Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Sunday Oct 19, 2025

Jenazah dua beranak dibunuh kejam dituntut ahli keluarga
Jenazah dua beranak yang dibunuh kejam dalam kejadian di Kampung Sekolah, Juru, Seberang Jaya telah selesai menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Kedua-dua beranak itu dikenal pasti sebagai Sariya Che Hin, 51, manakala anak angkatnya berusia 11 tahun dikenali Nur Afrina Alisha Abdul Rahim.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/753196/berita/semasa/jenazah-dua-beranak-dibunuh-kejam-akan-dikebumikan-di-sik-malam-ini
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenazah #PDRM #SeberangJaya #Sik #Hospital

Sunday Oct 19, 2025

Anwar bidas gelaran 'Perdana Menteri Telefon', kecewa usaha diperlekeh
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal susulan ada pemimpin blok pembangkang yang mempermainkan usaha kerajaan menghubungi pemimpin dunia dalam usaha membantu menyelesaikan konflik di peringkat serantau dan global.
Beliau turut mempersoalkan tindakan memperlekeh serta mempersenda dengan menggelarnya 'Perdana Menteri Telefon'.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #PerdanaMenteri #AnwarIbrahim #Global

Sunday Oct 19, 2025

Rumah terbakar menjelang Deepavali
Kegembiraan menyambut Deepavali di rumah baharu bertukar duka buat sebuah keluarga di Jalan Mayung, Teluk Kemang, Port Dickson selepas kediaman yang baru diduduki dua tahun lalu musnah dalam kebakaran pada Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Mangsa, R Gobinath, 25, berkata, rumah tersebut hangus dijilat api dalam kejadian sekitar jam 11 malam ketika dia keluar bekerja, manakala ibu bapanya berada di Cyberjaya untuk mengambil adiknya dari kolej.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/753174/edisi/melaka-ns/rumah-terbakar-menjelang-deepavali
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Deepavali #PortDickson #RumahTerbakar

Friday Oct 17, 2025

Sidang Kemuncak ASEAN: Tiada penutupan penuh laluan, hanya sementara
Kerajaan mengesahkan bahawa tiada penutupan penuh jalan raya akan dilaksanakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penutupan laluan hanya akan dilakukan secara sementara, mengikut keperluan pergerakan pemimpin dan delegasi negara peserta.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/752967/berita/nasional/sidang-kemuncak-asean-tiada-penutupan-penuh-laluan-hanya-sementara
#SinarHarian #BeritaSemasa #Asean #tutupjalan #SidangKemuncakASEAN

Friday Oct 17, 2025

Sorok lebih 500kg daun ketum di sebalik bungkusan jerami
Cubaan menyorok bekalan daun ketum dalam bungkusan jerami dan menghantarnya menggunakan lori berlogo sebuah syarikat kurier gagal mengelabui mata pihak berkuasa apabila kegiatan haram itu berjaya dibongkar hasil serbuan polis ke atas sebuah rumah di Felda Lepar Hilir 1, Kuantan pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nik Amirul Mu'min Nik Min.
Hasil serbuan kira-kira jam 2.40 petang itu, polis menemui dan merampas 23 bungkusan daun ketum dianggar seberat 509.7 kilogram bernilai RM20,400.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/752934/berita/semasa/sorok-lebih-500kg-daun-ketum-di-sebalik-bungkusan-jerami
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #Serbuan #ketum #kuantan

Friday Oct 17, 2025

Doktor HPP mengaku tidak bersalah aib, cabul pesakit wanita
Seorang doktor Hospital Pulau Pinang (HPP) mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan mengaibkan dan mencabul dua pesakitnya yang juga wanita warga asing di dua mahkamah berasingan di George Town pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Di Mahkamah Majistret 1, tertuduh Goon Hoong Tat, 43 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/752933/berita/semasa/doktor-hpp-mengaku-tidak-bersalah-aib-cabul-pesakit-wanita
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #DoktorHPP #CabulPesakit

Friday Oct 17, 2025

Kandungan tidak bermoral semakin mudah diakses - Cake
Peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja di negara ini semakin membimbangkan dan penggunaan gajet secara tidak terkawal antara punca utama mereka terdedah kepada kandungan tidak bermoral, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohd Yusrizal Yusoff berkata, pendedahan awal kepada media sosial dan internet tanpa pemantauan yang sewajarnya telah menyumbang kepada gangguan tingkah laku serta peningkatan kes jenayah sosial seperti rogol dan penyebaran bahan lucah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/752904/edisi/utara/bahan-lucah-dan-ganas-diakses-dengan-mudah---cake
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Cake #MediaSosial #PengaruhMediaSosial #Gajet

Thursday Oct 16, 2025

Seorang fasilitator ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes cabul empat murid lelaki Tahun Enam ketika mengikuti kem motivasi di sebuah kem di Kampung Genting, Balik Pulau pada tengah malam, 12 Oktober lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Sungai Petani pada jam 9 malam Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/752754/berita/semasa/fasilitator-kem-motivasi-freelance-ditahan-cabul-empat-murid-lelaki
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #FasilitatorKemMotivasi #BalikPulau #PDRM #Polis #Mahkamah

Thursday Oct 16, 2025

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 15 November manakala tarikh undi awal pada 25 November dan tarikh undi pada 29 November. 
Tarikh-tarikh penting itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun dalam sidang akhbar Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17 di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu pada Khamis.
#SinarHarian #SinarTerkini #PRNSabah #SPR #HariMengundi #Sabah #KotaKinabalu

Thursday Oct 16, 2025

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan drastik dengan melaksanakan reformasi serta-merta terhadap sistem dan mekanisme sedia ada, selain memperkasa program pendidikan bagi meningkatkan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid di sekolah.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #KPM #FadhlinaSidek #MenteriPendidikan

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125