, 2025

Minat mendalam terhadap kerjaya polis sejak di bangku sekolah menjadi pendorong Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan untuk berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga akhir hayatnya, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Anak ketiga daripada tujuh beradik itu mula berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) sejak 15 tahun lalu dan dikenali sebagai seorang anggota yang komited serta berdedikasi.
Ibunya, Maznah Ismail, 64, berkata, arwah telah menanam impian untuk menjadi anggota polis sejak kecil dan terus berazam untuk mencapai cita-cita itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742520/berita/semasa/arwah-anak-yang-baik-dari-kecil-nak-jadi-polis---ibu-koperal-hafizul
#SinarHarian #BeritaSemasa #JSJ #Kemalangan #Polis #KoperalHafizul

Friday Aug 08, 2025

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan daripada tarikh tangkap terhadap seorang wanita yang dituduh atas pertuduhan pilihan membunuh anak sendiri (infantisid) lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Tertuduh, M Santhiea, 23, sebelum ini ditahan reman selama tiga bulan selepas tidak dibenarkan ikat jamin sebelum Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya untuk dibebaskan dengan jaminan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742523/berita/semasa/wanita-dipenjara-tiga-bulan-denda-rm10000-bunuh-bayi-baru-lahir
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #bunuhbayi

Friday Aug 08, 2025

Speaker Dewan Rakyat sedia menyemak sebarang usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya mahu merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Bagaimanapun Tan Sri Johari Abdul menegaskan pihaknya belum menerima usul yang dimaksudkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742513/berita/semasa/speaker-sedia-semak-usul-muhyiddin-rujuk-anwar-ke-jawatankuasa-hak-dan-kebebasan-parlimen
#SinarHarian #BeritaSemasa #SpeakerDewanRakyat #TanSriJohariAbdul

Friday Aug 08, 2025

Penyertaan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo ke dalam Bersatu pada Rabu dilihat agak mengejutkan.
Apakah yang mendorong bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO itu membuat keputusan demikian? Bagaimana perkembangan ini akan mengocak politik negeri dan nasional?
Dengarkan penjelasan beliau dalam Interviu di Studio F, Sinar Harian atau di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1281904630053833Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=7OUVZYtIfg8X: https://x.com/SinarOnline/status/1953629456171773964
#Interviu #SinarHarian  #UMNO #Bersatu #BekasMenteriBesarSelangor #KhirToyo

Thursday Aug 07, 2025

Kes Zara Qairina: Ibu serah telefon bimbit kepada polis
Ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, telah selesai menyerahkan telefon bimbitnya bersama kad sim kepada pihak polis di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu, pada petang Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Noraidah Lamat, 45, menyerahkan bahan tersebut sebagai membantu siasatan pihak polis berhubung kematian anaknya pada 17 Julai lalu, susulan pengembalian semula laporan penuh siasatan polis kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742408/berita/semasa/telefon-bimbit-mengandungi-audio-perbualan-zara-qairina-diserah-kepada-polis 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #zaraQairina #justice4Zara #keszaraqairina

Thursday Aug 07, 2025

Insiden OKU: Tiada pintu penghadang platform di stesen LRT lama
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, reka bentuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang tidak dilengkapi pintu keselamatan platform dikenal pasti sebagai antara punca insiden melibatkan penumpang terutama Orang Kurang Upaya (OKU).
Jelasnya, stesen rel terdahulu terutamanya stesen LRT direka bentuk tanpa penghadang fizikal di antara platform dan tren, berbeza dengan kemudahan terkini seperti stesen Transit Aliran Massa (MRT) yang dilengkapi sistem keselamatan sepenuhnya.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin yang ingin tahu kelemahan utama yang telah dikenal pasti selepas tragedi seorang lelaki OKU penglihatan maut akibat terjatuh dan digilis tren di Stesen LRT Wangsa Maju pada Februari lalu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #OKU #pintukeselamatanplatform

Thursday Aug 07, 2025

'Soalan bocor' hangatkan suasana di Dewan Rakyat 
Sesi pagi di Dewan Rakyat pada Khamis panas apabila seorang ahli parlimen pembangkang menyindir kelancaran Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying ketika menjawab soalan seolah-olah sudah menerima 'soalan bocor'.
Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ketika bangun mencelah mengucapkan tahniah kepada Hui Ying kerana menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dengan penuh terperinci, seolah-olah soalan itu telah 'bocor'.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #soalanbocor #dewanrakyatkecoh

Thursday Aug 07, 2025

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menafikan pernah mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.
Beliau turut menyanggah dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan dirinya dalam polemik tersebut.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MuhyiddinYassin #RON95 #AnwarIbrahim

Thursday Aug 07, 2025

Malaysia akui kurang selesa pelbagai perkara terkandung dalam Deklarasi New York
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia mengakui kurang selesa dengan banyak perkara yang terkandung dalam Deklarasi New York untuk menubuhkan negara merdeka Palestin, biarpun secara prinsip setuju dan menyokong penuh hasrat itu.
Jelasnya, ini kerana terdapat prasyarat yang gariskan dalam pelan itu bercanggah dengan dasar luar Malaysia.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #DeklarasiNewYork

Thursday Aug 07, 2025

Sami didakwa amang seksual budak lelaki 13 tahun
Seorang sami didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun, lapor wartawam Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Tertuduh, P Deva, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Aiza Khairuddin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742324/berita/semasa/sami-didakwa-amang-seksual-budak-lelaki-13-tahun
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #amangseksual

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125