Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Monday Aug 11, 2025

Anggota imigresen didakwa rompak warga Pakistan
Seorang anggota imigresen berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan merompak seorang lelaki warga Pakistan di Rembau, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Mohd Nazrul Md Yasin, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742901/berita/semasa/anggota-imigresen-didakwa-rompak-warga-pakistan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #rompak

Monday Aug 11, 2025

KPM tidak pernah lindungi sesiapa dalam kes Zara Qairina - Timbalan Menteri
Kementerian Pendidikan (KPM) mengulangi ketegasan tidak akan melindungi sesiapa termasuk golongan kenamaan sekiranya didapati terlibat dalam kes membabitkan Zara Qairina Mahathir, 13.
Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, pihaknya juga bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam siasatan kes berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dibangkitkan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengenai spekulasi wujud penglibatan golongan kenamaan melibatkan kes Zara Qairina.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742911/berita/nasional/kpm-tidak-pernah-lindungi-sesiapa-dalam-kes-zara-qairina---timbalan-menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #ZaraQairina #KPM

Monday Aug 11, 2025

Isu pencen veteran ATM hangatkan Dewan Rakyat
Isu pencen veteren Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hangatkan Dewan Rakyat pada pagi Isnin apabila dibangkitkan pihak pembangkang.
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat memohon penjelasan mengenai tindakan Kementerian Pertahanan yang tidak membawa isu pelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dan tidak membincangkannya dalam Majlis Angkatan Tentera (MAT).
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #pencenveterenATM #ATM #MAT

Monday Aug 11, 2025

13 rumah urut ‘geli-geli’ di Ipoh diserbu Imigresen
Sebanyak 13 premis yang disyaki menawarkan pakej urutan ‘geli-geli’ diserbu Jabatan Imigresen Malaysia dalam Op Gegar di sekitar bandar raya Ipoh, Perak pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof. 
Premis yang berselindung di sebalik nama pusat refleksologi itu mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM200 kepada pelanggan, bergantung pada perkhidmatan yang disediakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742875/13-premis-urutan-'geli-geli'-di-Ipoh-diserbu-imigresen
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #premisurutan #JIM #OpsGegar #Ipoh

Monday Aug 11, 2025

'Saya hanya fikir mahu selamatkan anak'
"Saya hanya fikir mahu selamatkan anak walaupun tahu suspek memegang pisau ketika bergelut mahu meloloskan diri."
Itu kata Mohammad Solihin Abd Jalil, 32, menceritakan detik cemas apabila anak lelakinya, Mohammad Arash Syufian, yang baru berusia 11 bulan nyaris dijadikan tebusan oleh seorang lelaki warga Vietnam bersenjata pisau di sebuah pasar raya di Jalan Telaga Air, Butterworth pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742824/edisi/utara/saya-hanya-fikir-mahu-selamatkan-anak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anakjaditebusan #bergelutselamatkananak

Monday Aug 11, 2025

‘Saya tak 'jual' ayah, saya cipta kenangan’ – Khairulfahmi
Tiada niat menjual bapa, sebaliknya perkongsian menjaga bapa uzur di TikTok adalah bagi mencipta kenangan indah untuk ditatap apabila mereka sudah tiada nanti.
Pempengaruh, Khairulfahmi Ismail, 38, berkata, dia tidak menyangka perkongsian sejak 2015 itu menarik perhatian ribuan pengguna media sosial untuk sama mengikut perkembangan bapanya, Ismail Ibrahim, 79, yang kini mesra dikenali sebagai Atok Online, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742871/edisi/melaka-ns/saya-tak-jual-ayah-saya-cipta-kenangan-ndash-khairulfahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #atokOnline #ciptakenangan #mediasosial

Sunday Aug 10, 2025

Proses bedah siasat jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, akan dimulakan sebaik sahaja pakar forensik patologi dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, tiba dari Semenanjung untuk melaksanakan prosedur tersebut bersama pasukan pakar tempatan.
Peguam, Hamid Ismail berkata, beliau bersama anak guamnya, Noraidah Lamat, 45, telah mendengar penerangan mengenai proses bedah siasat itu selama kira-kira setengah jam sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742762/berita/pakar-forensik-dari-semenanjung-sertai-proses-bedah-siasat-zara-qairina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #zaraQairina #justice4Zara #keszaraqairina #prosesbedahsiasat

Saturday Aug 09, 2025

Sorakan pemain di gelanggang gasing Kampung Kujan di Temerloh pada setiap malam bukan lagi sesuatu yang asing, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi.
Ia merupakan tradisi penduduk di situ yang memilih untuk memartabatkan permainan tradisional tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742025/edisi/pahang/gasing-terus-ligat-warisan-melayu-kekal-utuh-di-kampung-kujan
Muzik:Color Beams - Indiebox dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Gasing #temerloh #warisan #permainantradisional

Friday Aug 08, 2025

Malaysia #QuranHour 2025 yang memasuki tahun ke-11 penganjurannya bakal mengetengahkan misi #ResetRasa selari tema besar iaitu 'Merdeka Dengan Rasa' berpandukan tiga surah utama seperti Surah al-Saff, Surah al-Balad dan Surah Ali' Imran.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, strategi dalam menyebarluas gerakan Malaysia #QuranHour kali ini perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan iaitu menerusi 'content' atau kandungan video bagi menarik perhatian masyarakat tidak kira orang lama mahupun generasi baharu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742550/khas/quranhour/malaysia-quranhour-2025-ketengah-tema-merdeka-dengan-rasa
#SinarHarian #BeritaSemasa #QuranHour #WUIF #HussamuddinYaacob

Friday Aug 08, 2025

Minat mendalam terhadap kerjaya polis sejak di bangku sekolah menjadi pendorong Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan untuk berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga akhir hayatnya, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Anak ketiga daripada tujuh beradik itu mula berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) sejak 15 tahun lalu dan dikenali sebagai seorang anggota yang komited serta berdedikasi.
Ibunya, Maznah Ismail, 64, berkata, arwah telah menanam impian untuk menjadi anggota polis sejak kecil dan terus berazam untuk mencapai cita-cita itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742520/berita/semasa/arwah-anak-yang-baik-dari-kecil-nak-jadi-polis---ibu-koperal-hafizul
#SinarHarian #BeritaSemasa #JSJ #Kemalangan #Polis #KoperalHafizul

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125